Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 8:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘All of Us Are Dead’ (Netflix)

Sebuah lagi karya dari Korea Selatan yang menduduki carta teratas Top 10 Netflix di Malaysia. 

Berdasarkan komik web berjudul ‘Jigeum Woori Hakkyoneun’ (Now At Our School) oleh Joo Dang Geun yang diterbitkan pada 2009 hingga 2011, drama ini membariskan ramai bintang muda berbakat besar.

Sarat dengan aksi menakutkan dan mendebarkan, drama ini bergerak laju dengan persembahan konsisten bagi setiap episod sehingga membuatkan penonton ‘ketagih’ untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. 

Ia mengisahkan bencana menakutkan yang berlaku di Sekolah Tinggi Hyosan yang kemudian merebak ke seluruh bandar. Ramai pelajar bertukar menjadi zombie dan bertindak ganas sekali gus mencetus situasi panik.

Mereka yang terperangkap berjuang untuk bertahan. Tanpa makanan, air serta terputus komunikasi, mereka menggunakan peralatan yang ada di sekolah untuk melindung diri dan bertempur bagi mengelakkan dijangkiti virus itu.

Ia bukan sekadar kisah zombie biasa sebaliknya turut diselitkan dengan permasalahan buli, serangan seksual dan kepincangan sistem negara itu.

Sekiranya anda mabuk darah dan alergik babak ganas, drama ini bukan untuk anda. 

Selamat menonton buat mereka yang berjiwa kental. 12 jam tayangan yang sangat berbaloi! - Shakilawati Abd Rahman

 

‘Delicious Romance’ (Netflix)

Gambar: Supchina
Gambar: Supchina

‘Delicious Romance’ mengisahkan tentang tiga wanita iaitu Liu Jing, Fang Zin dan Xia Meng dalam perjalanan mereka mengharungi kehidupan. 

Apa yang menarik mengenai industri penyiaran di China ialah, semakin banyak drama mengenai wanita dihasilkan kebelakangan ini.

Tema drama seperti ini juga semakin mendapat perhatian apabila mencatatkan rating cemerlang sejak ia mula menemui khalayak tahun lalu. 

Drama bersiri 20 episod ini menceritakan cabaran seputar dunia wanita yang hidup pada era urbanisasi. Ketiga-tiga sahabat ini menghadapi banyak cabaran seperti tentangan dalam perniagaan, penindasan di tempat kerja dan hubungan cinta mereka. 

Pendek kata, ketiga-tiga watak dalam cerita ini berjaya mencerminkan keadaan wanita kelas pertengahan yang berjuang hidup mencari rezeki di kota.

Lebih menarik lagi, latar cerita ini bedasarkan situasi pandemik. Jika anda ingin menonton sebuah cerita yang menyuntik semangat keperkasaan wanita, inilah ceritanya. 

Beberapa mengulas filem di China juga mengatakan ia sebuah drama yang berjaya meskipun tidak mempunyai pelakon yang telalu terkenal dalam drama ini. Anda boleh menonton drama ini menerusi Netflix. - Wafa Aula

 

‘Euphoria’ Musim Kedua (HBO Go)

Drama siri remaja berjudul ‘Euphoria’ kini kembali dengan musim kedua. Untuk pengetahuan semua, drama ini merupakan adaptasi drama Israel yang mempunyai judul yang sama. 

‘Euphoria’ dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Zendaya, Maude Apatow, Angus Cloud, Eric Dane, Alexa Demie, Jacob Elordi, Barbie Ferreira, Hunter Schafer, Sydney Sweeney dan Algee Smith. 

Apa yang berbeza dalam musim ini adalah ia menampilkan watak baharu bernama Elliot yang dilakonkan oleh pemuzik Dominic Fike.

Kedatangan Elliot nampaknya menimbulkan ketegangan bagi hubungan Rue (Zendaya) dan Jules (Hunter Schafer). Jadi bagaimana kelanjutan kisah sekelompok remaja ini dalam menghadapi masalah masing-masing?

Tontonlah cerita menarik ini lewat platform penstriman HBO Go setiap hari Isnin. - Sara Mack Lubis

 

‘I Am Georgina’ (Netflix)

Ibarat kisah dongeng Cinderella versi moden, itulah yang boleh disimpulkan mengenai kisah percintaan bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo bersama teman wanitanya iaitu Georgina Rodriguez. 

Netflix hadir dengan siri dokumentari terbaru iaitu ‘I Am Georgina’ yang memaparkan kehidupan wanita bertuah ini sebagai teman wanita, ibu, dan model. 

Pada awal episod, Georgina mengimbau semula detik pertemuannya dengan Ronaldo yang bermula di butik Gucci tempat dia bekerja. 

Jika dahulu dia merupakan seorang penjual barangan mewah, kini dia sendiri yang memakai segala kemewahan yang diberikan Ronaldo kepadanya. 

Pasti anda teruja melihat kehidupannya bersama dengan keluarga yang penuh glamor dan ceria. - Helmi Anuar

 

‘The Hungry and The Hairy’ (Netflix) 

Semasa melihat poster siri ini di paparan utama Netflix, fikiran penulis persis Lee Hyori dalam episod pertama. “Siri ini tentang apa? ‘Perjalanan Si Gila dan Si Bodoh’?” tanya Hyori kepada selebriti televisyen Ro Hong-Chul dan penyanyi, pelakon ternama, Rain (Jung Ji-Hoon). 

Hong-Chul boleh jadi Si Gila yang sentiasa teruja dengan apapun. Rain sebenarnya lebih kepada Si Aneh yang mengejutkan penulis dengan kebolehannya untuk memasak dan makan apa saja, tetapi masih mempunyai badan yang diidamkan ramai jejaka. 

Siri ini memang siri bromance yang lucu. Dua nama besar Korea Selatan ini menjelajah negara itu dengan dua motorsikal berkuasa tinggi sambil mencabar antara satu sama lain melakukan hal-hal kelakar. 

Kandungan variety TV yang segar sebenarnya. Seronok melihat ragam persahabatan mereka disulam pemandangan indah segala ceruk Korea Selatan dan paling penting, ada makanan yang pelbagai. 

Menghiburkan, tapi jangan tonton ketika lapar! - Ili Farhana - Getaran, 5 Februari 2022




 

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi