web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Jenis Limau Yang Enak Dimakan Begitu Sahaja

Terdapat pelbagai jenis limau yang ditanam melalui pertanian moden dari semasa ke semasa dan dikomersialkan untuk dinikmati orang ramai. Minggu ini kami berkongsi lima limau yang enak dimakan begitu sahaja.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 9:57AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Limau adalah sejenis buah sitrus yang kaya dengan kandungan vitamin yang berkhasiat dan memberi manfaat kepada tubuh manusia.

Buat bangsa Cina umumnya, buah ini melambangkan kekayaan dan tuah.

Kini, terdapat pelbagai buah limau yang ditanam melalui pertanian moden dari semasa ke semasa dan dikomersialkan untuk dinikmati orang ramai.

Minggu ini kami berkongsi lima jenis limau yang enak dimakan begitu sahaja.

 

Limau Bali

Gambar: Instagram @ limau_bali_changlun06
Gambar: Instagram @ limau_bali_changlun06

Limau bali atau nama saintifiknya iaitu Citrus Grandis adalah sejenis buah limau yang mempunyai saiz besar dan isinya berwarna putih atau merah mengikut musim. Limau tersebut dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. 

Di Malaysia, penanaman limau ini telah wujud sejak 80 tahun yang lalu dan ia banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah.

Limau ini hanya boleh dimakan dan dijual dua hari setelah dipetik bagi menghilangkan rasa pedar atau pedas pada kulit yang boleh memberikan kesan terhadap isi buah. 

Dari segi rasanya pula, buah limau bali yang mempunyai isi berwarna merah lebih manis berbanding putih namun perlu diingatkan jika buah tersebut tidak cukup masak, ia akan mengeluarkan rasa pahit dan payau. 

Ketika membelinya, pastikan anda memilih buah yang mempunyai kulit berwarna hijau cerah. Ini kerana, warna tersebut menandakan buah itu berkualiti baik dan sudah cukup ranum untuk dinikmati. 

 

Limau Gedang

Gambar: Pixabay
Gambar: Pixabay

Limau gedang atau nama saintifiknya Citrus × paradisi pula adalah sejenis limau subtropika yang menghasilkan buah yang agak besar namun tidak sebesar limau bali. 

Ia berasal daripada sebuah negara kepulauan yang dikenali sebagai Barbados dan diperkenalkan di Asia Tenggara sejak abad ke -18. 

Selain mempunyai bentuk yang bulat dan dan berukuran diameter 10 hingga 15 sentimeter, ia juga adalah hasil daripada kacukan buah limau bali dan buah oren serta kaya dengan vitamin A dan C. 

Limau ini akan mengeluarkan warna jingga kekuningan pada kulitnya apabila sudah cukup matang dan isi dalamannya pula menghasilkan warna yang sedikit pekat iaitu jingga kemerah-merahan. 

Selain daripada isinya yang manis-manis pahit dan boleh dimakan begitu sahaja, terdapat sesetengah individu yang membuat jus menggunakan limau ini atau mencampurkannya dengan just buah-buahan lain dijadikan jus detox.

 

Limau Ponkan

Gambar: Instagram @fruitfix.kl
Gambar: Instagram @fruitfix.kl

Limau ponkan pula adalah limau yang berwarna jingga sepenuhnya dan ditanam luas serta terkenal di China,Taiwan dan beberapa buah negara yang lain. Ia juga mula dikomersialkan oleh Amerika Syarikat sejak 1880. 

Limau ini mempunyai saiz diameter sehingga 8 meter seakan-akan besar tapak tangan dan sebenarnya hibrid limau mandarin dan limau bali. 

Ia juga diperkaya dengan vitamin A, C dan B kompleks serta potassium dan folat. Buah limau ini mempunyai rasa yang manis dan sedikit rasa masam di hujungnya jika dimakan begitu sahaja. 

Malah, terdapat sesetengah individu menambahkannya ke dalam salad dan sos sebagai perisa tambahan selain daripada menjadikannya jus.  

Menariknya, kali pertama limau ini dihantar oleh China kepada Amerika Syarikat adalah untuk tujuan perubatan sebelum diperluaskan di dalam industri pertanian.  

 

Limau Swatow

Limau ini masih mempunyai bentuk dan warna yang sama seperti limau ponkan namun terdapat beberapa perbezaan. 

Limau swatow yang berasal dari China ini mempunyai saiz lebih besar sedikit daripada limau ponkan dan teksturnya agak kasar serta berkulit tebal. 

Ia juga mempunyai rasa yang yang lebih masam dan kurang manis dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai perasa tambahan di dalam sos atau perapan. 

Limau ini juga mempunyai jangka hayat yang lebih panjang iaitu enam bulan selepas ia matang dan dipetik berbanding limau lain yang kebiasaannya hanya mempunyai tempoh tiga bulan sebelum ia rosak.

 

Limau Dekopon

Gambar: Instagram @kawski_kawski
Gambar: Instagram @kawski_kawski

Akhir sekali, limau dekopon yang berasal dari Jepun sejak 1972 ini adalah hasil gabungan citrus limau ponkan dan kiyomi.

Buah ini berbentuk agak unik kerana ia mempunyai sedikit bentuk bonjolan di bahagian atas berhampiran dengan tangkai dan mengandungi vitamin A, C, B1 dan B2. 

Kulitnya pula mempunyai warna jingga cerah dan mempunyai permukaan lebih lembut serta mudah untuk dikupas. 

Selain isinya yang menghasilkan rasa yang manis dan segar, buah ini tidak mempunyai biji di dalamnya dan ia lebih mudah untuk dimakan begitu sahaja. - Getaran, 5 Februari 2022

Sumber:  The Straits Times


 

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel