web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Istimewa Tahun Baru Cina, kami kongsikan enam rancangan menarik yang boleh ditonton di platform-platform penstriman kegemaran anda. Selamat berehat dan bergembira semasa musim perayaan ini.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 2:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buntu mahu tonton apa cuti panjang Tahun Baru Cina ini? Kami di Getaran ada cadangan.

Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Tetapi istimewa minggu ini, kami kongsikan enam tajuk yang cukup menarik untuk anda.

Semoga terhibur!

 

Rise Of The Legend (Netlfix)

Gambar: IMDb
Gambar: IMDb

Rise Of The Legend adalah sebuah filem aksi dan pertarungan kungfu yang ditayangkan pada tahun 2014. Filem ini dibintangi oleh Sammo Hung sebagai ketua kongsi gelap kumpulan yang dipanggil Harimau Hitam dan digelar sebagai 'Ayah Harimau'.

Pelakon Eddie Peng pula memainkan watak  anak angkat kepada Ayah Harimau Hitam dan Jing Boran sebagai saudaranya yang bersama-sama ingin menumbangkan organisasi kumpulan kongsi gelap tersebut.

Ia berkisahkan sebuah kumpulan ahli kongsi gelap dan penguasaan kawasan jajahannya di sebuah jeti pelabuhan yang berteraskan perniagaan candu, pelacuran dan judi dengan orang asing.

Aksi yang hebat dan ganas dalam pertempuran menggunakan seni kung fu antara kumpulan Harimau Hitam dan penentang mereka menjadikan filem ini lebih menarik.

Filem ini diolah dan diilhamkan daripada kisah sebenar Wong Fei Hung berkenaan seorang pengamal perubatan dan aktivis politik. - Izwan Ramlan

 

A Chinese Odyssey (Netflix)

Gambar: IMDb
Gambar: IMDb

Kembalikan nostalgia di minggu Tahun Baharu Cina ini!

A Chinese Odyssey (1995) ialah sebuah filem komedi fantasi arahan Jeffrey Lau dan dibintangi oleh pelakon-pelakon papan atas Hong Kong seperti Stephen Chow, Karen Mok, Athena Chu, Man Tat Ng dan Law Kar Ying.

Filem ini terbahagi kepada dua bahagian, yang pertama A Chinese Odyssey: Pandora’s Box, manakala bahagian kedua A Chinese Odyssey: Cinderella. Ia filem parodi berdasarkan novel Journey to the West nukilan Wu Cheng’en pada abad ke-16.

Filem ini mengisahkan Raja Monyet, Sun Wukong (Stephen Chow) yang memberontak terhadap tuannya, Sami Agung (Law Kar Ying). Kemudian dia dihukum oleh Dewi Guanyin atas kesalahannya itu, tetapi akhirnya diberi peluang kedua setelah dirayu oleh Sami Agung sendiri.

500 tahun kemudian, Raja Monyet dilahirkan semula sebagai seorang manusia, seorang ketua perompak bernama Joker (Stephen Chow). Ditakdirkan Sami Agung juga akan dilahirkan semula di kawasan yang sama.

Seterusnya ia menarik perhatian dua syaitan, Wanita Labah-Labah (Yammie Lam) dan Semangat Putih (Karen Mok) untuk menangkap dan memakan daging Sami Agung bagi mendapatkan kuasa dan kehidupan abadi.

Bagaimanakah Joker mengetahui dirinya adalah kelahiran semula Sun Wukong? Apakah Sami Agung berjaya ditawan oleh dua syaitan wanita itu yang ingin memakannya? Bagaimana pula Joker boleh jatuh cinta dengan Semangat Putih, yang sepatutnya menjadi musuhnya?

Sama-sama kita saksikan di Netflix!

 

'Heaven’s Official Blessing' (Netflix)

Gambar: IMDb
Gambar: IMDb

Sebuah siri animasi anime berbahasa Mandarin yang mengisahkan seorang dewa yang sering menimbulkan masalah.

Dewa yang bernama Xie Lian itu kemudian dititah oleh majlis dewa-dewa dan maharaja Jed (Ketua para dewa) untuk turun ke Bumi dan membantu menyelesaikan masalah manusia dengan memusnahkan syaitan serta hantu yang mengganggu mereka.

Dengan menghapuskan makhluk-makhluk jahat ini dan membantu umat manusia, barulah dosa-dosa lampaunya akan terhapus dan kedudukannya sebagai seorang dewa akan disanjungi.

Namun semasa turun ke Bumi, Xie Lian bertemu dengan Hua Cheng, raja hantu yang kemudian menjadi rakan baiknya sehingga terjalin satu persahabatan yang erat namun sebenarnya ditentang oleh para dewa dan penghuni syurga.

Siri ini boleh ditonton di Netflix. - Shah Shamshiri

 

Amy Tan: Unintended Memoir

Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah Amy Tan? Bagi kaki novel bahasa Inggeris, nama Amy Tan bukanlah asing buat mereka kerana dia adalah penulis novel yang banyak menghasilkan karya novel terlaris.

Bermula novel debut, The Joy Luck Club (1989) yang mengecapi kejayaan dari sudut komersial dan kritikan sehingga mampu bertahan selama 40 minggu dalam senarai Jualan Terbaik The New York Times, Amy Tan terus menghasilkan karya-karya novel yang meraih perhatian.

Karya novel terlarisnya yang lain adalah The Kitchen God’s Wife, The Hundred Secret Senses, The Bonesetter’s Daughter, Saving Fish from Drowning dan The Valley of Amazement, dan hasil kerjanya telah diterjemah dalam 35 bahasa.

Amy Tan: Unintended Memoir yang diarahkan James Redford cuba mendedahkan dunia alam sebenar Amy Tan. Secara jujur, Amy berkongsi trauma yang dihadapinya dalam kehidupannya dan bagaimana kerja-kerja menulis mampu membantu mengatasi permasalahan itu.

Dokumentari yang ditayangkan di Netflix ini turut memaparkan wawancara bersama beberapan rakan penulis Amy Tan iaitu Kevin Kwan, Isabel Allende, Dave Barry and Ronald Bass.

Turut diwawancara adalah beberapa aktor daripada filem The Joy Club seperti Lisa Lu, Rosalind Chao, Tamlyn Tomita and Kieu Chinh serta keluarga serta rakan karibnya. Novel The Joy Club telah diadaptasi ke filem pada tahun 1993. - Ellyna Ali

 

‘Who Is The Murderer’ (iQiyi)

Jika anda peminat drama suspense, 'Who Is The Murderer' memang sesuai untuk ditonton. Bukan hanya jalan cerita yang menarik, mendebarkan dan penuh tanda tanya, malah pelakonnya juga bukan calang-calang.

Zhao Li Ying, Xiao Yang dan Dong Zijian, memang dikenali di China sebagai pelakon hebat malah Zhao Liying turut digelar sebagai 'queen of rating' kerana drama lakonannya sentiasa mendapat rating dan tontonan yang tinggi.

'Who Is The Murderer' mengisahkan pembunuhan bersiri yang berlaku di bandar Haizhou. Anehnya, semua mangsa meninggal dunia dalam keadaan tersenyum.

Selepas 17 tahun, pembunuhan itu berulang lagi dengan mereka yang mempunyai kaitan dengan kes ini, mempunyai rahsia tersendiri.

Masing-masing saling mengesyaki antara satu sama lain. Bagaimanapun akhirnya mereka bekerjasama untuk menangkap pembunuh sebenar.

'Who Is The Murderer' mempunyai 16 episod. Ia diarahkan Sun Hao dan boleh ditonton di saluran iQiyi. - Habibah Omar

 

Nightfall (Netflix)

A stylish upscale detective story”, itu antara ulasan yang diberikan oleh pengulas filem di Hollywood tentang filem yang diarahkan oleh Roy Chow ini.

Bukan naskah terbaharu, tetapi filem yang diterbitkan pada 2012 ini sangat berbaloi untuk ditonton. Penuh debaran, tanda tanya dan rahsia di luar jangkaan.

Dibintangi oleh bintang-bintang popular Hong Kong, Nick Cheung, Simon Yam, Janice Man dan Kay Tse, filem ini mengisahkan tentang seorang pembunuh yang disabitkan kesalahan dan dibebaskan dengan parol mula mengintai adik perempuan mangsanya dan menjadi suspek selepas bapanya yang pendera didapati dibunuh.

Tiada apa-apa dalam Nightfall seperti yang akan mengikut telahan anda, tiada siapa yang anda fikirkan, satu demi satu misteri akan terungkai.

Dengan rentak yang tenang dan pastinya disengajakan, skrip filem ini mengupas lapisan misteri, pembohongan, obsesi dan dendam. Ini bukan tentang ‘siapa’ tetapi mengenai ‘mengapa’. - Rahayu MN - Getaran, 30 Januari 2022

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok