Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menyelami Ketenangan Di Balik Aktiviti Memanah Tradisional

Getaran berpeluang mendekati Zainurin Osman, pengasas kelab memanah tradisional Nur Al-Furqan yang terletak di Denai Alam, Selangor.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 3:09PM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memanah adalah satu kemahiran yang telah lama wujud sejak zaman dahulu kala. Panah kerap digunakan sebagai senjata untuk memburu dan juga menyerang musuh. 

Dewasa ini alatan memanah hanya digunakan untuk bersukan atau rekreasi. Terdapat dua jenis alat memanah iaitu yang moden dan yang tradisional. 

Baru-baru ini, Getaran berpeluang mendekati  Zainurin Osman atau lebih mesra dipanggil Walid. Beliau merupakan pengasas sebuah kumpulan memanah tradisional yang sudah berusia tujuh tahun, Kelab Memanah Nur Al-Furqan yang terletak di Denai Alam, Selangor. 

Menurut Walid, ada perbezaan di antara busur panah tradisional dan moden.

“Secara asasnya, pemanah yang menggunakan kedua-dua busur mempunyai objektif yang sama iaitu melepaskan panah menuju ke sasaran.

“Namun saya lebih gemarkan cara memanah tradisonal kerana saya lebih menjiwai unsur seninya ketika menarik panah pada busur tradisional tersebut,” jelasnya.

Aktiviti memanah tradisional bukan sahaja berbeza dari segi alat yang digunakan, malah ia juga berlainan dari segi teknik panahan kerana ia menggunakan teknik yang diamalkan secara turun-temurun.

Selain itu, proses pembelajarannya juga mempunyai pengisian rohani buat mereka yang mendalami seni memanah itu sendiri.

Perbezaan memanah tradisonal dan moden terletak pada bahagian busur yang digunakan.

Busur moden mempunyai alat sokongan pada busur seperti bahagian alat imbangan busur, bow sight dan lain-lain lagi bagi membantu pemanah untuk melepaskan anak panah dengan lancar.

Berbeza dengan busur tradisional jika dilihat dari segi bentuknya, ia tidak mempunyai apa-apa bahagian sokongan. 

Segala jenis pergerakan atau aksi memanah memerlukan ketenangan, termasuk ketika menarik anak panah sebelum dilepaskan dan kemahiran melihat sasaran.

Tambahan pula pemanah menggunakan naluri hati untuk melepaskan anak panah.

Apabila ditanya apakah kebaikan mempelajari memanah tradisional?

Walid berkata, “Memanah ini bukan sekadar sebuah sukan yang boleh menyihatkan anggota badan. Ia juga sunnah Rasulullah SAW, jadi secara tidak langsung kala mengajar memanah, saya turut mengajar anak murid bagaimana untuk menguatkan iman dan akidah.

“Ini kerana, memanah adalah sebuah senjata yang boleh membunuh dan pernah dijadikan sebagai senjata perang. Maka, setiap ajaran perlu dibimbing dengan teliti bagi memberikan kebaikan kepada diri dan orang lain.”

Walid juga memegang jawatan sebagai Presiden Penaja Gabungan Pemanah Selangor dan telah menyertai pelbagai kejohanan memanah dunia di merata tempat. 

Antaranya, beliau pernah menjuarai Kejohanan Dunia Indoor Archery Open di Macau pada 2019 dan mengalahkan peserta daripada China.

Menariknya, terdapat beberapa individu yang bertanding menggunakan busur moden namun Walid menggunakan busur tradisional miliknya.

Individu yang sudah berkecimpung dalam dunia memanah hampir 10 tahun ini juga mempunyai kemahiran untuk menilai busur pemanah lain sebelum digunakan.

Ia bagi memastikan alat tersebut menghasilkan prestasi yang baik dari segi bentuk, kekuatan dan tali yang ada pada busur ketika beraksi.

Keberadaan sukan memanah tradisional di Malaysia dikatakan sedang meningkat naik sejak lima ke 10 tahun terdekat ini.

Walau bagaimanapun, terdapat negara lain yang sudah menceburi sukan ini dengan lebih lama. Di antaranya adalah China yang sudah mengamalkannya sejak 300 tahun dahulu dan Turki, 550 tahun dahulu.

Saat ditanya apakah perkara yang perlu diingati ketika memanah? Walid ada jawapan tersendiri.

“Saya sentiasa mengingatkan setiap anak murid termasuk diri saya sendiri ketika sesi latihan, setiap anak panah yang dilepaskan, telah ditetapkan oleh Allah SWT di mana ia akan tertancap. Pesanan saya ini merujuk kepada surah Al-Anfal (8) ayat 17:” 

وَمَا رَمَيْتَ اِذْ رَمَيْتَ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ رَمٰىۚ

Maksudnya: Dan bukanlah engkau (Wahai Muhammad) yang melemparkan ketika engkau melemparkan, akan tetapi Allah jualah yang melemparkannya.

Pengasas Kelab Memanah Nur Al-Furqan ini mengharapkan supaya sukan atau aktiviti memanah tradisional di Malaysia dapat diperluaskan lagi bilangan ahlinya tanpa mengira bangsa.

Beliau sangat terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk hadir mempelajari teknik memanah menggunakan busur tradisional ini di tempatnya. 

Semoga sukan ini diiktiraf oleh pihak berkenaan untuk dibangunkan dengan lebih maju pada masa akan datang. 

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengenali dan mempelajari perkara asas tentang sukan memanah tradisional ini, anda boleh mendapatkan buku terbitan Walid sendiri yang bertajuk ‘Khazanah Panahan Tepat’ di laman sosial Facebook beliau Seven Sky (Walid). - Getaran, 23 Januari 2022

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Politik 1 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi