Berita Terkini

19 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 10:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Life In Color with David Attenborough' (Netflix)

Sebelum ini, pakar sejarah alam semula jadi, David Attenborough pernah menghasilkan dokumentari bertajuk 'A Life on Our Planet' yang memaparkan bagaimana kemusnahan alam yang berpunca daripada tindakan manusia telah menjejaskan habitat hidupan liar.

Namun, dalam 'Life In Color' yang mengandungi tiga episod ini, Attenborough cuba membawa kita untuk memahami bagaimana persepsi warna di kalangan manusia sangat berbeza dengan haiwan-haiwan yang hidup di dalam dunia liar mereka.

Menerusi dua episod pertama, Attenborough memberitahu, haiwan-haiwan ini menggunakan warna untuk menarik perhatian, bersembunyi, melindungi diri, menghangatkan diri serta memperdayakan musuh.

Apa yang didedahkan Attenborough ini cukup menarik sekali dan ia menyedarkan kita bahawa penggunaan warna memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian hidupan liar ini.

Attenborough juga turut berkongsi bagaimana teknologi filter ultraungu digunakan untuk memahamkan kita semua bagaimana hidupan liar melihat warna dalam perspektif dunia mereka.

Pada episod akhir, Attenborough turut mengingatkan kita bahawa pemanasan global telah menyebabkan warna alam bertukar serta mengubah keadaan habitat mereka dan cara mereka untuk hidup.

Buat peminat hidupan liar, anda harus saksikan 'Life In Color with David Attenborough' di Netflix. - Ellyna Ali

 

Brazen (Netflix)

Filem thriller yang dipersembahkan oleh Netflix ini baru sahaja ditayangkan bermula 13 Januari lalu. Ia mengisahkan tentang seorang novelis jenayah prolifik yang bekerjasama dengan seorang detektif untuk menjejak pembunuh yang meragut nyawa adiknya sendiri.

Tidak dinafikan, selain tertarik dengan fakta di mana ia diadaptasi daripada novel misteri tulisan Nora Roberts, penampilan Alyssa Miano sebagai heroin turut mengumpan minat untuk mengikuti filem yang diarahkan oleh Monica Mitchell ini. 

Kisah bermula dengan Grace yang baru sahaja melancarkan novel terbaharunya perlu bergegas pulang ke kampung bagi membantu adiknya, Kathleen (Emilie Ullerup), yang sedang berebut hak penjagaan anak dengan bekas suami. 

Tetapi pertemuan semula itu dipendekkan dengan pembunuhan yang mengerikan. Terbongkarlah rahsia tentang sisi gelap adiknya.

Dalam kesedihan dan ketakutan, Grace berikrar untuk menggunakan ‘naluri penulisnya’ untuk menjejaki pembunuh, dengan bantuan detektif pembunuhan yang hebat Ed (Sam Page) yang kebetulan tinggal di sebelah rumah. - Rahayu MN

 

'Insatiable' (Netflix)

'Insatiable' ialah satu drama komedi gelap yang diterbitkan oleh Lauren Gussis dan dibintangi Dallas Robert dan Debby Ryan. 

Drama ini menyoroti kisah kehidupan Patty Bladell (Debby Ryan), seorang gadis remaja obes yang selalu dibuli rakan-rakan di sekolahnya.

Setelah terlibat dalam satu kemalangan, Patty koma dan hanya diberikan makanan melalui tiub makanan sahaja, sehinggakan dia kehilangan berat badan secara mendadak.

Setelah tersedar dari koma yang panjang itu, Patty berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Dia kini seorang gadis yang kurus!

Dia dilamar oleh seorang jurulatih ratu cantik terkenal, Bob Armstrong (Dallas Robert) dek kecantikan luar biasanya itu.

Apakah kesudahan kisah Patty Bladell? Adakah dia akan membalas dendam terhadap kekejaman rakan-rakannya? Atau adakah dia akan menjadi ratu cantik remaja yang baik hati? 

Sama-sama kita saksikan di Netflix! - Zaidi Che

 

Under Siege (Netflix)

Under Siege adalah sebuah filem aksi yang ditayangkan pada tahun 1992 dan kini boleh ditonton menerusi rangkaian Netflix.

Filem ini dibintangi oleh Steven Seagal yang memainkan watak bekas anggota tentera elit Navy Seal (Casey Ryback) ,Tommy Lee Jones (William Strannix) sebagai pengganas serta Gary Busey(Commander Krill) sebagai Komander Kapal Perang Tentera Laut yang dipanggil USS Missouri (BB-63).

Ia mengisahkan tentang seorang bekas anggota Navy Seals yang bernama Casey Ryback yang telah dijemput khas sebagai tukang masak untuk USS Missouri atas permintaan kapten kapal untuk menyediakan hidangan sebuah parti.

Sebuah kumpulan pengganas yang menyamar sebagai kumpulan muzik telah dijemput menaiki helikopter dan mendarat di atas kapal tersebut untuk membuat persembahan.

Semasa kumpulan tersebut melakukan persembahan, ketua pengganas, William Strannix telah menembak kepala salah seorang pegawai tertinggi di dalam parti tersebut dan mengisytiharkan rampasan kapal tersebut.

Menjadi kejutan besar, keadaan semakin getir apabila Komander Kapal tersebut, Commander Krill juga rupanya salah seorang yang terlibat dalam rampasan itu dan mempunyai kemahiran serta kawalan seluruh kapal tersebut.

Ryback yang telah diarahkan untuk ditahan di dalam peti simpanan makanan kapal oleh Komander Krill kemudian menggunakan segala kemahirannya untuk bertempur dengan pengganas tersebut. – Izwan Ramlan

 

 

'Girls5Eva' (AstroGO)

Mungkin tidak banyak promosi dilakukan tentang siri komedi ini namun ia sebenarnya sangat kelakar.

Ia mengisahkan sebuah kumpulan nyanyian wanita yang kononnya pernah popular sekitar awal 2000-an dan cuba kembali aktif 20 tahun kemudian biarpun salah seorang ahlinya telah meninggal dunia dan anggota-anggota lain membawa haluan masing-masing.

Secara jelas, penonton pasti boleh meneka bahawa siri ini seperti satu sindiran kepada kumpulan-kumpulan vokal wanita lain yang memang wujud namun gagal meraih kejayaan dalam bidang tersebut.

Namun begitu, unsur lucu yang dimasukkan dalam siri ini agak bijak dengan skrip yang memerli dunia hiburan masa kini.

Dibintangi ramai bintang terkenal seperti Sara Bareilles,  Busy Philipps, Paula Pell dan ramai lagi, ia boleh ditonton di saluran prime time lewat aplikasi Astro Go dan langganan TV Astro. - Shah Shamshiri - Getaran, 16 Januari 2022

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut