web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahun Baharu, Gaya Baharu! 5 Trend Fesyen 2022

Intai apa trend fesyen yang bakal membuat kemunculan pada tahun 2022!

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 9:08AM

Gambar: Versace & @amytroostphotography

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

2021 memberi kita momen-momen penuh gaya. Kolaborasi antara jenama mewah seperti Balenciaga x Gucci, The North Face x Gucci, Fendi x Skims antara yang menyinar tahun lalu.

Meskipun kita terpaksa melangkah ke 2022 bersama varian Omicron - varian COVID-19 paling berbahaya – kita masih memiliki kekuatan untuk maju melangkah ke hadapan. 

Seperti yang pernah tercatat dalam sejarah, fesyen kekal ‘hidup’ meski kita terpaksa ‘berkurung’ dalam rumah sendiri, mahupun bermesyuarat secara maya di balik layar komputer riba. 

Fesyen tetap berjalan!

Jika anda memerlukan inspirasi tentang fesyen apa yang bakal popular pada tahun 2022, usah khawatir kerana kami sedia membantu anda. 

Berikut lima trend fesyen yang bakal membuat kemunculan pada tahun 2022, seperti di bawah:

Gambar: Balmain Paris
Gambar: Balmain Paris

#1 Sequins 

2022 adalah tentang berkilauan. Dari busana labuci hingga skirt mini berkilauan, anda pasti ingin menambahkan semua kilau ke jajaran almari pakaian musim ini.

Pastikan sehelai busana sarat labuci berada dalam simpananmu untuk digayakan di sebarang majlis mewah pada 2022.

Gambar: Versace
Gambar: Versace

#2 Bright & Bold

Dari tidak dilihat umum pada 2020 dan separuh penggal 2021 dek Perintah Kawalan Pergerakan, 2022 adalah tahun untuk anda melaram sakan! 

Berani melangkah keluar dalam sepersalinan warna yang sangat terang dan kontras. Dapatkan inspirasi dari Koleksi Musim Bunga 2022 Versace. 

Ia satu penyataan sempurna untuk anda melangkah semula ke kehidupan 2022. 

Gambar: Instagram @amytroostphotography
Gambar: Instagram @amytroostphotography

#3 Oversized Jackets

Big, boxy jackets aren't going anywhere anytime soon. 

Padankan dengan pakaian warna hitam. Jaket ukuran besar ini juga sesuai digayakan dengan warna putih dan coklat cair. Padankan juga dengan seluar denim, skirt labuh, baju kait. Senang kata, boleh padankan dengan semua! 

Gambar: DIOR
Gambar: DIOR

#4 Sheer

Get ready to show some ‘skin’.

Fabrik tembus cahaya turut diramal membuat kemunculan. Dapatkan ilusi tubuh badan yang lebih menggoda dengannya! 

Gambar: Laquan Smith
Gambar: Laquan Smith

#5 Cut Outs

Skin is in 2022! 

Tiada siapa yang mampu membikin cut outs seperti Laquan Smith!

Semasa pertunjukkan fesyennya pada September 2021 lalu, pereka fesyen ini telah memperlihatkan busana-busana cut outs rekaannya yang mempesona! - Getaran, 1 Januari 2022

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini