Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 6:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Melancholia’ (Viu)

Sudahkah anda menonton drama siri berjudul ‘Melancholia’? Drama ini merupakan salah satu drama Korea yang sangat digemari ramai kini.

Drama bergenre romantik dan berkontroversi ini berkisahkan tentang skandal seksual di antara guru Matematik dan seorang pelajar sekolah menengah.

Pada mulanya, Jin Yoon So (guru matematik) hanya berniat untuk membantu Baek Seung Yoo (murid) memperbaiki kemahiran matematiknya agar menjadi pelajar terbaik. Namun, hubungan ini berakhir dengan sebuah tragedi.

Empat tahun kemudian, mereka bertemu kembali kini sebagai dewasa. Mereka ingin mendedahkan kes korupsi di sekolah dan mengembalikan reputasi Yoon So sebagai seorang guru.

Untuk pengetahuan semua, drama ini di bawah arahan sutradara Kim Sang Hyub yang menggarap drama hit seperti ‘Hyde’, ‘Jekyll’, ‘Extraordinary You’ dan ‘True Beauty’. - Sara Mack

 

Main-Main Hantu (Mubi)

Filem yang dikeluarkan pada tahun 1990-an ini sebenarnya antara filem tempatan kegemaran penulis. Ceritanya ringan, sesuai untuk ditonton saat mahu bermalas-malasan. Cukup lucu tapi ada sentuhan seram.

Para pelakonnya bukan calang-calang. Antara nama-nama terkenal yang ada dalam filem ini adalah Melissa Saila, Nancie Foo, Hamid Gurkha, Lily Patra, Nor Albaniah, Alice Voon dan ramai lagi.

Main-main Hantu menceritakan tentang sekumpulan pemain bola jaring dan guru mereka yang membuat perjalanan ke Melaka dari Kuala Lumpur untuk sebuah perlawanan persahabatan dan lawatan sambil belajar.

Tetapi bas yang mereka naiki tiba-tiba rosak dan mereka terkandas sehingga perlu menumpang di sebuah rumah agam penuh misteri. Di situlah mereka bertembung dengan hantu dan ‘hantu’.

Kalau mahu tau selanjutnya, boleh tonton di Mubi. - Ili Farhana

 
Main-Main Hantu | Kini Ditayangkan

Nancie Foo menyerlah dalam setiap babak filem komedi seram MAIN-MAIN HANTU.

Posted by MUBI Malaysia on Friday, September 24, 2021

 

 

‘Snowdrop’  (Disney+ Hotstar Malaysia)

Drama Korea Selatan terbaharu ini dibintangi superstar dari kumpulan Blackpink iaitu Jisoo bergandingan bersama Jung Hae-In dan sedang ditayangkan di Disney+ Hotstar Malaysia.

Drama ini menceritakan tentang situasi politik Korea Selatan pada tahun 1987 di mana satu protes besar-besaran berlaku untuk menggesa kerajaan mengadakan pilihan raya secara adil. 

Im Soo- Ho (Jung Hae-In) adalah seorang graduan yang ditemui berlumuran dengan darah oleh EunYoung-ro (Jisoo) yang merupakan seorang pelajar universiti. Dia menyembunyikan Im Soo-Ho di dalam bilik asramanya. Walau bagaimanapun, Soo Ho sebenarnya bukanlah seperti yang disangka oleh Jisoo. 

Siapakah sebenarnya Im Soo-Ho? Adakah penyembunyiannya di bilik asrama universiti wanita itu akan terbongkar? Jangan lupa saksikan drama menarik ini. - Helmi Anuar

 

‘Emily in Paris’ Musim Kedua (Netflix)

Baru sahaja menemui penonton beberapa hari lepas, kini siri ‘Emily in Paris’ musim kedua menjadi drama yang paling trending di Netflix.

Ia adalah kesinambungan daripada musim pertama di mana Emily lakonan Lily Collins telah dihantar ke Perancis untuk menjaga bahagian pemasaran media sosial bagi khalayak Perancis.

Musim pertama siri drama ini sememangnya mencuri tumpuan dan hangat diperkatakan. Tidak hanya pujian untuk dialog yang kelakar dan fesyen yang ditampilkan, malah ia juga berdepan dengan kritikan seperti isu perkauman.

Oleh sebab itu, ramai yang ternanti-nanti bagaimana cerita ini bergerak pada musim yang baru sebanyak 10 episod ini.

Musim kedua lebih banyak menyentuh budaya Perancis dan watak Emily lebih serius memahami budaya tempatan. Kalau anda nak hilangkan tekanan dan inginkan hiburan ringan, drama ini ialah pilihan yang tepat. - Wafa Aula

 

‘Sherlock’ (Netflix)

Kisah penyiasat persendirian, Sherlock Holmes dan rakannya Dr. John Watson telah banyak diolah dan diceritakan semula dalam pelbagai bentuk. Karya asal oleh Sir Arthur Conan Doyle ini telah diadaptasikan lagi sekali oleh penerbit dan penyiar BBC dan dibintangi oleh Benedict Cumberbatch serta Martin Freeman. 

Rezeki Cumberbatch dan Freeman selepas siri ini melimpah ruah dan kini, dunia cukup kenal dengan mereka sebagai Dr. Strange (Cumberbatch) serta Bilbo Baggins (Freeman).

Sherlock edisi BBC ini kaya dengan humor Inggeris yang ‘kering’ dan penceritaan yang bijak. Ada empat musim yang dimuatkan dalam Netflix Malaysia sekarang. Penulis sarankan agar ia ditonton mengikut urutan agar benar-benar faham ceritanya. Jika anda meminati siri penyiasatan, siri ini adalah untuk anda. - Ili Farhana - Getaran, 25 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz