Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sambut Krismas Dan Tahun Baru Dengan Hidangan Menyelerakan

Sejak awal Disember lalu, banyak promosi bufet hujung tahun yang lalu-lalang di media sosial. Meriah sungguh! Kalau mahu cuba, kami ada beberapa cadangan untuk anda.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 9:31AM

Gambar Hiasan, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setahun yang lalu, sambutan Krismas mahupun tahun baru tidaklah semeriah tahun ini.

Perintah kawalan pergerakan yang masih dikuat kuasa membuatkan ramai di antara kita terpaksa menyambut krismas dan tahun baru secara sendiri. Tiada acara makan-makan bersama keluarga mahupun kenalan rapat. 

Tahun ini situasinya berbeza. Segalanya meriah. Sejak awal Disember lalu, banyak promosi hujung tahun yang lalu-lalang di media sosial.

Inilah masanya untuk anda merancang sesuatu untuk mencipta saat-saat menggembirakan. Jika tidak merancang untuk bercuti ke mana-mana, apa kata anda luang masa dengan menikmati juadah enak di lokasi selera pilihan.

Sambil menjamu selera, bolehlah berbual panjang tentang perjalanan 2021. Mungkin juga merancang percutian idaman di 2022 nanti.  

Dengan pelbagai tawaran yang tersedia, sambutan krismas mahupun tahun baru anda pasti lebih bermakna. Jom semak senarai berikut sebagai panduan!

 

1) Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner, Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner yang dibawakan oleh Plus Grande Hotel ini dibawakan bagi meraikan kehadiran tahun 2022 dengan bergaya dan lebih bersemangat.

Dijual pada harga RM110 bersih untuk dewasa, bufet ini menyajikan lebih 100 juadah enak dan 'bintang utamanya' adalah hidangan stimbot dan grill yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan laut segar. 

Bahkan, terdapat tujuh jenis sos yang boleh dipilih mengikut kesukaan anda. Antaranya ialah sos cili, cili dan bawang putih, BBQ, sos kacang dan sos cili bersama kacang hitam. 

Salah satu kelainan yang ditampilkan ialah, bufet ini turut menempatkan meja dan kerusi di bahagian luar kafe bagi memberi peluang kepada tetamu menikmati kehijauan alam yang melatari hotel dalam taman ini. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda layari laman sesawang hotel ini di www.pulsegrande.com.my

 

2) Jingle Jangle, Cinnamon Coffee House, One World Hotel Petaling Jaya

Berlangsung dari 17 hingga 27 Disember ini, One World Hotel Petaling Jaya membawakan bufet Krismas yang berharga RM178.00 untuk dewasa dan RM89.00 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Terdapat lebih daripada 100 hidangan yang sukar dilepaskan. Antaranya ialah menu istimewa Krismas, ayam belanda panggang bersama madu dan herba, salmon bakar dengan sos percik, rusuk lembu panggang, chicken cordon bleu bersama sos cendawan, rendang kambing minang, daging gulai dan kentang, asam pedas siakap, lala tumis sos kacang hitam manis dan udang harimau kam heong.

Tidak dilupakan, deretan pemanis mulut yang membuatkan hati terbuai dengan kelazatannya. Ada chocolate yule log, aneka biskut krismas, puding krismas, kek buah-buahan, gingerbread, kek keju kranberi,  panna cotta  yogurt, vanilla creme brulee tartlet, ginger churros dan pelbagai tartlet buah-buahan serta ais krim.

Untuk tempahan sila hubungi 03-7681 1157, WhatsApp di 016-210 9521  atau emel kepada [email protected].

 

3) Set Ayam Belanda Burnin’ Pit

Restoran yang terkenal dengan seleksi daging salai dan panggang ini menyediakan Set Ayam Belanda pada harga RM498++ yang sesuai dinikmati oleh tujuh hingga 10 orang dalam satu-satu masa.

Anda boleh memilih untuk dibawa pulang atau menjamu selesa di restoran. Dengan syarat, tempahan perlu dibuat tiga hari lebih awal. 

Set ini terdiri daripada seekor ayam belanda panggang, sayuran panggang, southern slaw, mac and cheese, isian ayam belanda (turkey stuffing), roti herba bawang putih, sos kranberi dan sos béchamel. 

Tentang rasa, anda tidak perlu teragak-agak kerana setiap makanan yang keluar dari dapur restoran ini tidak pernah mengecewakan.

Ayam belanda panggang dimasak sempurna, mac and cheese memikat selera, begitu juga roti herba bawang putihnya yang lembut beraroma.

Untuk tempahan boleh ikuti pautan ini https://wa.me/60133993920.

 

4) Bufet Krismas dan Tahun Baru, Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Raikan Krismas anda sedikit berbeza tahun ini dengan hidangan berinspirasikan citarasa Itali di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral.

Mengikuti resipi tradisional dari Lombardy, nikmatilah ayam belanda panggang yang diperap dengan oregano dan disumbat dengan ciabatta buah berangan dan epal.

Tidak ketinggalan, kambing panggang Tuscan, bebola keju Itali, serta himpuan makanan laut menyegarkan.

Bagi penggemar makanan manis, jangan lupa mengintai kaunter pencuci mulut kerana restoran ini menghidangkan crepe berwarna-warni yang boleh dinikmati bersama aiskrim. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis kek yang berwarna-warni seolah-olah memanggil untuk dimakan.

Makan malam ambang Krismas (24 Disember) dan makan malam ambang tahun baru (31 Disember) berharga RM168 seorang untuk dewasa. 

Manakala brunch Krismas (25 Disember) dan makan tengah hari tahun baru (1 Januari) berharga RM 148. Kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun boleh menjamu selera secara percuma, sementara untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, boleh menikmati potongan sebanyak 50%.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti akaun media sosial Aloft Kuala Lumpur Sentral di sini.

 

5) Bufet Tahun Baru, Wyndham Acmar Klang

Hotel mewah pertama di bandar Klang, Wyndham Acmar Klang turut tidak ketinggalan membawakan bufet tahun baru kepada mereka yang ingin meraikan.

Tersedia di T Café pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022, bufet istimewa ini menawarkan kombinasi makanan tempatan dan barat. 

Bufet ambang tahun baru berharga RM148 bersih untuk dewasa, RM75 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak.

Sementara bufet hi-tea tahun baru berharga RM118 bersih untuk dewasa dan RM68 bersih untuk kanak-kanak dan warga emas. 

Untuk tempahan, anda boleh WhatsApp talian 012 590 9851 atau e-mel ke [email protected] - Getaran, 18 Disember 2021

Gambar: Instagram setiap lokasi hotel dan Unsplash

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Noda: 263 Individu Ditahan Di Ibu Kota

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Mohon Sijil Halal Sebelum Iklan Juadah Iftar, Bufet Sempena Ramadan - JAKIM

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi