Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Rahsia Penghantaran Makanan GrabFood Yang Ramai Tak Tahu

Singkapi bagaimana sistem dan teknologi penghantaran makanan oleh GrabFood berfungsi di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja anda menerima tempahan makanan yang dihantar oleh penghantar makanan, pernahkah anda terfikir, “Bagaimana GrabFood mampu menghantar makanan di seluruh Malaysia pada satu-satu masa? Lebih mengagumkan, bagaimana pula penghantaran makanan untuk seluruh Asia Tenggara?”.

Tentu sahaja ramai sebenarnya antara kita dalam tidak sedar pasti tertanya-tanya, “Bagaimana, ya?”

Nah, kami dapatkan Pegawai Kejuruteraan Grab, Xiaole Kuang bagi menjawab persoalan yang hadir di fikiran anda itu tadi. 

“Kami membina teknologi dengan tujuan untuk memberi pengalaman yang menggembirakan untuk pengguna semasa mereka menyemak (senarai makanan), memesan dan menunggu pesanan makanan mereka tiba,” ucap Xiaole Kuang.

Justeru, ini tiga rahsia utama bagaimana sistem dan teknologi penghantaran makanan GrabFood berfungsi agar kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengguna di Asia Tenggara, khususnya Malaysia:

 

CARIAN: Pilihan paling relevan diperibadikan khas untuk anda

1 – Laman utama bercitra tempatan

Setiap negara memiliki pasukan grafik dan jurutera perisian tersendiri. Ia bertujuan bagi menyesuaikan perkara-perkara yang relevan di laman utama, sesuai dengan citarasa pengguna di negara-negara berkenaan dan berdasarkan tabiat pemesanan mereka.

Ini termasuk kemampuan untuk memberikan ‘wajah’ tempatan pada kandungan di laman utama seperti paparan grafik, kategori dan tampilan menu. 

2 – Pilihan alternatif

Jika hidangan atau restoran yang dicari pengguna tidak tersedia, sistem akan menemukan peniaga yang serupa berdasarkan kesamaan kata kunci pada menu. 

Aplikasi GrabFood dapat memberikan cadangan yang diperibadikan berdasarkan apa yang disukai pengguna. Cadangan tersebut disusun berdasarkan beberapa faktor seperti populariti dan sejarah carian/pesanan pengguna. 

Peniaga yang paling sesuai dengan kriteria anda akan disenaraikan terlebih dahulu. 

3 – ‘Recommended for You

Bahagian ‘Disyorkan untuk Anda’ di halaman utama juga diperibadikan untuk pengguna berdasarkan corak pencarian mereka. Paling istimewa ia selari dengan masa terkini semasa anda membuat pencarian itu. 

Sebagai contoh, pengguna yang mencari restoran atau makanan tertentu akan melihat bahagian kategori dikemaskini secara serta-merta dan menampilkan pilihan makanan serupa dalam kadar segera!

PESANAN: 5 Jenis Pemesanan Dalam Aplikasi

Untuk pengguna di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, GrabFood kini menawarkan lima jenis fungsi pesanan dalam aplikasi seperti:

Penghantaran (Delivery On-Demand)

Pengambilan Kendiri (Self Pick-Up)

Penghantaran Berjadual (Scheduled Delivery)

Pesanan Berkumpulan (Group Order)

Campur & Padan (Mix & Match)

PENANTIAN: Persediaan tepat waktu dan Ketersediaan Penghantar

1 - Penyediaan makanan yang tepat pada masa

Anggaran masa penyediaan makanan yang tepat sangat penting untuk pengiraan keseluruhan ‘estimated time arrival’ (ETA) atau ‘jangkaan masa sampai’ dalam suatu sesi penghantaran makanan. 

Rata-rata penghantar makanan menghabiskan masa 6-11 minit menunggu di restoran untuk peniaga selesai menyiapkan pesanan mereka. Ini kerana kebiasaan tempoh penyediaan makanan mungkin berbeza antara restoran. 

Oleh kerana itu, GrabFood sedang menguji beberapa teknologi bagi mendorong peniaga untuk menyediakan makanan dengan kadar lebih pantas. Ia bertujuan mengurangkan masa menunggu penghantar makanan di restoran. 

2 – Pesanan bersama

Sistem terbaharu GrabFood dapat menampung dua atau lebih pesanan pengguna jika pesanan yang dibuat berdekatan (titik pengambilan) antara satu sama lain. Ia memudahkan penghantar makanan dan boleh diselesaikan dalam satu perjalanan, terutamanya pada waktu puncak (makan tengah hari dan malam) atau semasa keadaan hujan lebat. 

3 – Penghantaran makanan di saat krisis

Di saat genting, misalnya ketika terdapat terlalu banyak pesanan atau terlalu sedikit penghantar makanan di sesuatu kawasan, pengguna mungkin perlu menunggu lebih lama untuk menerima pesanan mereka. Kemungkinan untuk peniaga membatalkan pesanan juga lebih tinggi kerana mereka mungkin beroperasi pada kapasiti maksimum. 

Apabila situasi ini terjadi, GrabFood akan beransur-ansur mengurangkan jarak penghantaran. Ini bagi memusatkan penghantar makanan dalam kawasan yang lebih kecil, bagi membantu meningkatkan kadar penyelesaian pesanan. Kaedah ini diterapkan sehingga situasi menjadi stabil atau lebih ramai penghantar makanan bersedia di kawasan terbabit. - Getaran, 6 Mac 2021

Semua gambar: GRAB Malaysia

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok