Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 3:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘And Just Like That’ (HBO GO)

Jika anda merupakan peminat setia siri popular, ‘Sex And The City’, pasti anda teruja dengan sambungan siri ini yang diberi tajuk baru iaitu 'And Just Like That' yang ditayangkan di HBO GO.

Watak ikonik Carrie Bradshaw (Sarah Jessica Parker) yang merupakan seorang penulis kolum fesyen kembali bersama dua lagi sahabat baiknya iaitu Miranda (Cynthia Nixon) dan Charlotte (Kristin Davis).

Namun watak Samantha tidak kembali untuk sekuel ini. Watak Samantha digambarkan telah berpindah ke London dan memutuskan hubungannya bersama teman-teman.

'And Just Like That' mengisahkan tentang Carrie yang kini bahagia setelah berkahwin dengan Mr Big.

Namun kebahagiaan yang dikecapinya tidak lama apabila suaminya tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung. - Helmi Anuar 

 

Geran ( Netflix)

Mungkin anda masih ingat filem arahan Areel Abu Bakar ini sebenarnya sudah pernah ditayangkan di pawagam sebelum pandemik bermula.

Ini adalah filem aksi silat yang memang dibintangi oleh pesilat-pesilat tanah air. Setelah ia memenangi Anugerah Daniel A Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF), Geran telah mendapat permintaan untuk ditayangan di sebuah platform penstriman Amerika Syarikat dengan tajuk Silat Warrior: Deed of Death.

Bukan itu sahaja, ia pernah disenaraikan sebagai 10 filem terbaik seni bela diri Asia. 

Ia mengisahkan tentang adik mereka yang menggadaikan geran tanah pusaka mereka untuk membayar hutang hasil daripada kelah judi.

Kini mereka sekeluarga ingin mendapatkan semula rumah mereka dan membawa adik mereka pulang ke pangkuan keluarga. Filem Geran sudah boleh ditonton menerusi Netflix. - Wafa Aula

 

The Dying Artist (YouTube)

Filem pendek, The Dying Artist mengikuti kisah Shari, seorang pembikin filem yang pernah popular pada masa dahulu.

Shari yang menjalani kehidupan sunyi dan menghidapi penyakit kronik telah memutuskan untuk melawat ruang kerjayanya dahulu untuk mengembalikan semula semangatnya.

Menurut sutradara filem ini, Kavivarmen Vigneswaran, “Saya mula merasa takut dan meragui masa depan saya dalam industri perfileman. Perasaan itu telah membuat saya merasa terperangkap dalam emosi negatif sehinggalah mencetuskan idea untuk menulis filem pendek ini.

“Filem ini adalah surat cinta kepada diri saya dan generasi artis yang akan datang untuk terus menggapai bintang walaupun berdepan dengan jalan yang berliku.”

Penulis berharap agar filem ini mampu memberi inspirasi buat para penonton agar tidak berputus asa mengejar impian sebesar mana pun.

Sejak kebelakangan ini, wabak COVID-19 telah memberi kesan dari segi jiwa, mental dan kewangan kita. Jadi, diharapkan filem ini dapat mengingatkan semua bahawa ada sinar dihujung kegelapan. - Sara Mack Lubis

 

‘The Red Sleeve’ (Viu)

Berlatarbelakangkan abad ke-18, drama sejarah ini mengisahkan percintaan di antara putera mahkota Yi San lakonan anggota kumpulan 2PM, Lee Junho yang kemudian menjadi Raja Jeongjo dan dayang berjiwa kental Seong Deok Im (Lee Se Young). 

Tidak hanya tertumpu pada pengkisahan cinta semata-mata sebaliknya turut membawa penonton menyaksikan kekejaman kehidupan di istana yang terpaksa ditelan bakal pewaris takhta dan mereka disekelilingnya. 

Bergelar putera mahkota bermakna akan punya ramai musuh bahkan berdepan dengan ancaman bahaya daripada pelbagai penjuru. Itulah yang dilalui Yi San sedari kecil. 

Saat jiwanya rapuh apabila nendanya mangkat, takdir menemukannya dengan Deok Im yang ketika itu pelatih dayang. Pertemuan singkat itu meninggalkan impak besar dalam hidupnya. 

Dan, takdir sekali lagi menyatukan mereka apabila dewasa dan kali ini Deok Im menjadi dayang yang bertanggungjawab menguruskan Yi San. Personaliti Deok Im yang bijak, berani dan petah berkata-kata membuatkan Yi San jatuh hati.

Ikuti perkembangan kisah dua darjat ini dan bagaimana pengorbanan Deok Im demi melindungi Yi San di saluran penstriman popular Viu. - Shakilawati Abd Rahman

 

A World Without (Netflix)

Karya Nia Dinata dan Lucky Kuswadi yang terkini ini membicarakan tentang dunia pasca COVID. Dengan segala ‘kemusnahan’ yang terjadi, bukan sahaja pada alam malah pergaulan manusia juga, serba serbi menjadi aneh dan tidak kena. 

Penonton dikenalkan kepada tiga orang teman baik, Ulfah (Maizura), Tara (Asmara Abigail) dan Salina (Amanda Rawles) yang berjaya memasuki The Light, sebuah organisasi yang berjanji akan menjadikan semua remaja yang menyertai mereka ‘versi terbaik diri mereka.’ 

Bukan sahaja The Light menawarkan kursus keperibadian dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa depan, malah mereka turut memadankan remaja-remaja ini dengan pasangan mereka dan dinikahkan pada umur 17 tahun. 

The Light yang diketuai oleh Ali Khan (Chicco Jerikho) dilihat sebagai ‘penyelamat’ pada awalnya oleh tiga gadis ini, tetapi perlahan-lahan semuanya berubah. 

Menarik menonton sebuah filem dengan nuansa distopia yang dipersembahkan begini. Masih manusiawi tanpa terlalu banyak efek kesan khas.

Ceritanya tidak sempurna sepenuhnya tetapi ia tetap boleh menjadi sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton. - Ili Farhana - Getaran, 11 Disember 2021

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PERKESO Salur Geran RM4 Juta Pertingkat Aktiviti Pencegahan Kemalangan Industri

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok