Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Divertikula : Masalah Usus Bocor Dan Berdarah

Mari kita kaji apa sebenarnya penyakit divertikula serta bagaimana ia mengganggu sistem pencernaan manusia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 9:36AM

Gambar: iStockphoto

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aduh! Geli dan sakit bila terbayang kebocoran di bahagian usus. Najis tidak sempat keluar melalui dubur, ia sudah tercicir di dalam tubuh anda disebabkan usus yang bocor.

Sebenarnya, ini ialah tahap paling 'ekstrem' apabila seseorang itu menghidap penyakit divertikula dan melengah-lengahkan rawatan. Mari kita kaji apa sebenarnya penyakit divertikula yang mengganggu sistem pencernaan manusia.

Penyakit ini biasanya terjadi di permukaan usus besar berbanding usus kecil. Asasnya, penyakit divertikula ialah sejenis penyakit di mana berlakunya benjol-benjol kecil di luar bahagian usus.

Benjolan seumpama kantung-kantung kecil ini tidak diketahui puncanya tetapi umumnya berlaku di kalangan mereka yang kurang serat dalam diet mereka.

Keadaan sembelit yang teruk berserta tabiat meneran kuat-kuat sewaktu membuang air, boleh menyebabkan tekanan tinggi dalam usus besar.

Permukaan berkedut di bahagian dalam usus ditolak-tolak oleh tekanan sehingga menggelembung keluar berbentuk benjol atau kantung dan meninggalkan lubang-lubang pada permukaan sebelah dalam usus.

Divertikula pada usus besar. Gambar: Mayo Foundation
Divertikula pada usus besar. Gambar: Mayo Foundation

 

Tentang Radang Divertikulitis

Terdapat dua jenis penyakit divertikula ini iaitu radang divertikulitis dan divertikula berdarah. 

Radang divertikulitis terjadi apabila benjol-benjol kecil di luar usus dijangkiti kuman. Ia menyebabkan usus menjadi merah dan bengkak.

Apabila ini berlaku, pesakit biasanya akan mengadu sakit di bahagian abdomen (perut) disusuli dengan demam. Sekiranya berlarutan, keadaan ini boleh menyebabkan pembentukan nanah di dalam abdomen.

Senario yang paling ekstrem, ini boleh menyebabkan benjol-benjol kecil tersebut bocor lantas najis akan turut bocor dari usus.

Sekiranya pesakit stabil, siasatan lanjut akan dilakukan melalui imbasan CT bagi menentukan tahap jangkitan divertikulitis. Dalam masa yang sama, ubat antibiotik akan diberikan untuk mengawal jangkitan kuman daripada menjadi semakin serius.

Tahap Radang Divertikulitis. Gambar: Hinchey et al
Tahap Radang Divertikulitis. Gambar: Hinchey et al

 

Tentang Divertikula Berdarah

Simptom divertikula berdarah iaitu najis berdarah, selalunya tidak diiringi sebarang kesakitan walaupun di bahagian abdomen (perut).

Ketika membuang air besar, pesakit divertikula biasanya akan mendapati najisnya bercampur darah yang berwarna merah gelap.

Sekiranya pesakit datang ke hospital dengan simptom sebegini, ujian darah akan dilakukan untuk ketahui paras hemoglobin dalam darah. Pendarahan yang banyak boleh menyebabkan paras hemoglobin turun dan berlakunya anemia.

 

Misi Mengesan Divertikula Dengan Kamera

Kolonoskopi adalah salah satu prosedur yang dilakukan untuk mengesan punca penyakit divertikular berdarah. Tujuannya ialah untuk mencari lokasi di mana pendarahan berlaku.

Dari maklumat yang terkumpul, doktor pakar akan mengesyorkan rawatan yang sesuai untuk menghentikan pendarahan tersebut.

Prosedur kolonoskopi dilakukan dengan memasukkan kamera skop berkabel halus dan panjang melalui saluran najis.

Pakar perubatan dapat melihat gambar dalam usus besar melalui video dari kamera skop. Sekiranya ada lubang-lubang, pakar akan nampak, seterusnya merancang langkah perubatan seterusnya.

Divertikula dilihat melalui kaedah kolonoskopi
Divertikula dilihat melalui kaedah kolonoskopi

Prosedur ini tentu tidak selesa tetapi dalam prosedur kolonoskopi, pesakit dalam keadaan separa sedar dan tidak merasa apa-apa.

Kolonoskopi akan dilakukan secara elektif bagi menentukan pendarahan adalah bukan berpunca daripada ketumbuhan kanser atau pendarahan polip.

Dalam kes divertikula berdarah, pendarahan usus akan berhenti dengan sendirinya dalam 80 peratus dari jumlah kes penyakit divertikula.

 

Ada Kes Yang Perlukan Pembedahan

Sekiranya pesakit mengalami pendarahan usus yang berulang kali, kemungkinan pembedahan diperlukan sebagai jalan terakhir untuk membuang kantung-kantung tersebut.

Jika terlalu banyak yang bengkak dan bernanah atau bocor, pakar harus memotong bahagian usus besar yang penuh divertikula. Apabila sudah kering, pakar akan menyambung kedua-dua bahagian usus besar tersebut.

Bagi kes radang divertikulitis pula, antibiotik akan diberikan kepada pesakit berisiko rendah.

Namun begitu, prosedur kolonoskopi akan dilakukan enam minggu selepas rawatan lengkap bagi benar-benar mengenal pasti tiada ketumbuhan kanser pada dinding usus besar tersebut.

Adakala pembedahan secara kecemasan diperlukan sekiranya terdapat tanda-tanda usus sudah pun bocor yang menyebabkan pembentukan nanah di dalam abdomen.

Penyakit divertikula dilihat melalui X-ray abdomen
Penyakit divertikula dilihat melalui X-ray abdomen

 

Gaya Hidup Penyebab Penyakit

Penyakit ini sering terjadi apabila usia semakin meningkat. Menurut kajian, hampir 60 peratus daripada mereka yang berusia lebih 60 tahun mengalami penyakit ini.

Satu lagi pemerhatian ialah ramai pesakit di negara Barat mengalami divertikula di bahagian usus besar sebelah kiri. Bahagian usus besar ini lebih kecil dan sempit berbanding usus besar di sebelah kanan.

Disebabkan pemakanan yang kurang serat, bahagian usus yang sempit ini terpaksa berhempas pulas menolak najis ke rektum. Ini yang menyebabkan tekanan tinggi dan seterusnya menyebabkan divertikula.

Di kalangan pesakit di benua Asia pula, penyakit divertikula banyak terjadi di usus besar sebelah kanan disebabkan oleh faktor kongenital (keadaan sejak lahir).

Selain daripada faktor umur, gaya hidup juga mempengaruhi kadar risiko penyakit divertikula. Contohnya, pemakanan; makanan yang kurang serat dan tinggi kadar lemak ialah antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya penyakit divertikula.

Gambar Fail
Gambar Fail

Selera makan daging merah seperti daging lembu, kerbau dan kambing mesti dikurangkan bagi mengelakkan penyakit ini.

Golongan yang kurang bersenam atau menjalankan aktiviti riadah juga menjadi faktor risiko. Begitu juga berat badan yang berlebihan atau obes.

Gaya hidup yang tidak aktif sebegini menyebabkan usus tidak berfungsi dengan sihat. Najis ‘tersimpan’ di dalam usus lebih lama dari biasa sehingga menyebabkan sembelit yang teruk.

 

Jauhkan Diri Dari Risiko Divertikula    

Amalan pemakanan yang seimbang menjadi faktor utama dalam usaha mencegah penyakit divertikular. Sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang tinggi serat adalah sangat disarankan.

Gambar Fail
Gambar Fail

Minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari juga adalah disyorkan untuk mengelakkan sembelit kerana sembelit yang teruk boleh menjadi salah satu punca penyakit divertikula.

Lagi satu cara untuk menjauhkan penyakit divertikula ialah amalan senaman yang konsisten. Kehidupan yang aktif amat penting untuk mengurangkan risiko penyakit ini.

Lakukanlah senaman atau aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Mulai hari ini, pasang azam baru untuk mulai gaya hidup sihat. Tambah serat dalam diet anda supaya mudah membuang air. Insya-Allah semuanya akan berakhir dengan baik. - Getaran, 21 November 2021

Semua gambar: Ihsan Dr. Mohd Salehudin Bin Che Zan @ Che Zain kecuali tertera

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu