Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gemilang Seni Iman Troye

Biarpun baru setahun jagung usianya dalam industri muzik, namun populariti, kontroversi dan prestasi Iman Troye turut bergerak seiringan, menjadikannya antara bakat baru paling diingati.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 9:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Iman Troye, satu nama yang masih hijau dalam arena seni muzik tempatan. Biarpun pembabitannya dalam industri baru setahun jagung, sudah banyak pencapaian gemilang yang dikecapinya.

Baru-baru ini akhbar tempatan melaporkan lagu-lagu dendangannya telah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1 juta. Satu pencapaian yang sangat hebat untuk penyanyi yang baru berusia 19 tahun ini. 

Dan terkini, wajah comelnya kini terpampang megah di papan iklan digital di Times Square New York Amerika Syarikat.

Pesona bintang yang dimilikinya telah meletakkan Iman Troye di mana dia berada sekarang. Satu pencapaian yang tidak mudah untuk dikecapi oleh penyanyi baharu. 

“Menjadi artis bukanlah impian utama saya. Kalau diikutkan cita-cita saya sebenarnya mahu menjadi doktor haiwan. Tetapi saya baru perasan jiwa saya lebih ke arah muzik ketika usia 16 tahun.

“Saya akui detik percintaan saya dengan bidang muzik bermula agak lambat dan saya agak menyesal. Tetapi better late than never kata orang,” kongsi gadis yang mula mencuri tumpuan selepas menyertai rancangan realiti ‘I Can See Your Voice Malaysia’.

Permulaan penyanyi bertubuh genit ini dalam arena seni tempatan bermula selepas dia memberanikan diri memuat naik video ‘cover’ atau nyanyian semula lagu-lagu penyanyi lain di media sosial. 

“Sejak itu ramai yang request saya untuk cover lagu. Selepas itu saya masuk 'I Can See Your Voice Malaysia' dan beberapa rancangan televisyen.

“Penghujung tingkatan lima selepas tamat SPM, saya menandatangani kontrak sebagai artis rakaman, maka terhasillah lagu ‘Teman’,” katanya yang kini bergelar mahasiswa di bidang muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Biarpun mengikat kontrak pada usia yang muda, namun ibunya telah menetapkan syarat andai dia mahu bergelar penyanyi dia harus menduduki peperiksaan SPM terlebih dahulu dan berjanji akan menyambung pelajaran.

Ditanya adakah sukar baginya untuk mengimbangi masa antara kerjaya sebagai penyanyi dan pelajar sepenuh masa, kata Iman sejujurnya agak susah tetapi andai bijak mengatur masa, pasti akan dipermudahkan.

“Kalau kita betul minat dan mahukan sesuatu, walau macam mana susah sekali pun kita akan cari jalan dan akhirnya akan berjaya juga. Cuma kena banyak bersabar dan berusaha keras, Insya-Allah kita akan dapat apa yang kita mahukan,” katanya yang bersyukur memiliki teman kuliah yang sangat membantu. 

 

Fenomena ‘Teman’

Bercakap mengenai kecemerlangannya sebagai penyanyi dengan lagu yang memiliki puluhan juta tontonan dan pendengar, kata Iman semuanya bagaikan mimpi.

“Saya tidak sangka akan menjadi Iman Troye seperti hari ini. Jika orang tanya soalan tentang populariti, saya akan kembali terkenang ketika usia saya 16 tahun dan masih belajar di meja sekolah sambil berangan nak jadi apa bila dewasa nanti atau kahwin dengan raja macam cerita dongeng,” ceritanya sambal ketawa. 

“Saya sendiri tak sangka lagu ‘Teman’ boleh sampai ke tahap ini kerana lagu ini adalah my first baby, jadi kami memang tidak menyasarkan lebih dari jangkaan. Kami hanya jadikan ‘Teman’ sebagai tester. Tetapi bila orang boleh terima lagu ini, kami agak takut, kerana takut orang mengharapkan lebih lagi selepas ini.

Biarpun lagu ‘Teman’ berjaya menjadi fenomena, namun masih ada yang mempertikaikan kualiti vokalnya terutamanya tentang sebutannya. Namun kata Iman ini adalah cara nyanyiannya.

“Kalau diikutkan, ini memang cara nyanyian saya sendiri. Tapi, saya akan cuba perbaikinya terutama sekali dari segi vokal supaya lebih berkualiti,” katanya.

Menyedari dirinya masih hijau dalam bidang nyanyian, Iman pernah meminta nasihat daripada Allahyarham Siti Sarah Raissudin tentang teknik nyanyian yang betul. 

“Saya pernah tanya arwah Kak Sarah betulkah cara nyanyian saya ini sebenarnya salah. Nasihatnya kepada saya, just be yourself kerana ini adalah apa yang saya selesa bawa.

“Jangan tukar nada suara, tetapi katanya apa yang boleh diperbaiki adalah mutu vokal dari segi sebutan, pernafasan dan tenaga,” katanya.

 

Berlakon? Nanti Dulu

Mempunyai wajah yang komersial disulami dengan populariti yang mencanak, semestinya Iman menjadi rebutan penerbit drama untuk membintangi karya terbitan mereka.

Tetapi biarpun dihujani dengan tawaran menarik, Iman mahu memperkukuhkan namanya dalam industri muzik terlebih dahulu.

“Nak tu memang nak sebab rezeki kan, tapi bersedia tu belum. Bila saya nak masuk dalam industri muzik, saya kena belajar macam-macam. Dan dalam masa setahun ini pun masih sedikit ilmu tentang bidang muzik yang saya pelajari.

“Banyak lagi yang saya perlu belajar kerana saya masih merangkak dalam bidang muzik apatah lagi mahu terjun ke bidang lakonan pula. 

Untuk terjun ke bidang lakonan saya perlu membuat persediaan rapi dari segi karakter, emosi dan sebagainya. Untuk bahagikan masa kedua-dua bidang ini sangat susah.

Bila karier saya sudah stabil dalam bidang muzik, dah cukup belajar, dah puas, barulah saya akan cuba untuk masuk ke bidang lakonan,” katanya. 


 

Mahu Beli Rumah Sendiri

Melihatkan pendapatan lumayan yang diraihnya pada tahun ini, sengaja penulis bertanya kepada Iman apakah benda paling mahal yang pernah dibelinya sejak bergelar selebriti. Kongsi Iman dia telah membeli sebuah kereta jenama tempatan.

“Pada mulanya saya mahu membeli kereta Range Rover, tetapi mama menasihati saya supaya membeli kereta jenama tempatan terlebih dahulu untuk kereta pertama saya. 

Insya-Allah awal tahun depan saya akan beli rumah, tetapi saya harus lengkapkan rumah keluarga dulu sebelum memiliki rumah sendiri.”

Usik saya padanya, adakah ramai yang datang mendekati selepas mengetahui tentang jumlah pendapatannya yang mencecah jutaan ringgit, kata Iman setakat ini belum ada yang mahu mendampinginya disebabkan wang.

“Kalau nak cakap yang datang nak pinjam duit itu memang tak ada. Tapi kalau ada yang datang minta tolong, saya cuba tolong yang termampu,” katanya. 

 

Strategi Seni 

Penyanyi di Malaysia muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Namun tidak semua mampu untuk bertahan lama.

Ada yang sekadar memiliki satu lagu, kemudian lenyap dari industri. Ada pula yang seakan tenggelam timbul. Bagi Iman pula, dia mengejar kestabilan dalam karier untuk lima tahun akan datang.

“Sebenarnya saya masih merancang perjalanan karier saya. Jika diizinkan saya mahu betul-betul stabil dalam industri muzik untuk lima tahun akan datang.

“Kalau boleh ketika itu saya mahu mencuba bidang lain seperti pengacaraan atau lakonan. Saya nak terokai lebih banyak lagi cabang seni.

“Insya-Allah kita cuba yang terbaik dan saya harus bekerja keras untuk capai sasaran itu,” katanya yang merancang untuk keluarkan empat lagu setiap tahun. 

Setiap penyanyi di Malaysia pasti memasang impian untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Begitu juga dengan Iman, tetapi dia sedar, untuk bertanding dengan penyanyi-penyanyi hebat lain bukannya satu perkara yang mudah.

“Saya memang nak sangat beraksi di pentas AJL. Kalau dapat masuk, Alhamdulillah itu kira rezeki, tetapi kalau tidak berjaya pun tidak mengapa. Tetapi kalau dapat masuk, saya akan buat yang terbaik demi industri muzik. 

 

Nafi Anak Emas Ezra Kong

Sejak kemunculannya dalam arus perdana, kesemua lagu-lagu Iman dicipta oleh komposer terkenal, Ezra Kong sehingga ada yang menggelarnya anak emas baru Ezra. Tetapi Iman menafikan dakwaan itu.

“Ezra sayangkan kesemua penyanyi yang pernah bekerjasamanya dengannya secara sama rata. Dia tidak pernah memilih. Ezra sangat pemurah dari segi ilmu.

“Kalau ada salah dia terus tegur, tapi dengan cara yang baik. Dia tak garang dan sangat lemah lembut. Saya enjoy bekerja dengannya. Tanyalah siapa pun, semua pasti cakap senang bekerja dengan Ezra. 

Mungkin orang nampak saya selalu menyanyikan lagu Ezra, tetapi sebenarnya ramai lagi penyanyi yang sering menyanyikan lagu Ezra. 

Tetapi apa yang saya boleh katakan, Ezra adalah orang yang sangat penting dalam hidup saya. Dia sangat memahami cita rasa serta perangai saya dan tahu macam mana cerewetnya saya dalam merakam sesebuah lagu,” ujarnya.

Ditanya adakah komposer lain yang menginginkannya menyanyikan lagu-lagu mereka, kata Iman ada tawaran lain yang datang tetapi dia harus menangguhnya terlebih dahulu.

“Bukan saya tolak tetapi buat masa ini saya mahu fokus dengan Ezra terlebih dahulu. Banyak lagi projek yang saya nak buat dengan Ezra,” katanya yang berkemungkinan bakal muncul dengan lagu duet selepas ini. - Getaran, 20 November 2021

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Iman Troye

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Editor Gaya Hidup & Hiburan: Shah Shamshiri 

Penyelaras & Teks: Helmi Anuar

Pembantu Penyelaras : Wafa Awla

Suntingan Teks: Ili Farhana

Jurugambar: Syeda Imran

Juruvideo: Muharram Kasim

Solekan: Elmanda Zuhairi

Penata Gaya & Arahan Seni : Helmi Anuar

Busana: Mirol Jonit 

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi: Ramza Studio






 

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

'Free Palestine' Terus Bergema Di Bumi 'Uncle Sam'

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Teliti Kaedah Tangani Krisis Penghijrahan Cendekiawan - PM

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright