Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Bingkisan Dari Berlin

Namanya mungkin tidak sepopular jiran-jirannya seperti Paris, London, Amsterdam atau Madrid. Namun ibu negara Jerman ini ada tarikannya tersendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 3:08PM

Gambar: Claudio Schwarz, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berlin, ibu negara Jerman mungkin tidaklah sepopular bandar raya Eropah yang lain seperti London ataupun Paris.

Sungguhpun begitu kota yang terletak di Eropah Utara ini semakin lama semakin terkenal di kalangan para pelancong Eropah dan juga Asia.

Menyimpan sejarahnya tersendiri, Berlin masih kaya dengan unsur-unsur peninggalan zaman Perang Dunia pertama dan kedua yang membuatkan beberapa sudut kota kelihatan seperti dipetik dari buku sejarah.

Dianggap sebagai salah satu kota termaju di Eropah berkat arus kemodenan dunia dari segi gaya hidup serta pembangunan, kawasan lama Berlin turut menjadi tarikan pelancong.

Dengan masih banyak sisa-sisa sejarah di daerah-daerah terdahulu bandar raya ini, para pengunjung dari serata dunia pasti tertarik dengan peninggalan sejarah yang ada.

Seperti kebanyakan negara Eropah, Berlin masih ada rekaan seni bina klasik yang indah dan malar segar.

Untuk yang memasuki Berlin lewat jalan udara, ada beberapa lapangan terbang antarabangsa di Berlin namun semuanya tersambung dengan sistem U-Bahn (tren bawah tanah) dan keretapi darat yang sangat cekap dan teratur. 

Bagi memudahkan perjalanan sekitar bandar raya ini, para pelancong boleh membeli ‘Berlin Welcome Card’.

Gambar: Laman web Visitberlin.de
Gambar: Laman web Visitberlin.de

Ia merupakan kad khas yang membolehkan pengguna menaiki pengangkutan awam ke mana sahaja sekitar Berlin tanpa had mengikut jumlah hari yang ditetapkan.

Kad ini boleh dibeli di lapangan terbang, stesen keretapi dan beberapa kedai terpilih. Lebih menarik lagi, kad ini juga membolehkan pelancong mendapat potongan harga untuk melawat tempat-tempat tertentu.

Selain itu, kanak-kanak di bawah 14 tahun boleh menaiki pengangkutan awam secara percuma!

Seni bina indah Berlin dapat dinikmati dengan lebih cepat dan mudah jika menaiki bas pesiar ‘Hop On Hop Off’ yang disediakan khas buat pelancong.

Bas pesiaran Hop On Hop Off untuk pelancong di Berlin
Bas pesiaran Hop On Hop Off untuk pelancong di Berlin

Ia akan melalui jalan-jalan serta bangunan-bangunan utama bandar raya tersebut. Kesemua penumpang bas akan diberi alat pendengar dalam pelbagai bahasa (termasuk Bahasa Melayu yang diselang-selikan dengan Bahasa Indonesia).

Antara bangunan popular yang menjadi tarikan ramai adalah Fernsehturm (TV Tower) atau Menara TV di Alexanderplatz. Ia adalah antara struktur tertinggi di Kesatuan Eropah dengan ketinggian 368 meter.

Dibina pada 1969, terdapat tingkat observasi khas yang membolehkan pengunjung melihat kota Berlin dari ketinggian 204 meter. 

Tidak dilupakan juga adalah Rotes Rathaus (Dewan Bandaraya), yang sinonim dengan seni bina batu bata merahnya.

Gambar: Ricardo Esquivel, Pexels
Gambar: Ricardo Esquivel, Pexels

Semestinya mercu tanda Berlin yang paling popular adalah Brandenburg Gate atau Pintu Gerbang Brandenburg. Ia merupakan mercu tanda ikonik Berlin dan Jerman yang berdiri sebagai satu lambang keamanan serta penyatuan dalam sejarah Eropah.

Ia sering diabadikan di dalam poskad serta imej-imej pelancongan Jerman. Gerbang tersebut memang kelihatan begitu indah pada waktu malam dan siang. Ia mudah ditujui kerana bersambung dengan stesen-stesen U-Bahn yang lain. 

Suasana stesen U-Bahn bawah tanah di Berlin
Suasana stesen U-Bahn bawah tanah di Berlin

Selain kawasan tersebut, Berlin sudah tentu terkenal dengan runtuhan tembok Berlin yang satu ketika dahulu merupakan tembok pemisah antara Jerman Barat dan Jerman Timur sewaktu perbezaan ideologi dan kuasa politik.

Gambar: YC Liao, Unsplash
Gambar: YC Liao, Unsplash

Ia akhirnya diruntuhkan pada tahun 1989 setelah kedua-dua belah Jerman bersatu semula hingga ke hari ini. 

Berlin juga boleh dilawati melalui jalan air dengan menaiki bot-bot pesiar yang melalui sungai utama Berlin iaitu Sungai Spree. Ia memberi pandangan berbeza dari jalan darat yang biasa dilalui. 

Gambar: Florian Wehde, Unsplash
Gambar: Florian Wehde, Unsplash

Soal menjamu selera juga tidak menjadi masalah bagi yang beragama Islam kerana terdapat banyak penduduk berketurunan Turki dan negara-negara Arab lain yang seagama.

Mereka membuka banyak cawangan restoran halal atau mesra Muslim di seluruh Jerman. Di pusat membeli-belah Mall of Berlin di tingkat paling atas terdapat beberapa gerai yang menjual makanan halal termasuk burger yang lazat.

Untuk pilihan penginapan pula, Berlin tidak ketandusan pilihan. Dari hotel bajet yang paling murah serta hostel hinggalah yang paling mewah, semuanya ada di sini.

Dengan reputasi sebagai kota yang bebas dan unik, di sini ada banyak hotel butik yang ranggi dengan seni reka dalaman yang sangat menarik.

Malah harga hotel-hotel ini sangat berpatutan, bersesuaian dengan perbandingan harga hotel-hotel Eropah lain. 

Pemandangan indah dari Riu Plaza, Berlin
Pemandangan indah dari Riu Plaza, Berlin

Dengan begitu banyak sejarah dan tempat menarik yang terkandung di dalam kotanya, Berlin benar-benar utuh sebagai sebuah bandar raya wisata di Eropah. Ia benar-benar gah dan pasti bakal disenangi pengunjung. - Getaran, 14 November 2021

Gambar: Shah Shamshiri, kecuali tertera

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pendirian Anwar Mengenai Gaza Tarik Sokongan Individu Berpengaruh

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

3

Ekonomi 2 minggu yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Kumpulan Pemikir Utama Jerman

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok