Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cef Sherson Lian Perkenal Laksa Di Pesta Buku Sharjah

Dalam demonstrasinya, Cef Lian menerangkan kepada pengunjung mengenai fakta menarik tentang laksa dan bagaimana setiap negeri di Malaysia mempunyai versi tersendiri hidangan itu.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 9:19AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencinta makanan yang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Sharjah (SIBF) berpeluang menikmati laksa, makanan kegemaran rakyat Malaysia, yang disediakan Cef  selebriti dan hos Sherson Lian di sini.

Dalam demonstrasinya itu, Lian yang juga pengacara rancangan memasak '5 Rencah 5 Rasa' menerangkan kepada pengunjung mengenai fakta menarik tentang laksa dan bagaimana setiap negeri di Malaysia mempunyai versi tersendiri hidangan yang telah mencipta nama di peringkat global itu.

Pengunjung kelihatan menghirup kuah dan menikmati laksa yang disajikan itu dengan penuh berselera. 

Berkongsi pengalaman sulungnya memasak di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Lian berkata beliau menghadapi cabaran mencari bahan terbaik seperti santan asli, laksa dan belacan di pasar tempatan di sini.

Bagaimanapun, katanya beliau gembira dan menganggap ia satu penghormatan kerana berpeluang menyertai edisi ke-40 pesta itu, bagi berkongsi budaya dan makanan Malaysia dengan penduduk UAE yang peramah.

“Saya dimaklumkan tiada masalah untuk mendapatkan bahan-bahan di sini tetapi apabila saya sampai, sebahagian bahan adalah berbeza. Walaupun tidak semua bahan diperoleh, kami masih dapat berkongsi keenakan laksa dengan pengunjung.

“Ini adalah satu sebab mengapa saya sangat sukakan pekerjaan ini, saya dapat mengembara dan mempromosikan sajian serta budaya Malaysia selain berkongsi mengenai keenakkan makanan kita kepada dunia,” katanya kepada Bernama.

Katanya beliau memilih laksa kerana resipi makanan itu mewakili rasa Malaysia dengan pelbagai ramuan tradisional yang digunakan, ia mencerminkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan pelbagai bahan dalam semangkuk laksa.

Selain itu, Lian berkata beliau mahu memperkenalkan hidangan yang jarang didapati di sini memandangkan UAE telah pun mempunyai banyak hidangan berkualiti.

“Pada mulanya, saya terfikir untuk menyediakan hidangan berasaskan nasi atau mi, tetapi rakyat UAE mempunyai hidangan berasaskan nasi yang sangat bagus, beras mereka berkualiti, (jadi) saya lebih suka menunjukkan sesuatu yang jarang ditemui di sini, sebagai pengalaman baharu buat mereka,” katanya.

“Jadi saya memilih laksa kerana laksa adalah kebanggaan dan kegemaran rakyat Malaysia. Setiap negeri mempunyai versi laksa tersendiri dan ia seperti makanan kebangsaan, sangat mengagumkan melihat mereka duduk dan mendengar penerangan saya kerana ia adalah sesuatu yang baharu bagi mereka dan apabila mereka menjamah laksa itu, mereka kelihatan sangat menikmati dan menyukainya,” kata Lian.

Ditanya mengenai bagaimana beliau mula belajar memasak, Lian berkata ketika membesar, beliau sering menghabiskan masa mengupas bawang kerana ibunya berniaga di sebuah kafe di Kuala Lumpur dan sering meminta pertolongannya untuk menyediakan pes resipi  turun-temurun dari rumah.

Pengalaman itu memupuk minatnya dalam bidang kulinari sehingga beliau menjadikan cef selebriti dan pengacara televisyen hari ini.

“Pada mulanya saya tak suka melakukan kerja-kerja itu, tapi lama-kelamaan saya mula minat memasak. Apabila saya meningkat usia saya memutuskan untuk menceburi bidang ini sebagai mata pencarian dan selepas itu, saya mula memberi lebih perhatian pada ibu ketika beliau memasak,” katanya.

Lian adalah antara 11 cef selebriti dari seluruh dunia yang dijemput ke SIBF bagi mempamerkan kemahiran kulinari mereka.

SIBF berlangsung di Pusat Ekspo Sharjah sehingga 13 Nov ini. - Bernama

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah