web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nelayan Perahu Kolek Buat Persiapan Hadapi Musim Tengkujuh

Tinjauan di perkampungan nelayan itu baru-baru ini, mendapati kira-kira 40 nelayan bergotong-royong menaikkan bot atau lebih dikenali sebagai ‘perahu kolek’ ke atas tebing.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 5:39PM

Gambar: Bernama/Zulkarnain Kamaruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nelayan tradisional di Kampung Pulau Gajah, Sabak di Pengkalan Chepa, di sini mula ‘berkemas’ dengan menaikkan bot masing-masing ke daratan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Tinjauan di perkampungan nelayan itu baru-baru ini, mendapati kira-kira 40 nelayan bergotong-royong menaikkan bot atau lebih dikenali sebagai ‘perahu kolek’ ke atas tebing.

Ketua Jaringan Perikanan Pulau Gajah Nik Ruzulaili Nik Yusoff berkata kesemua bot perlu dinaikkan ke darat kerana nelayan sudah tidak turun ke laut ekoran cuaca yang tidak menentu menjelang kedatangan Monsun Timur Laut.

Beliau yang juga ketua pangkalan bot di situ berkata hari ini sebanyak sembilan buah bot ditarik ke darat dengan hanya menggunakan kudrat manusia.

"Di kampung ini sahaja ada lebih kurang 40 bot atau perahu kolek, manakala selebihnya bot gentian kaca.

"Semua sudah sepakat untuk menaikkan bot ke daratan kerana tidak berani turun menangkap ikan disebabkan cuaca tidak menentu dan boleh membahayakan nyawa nelayan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Nik Ruzulaili berkata bot ditarik menggunakan tali dengan dilapik kayu bulat yang bertindak sebagai roda supaya bot dapat bergerak dengan mudah dan dilakukan seawal 7 pagi kerana mengambil kesempatan ketika air pasang.

"Jika kerja-kerja menarik bot lambat dilakukan, paras air akan surut menjadikan tebing lebih curam dan bot sukar dinaikkan ke daratan," katanya.

Menurutnya selepas ini nelayan akan berehat panjang dan melakukan apa sahaja kerja termasuk sebagai buruh binaan bagi menampung perbelanjaan harian.

Seorang nelayan yang ditemui, Mohd Rizuwan Ramli, 40, berkata dalam tempoh ‘berehat’ itu, nelayan biasanya akan mengambil kesempatan membaiki bot seperti menampal bot yang bocor, mengecat, menukar kayu, menjahit pukat dan sebagainya.

Katanya mereka biasanya akan berehat dari awal November dan kembali menangkap ikan di laut pada penghujung Februari tahun hadapan. - Bernama

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Dagu, Leher, Perut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lombong Emas Haram: 2 Maut Tertimbus Tebing Runtuh

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini