Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kertuk Ulu Hanya Satu Di Terengganu

Pernah dengar tentang Kertuk Ulu? Persembahan yang dimulakan di Kampung Baong, Kuala Berang, Hulu Terengganu ini punya pesona tersendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 2:28PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negeri Terengganu selain terkenal dengan keindahan pulaunya, ia juga terkenal dengan tarian Ulek Mayang.

Tarian yang melibatkan penggunaan beberapa alatan muzik seperti gong, gendang, rebana dan gamelan ini meraih populariti luar biasa kerana ia turut dikaitan dengan kisah-kisah mistik. 

Namun, terdapat satu lagi persembahan kebudayaan yang cukup menarik untuk dinikmati jika anda bercuti ke Terengganu.

Pernah dengar tentang Kertuk Ulu? Persembahan yang dimulakan di Kampung Baong, Kuala Berang, Hulu Terengganu ini punya pesona tersendiri. 

Ada sedikit persamaan dengan persembahan dikir barat kerana ia melibatkan nyanyian, tetapi ia tidak melibatkan sebarang tarian atau gerakan, cuma menggunakan alatan muzik yang dikenali sebagai gendang batak. 

Gambar: Rahayu MN
Gambar: Rahayu MN

Diperbuat daripada batang buluh sepanjang dua kaki, dikorek di tengahnya dan kelihatan seperti berlidah, serta dililit beberapa urat tali seperti tali kecapi.

Muzik yang dihasilkan juga unik apabila dipetik menggunakan lidi buluh berukuran sejengkal. Jika diamati, bunyi yang dihasilkan punya persamaan dengan bunyi gitar bass dan paluan gendang. 

Awalnya, alat muzik ini hanyalah dimainkan menggunakan irama gendang silat sahaja.

Namun, sebagai usaha untuk mempopularkan seni persembahannya kepada orang ramai, ada beberapa alatan muzik lain yang turut dimainkan bersama bagi menghasilkan bunyian yang lebih harmoni.

Bahkan, lagu-lagu yang dinyanyikan biasanya diinspirasikan daripada lagu-lagu popular dikir barat.

Di Malaysia, hanya ada satu kumpulan yang mampu bermain alatan tradisional ini dan ia diterajui oleh Mohd Adam bin Isa, 51 tahun yang berasal dari Kampung Baong, Hulu Terengganu.

Mempunyai 12 orang ahli, kumpulan ini cukup unik kerana ia terdiri daripada anak-anak muda berusia belasan tahun. Siapa sangka, alat muzik tradisional ini mampu menarik minat generasi muda.

Berpeluang menyaksikan persembahan Kertuk Ulu pada Festival Kebudayaan Terengganu 2021 baru-baru ini memberi peluang kepada Getaran mendekati dua remaja yang dilihat selesa dan rancak mengikut alunan muzik yang dimainkan.

Menurut Muhammad Aqil Mohd Azuan,17, dia tertarik untuk memainkan gendang batak ini kerana melihatnya sebagai sesuatu yang unik selain dapat mengisi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat.

 Muhammad Aqil Mohd Azuan
Muhammad Aqil Mohd Azuan

“Saya sudah bermain alat muzik ini kira-kira dua tahun. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa ada remaja yang berminat dengan Kertuk Ulu ini, bagi saya gendang batak ini cukup unik. Ia tiada di tempat lain, hanya ada di Terengganu iaitu di Kampung Baong, Kuala Berang.

“Tak susah pun mempelajarinya. Yang penting kena minat dan fokus. Kalau kita minat, ia jadi mudah. Dalam masa seminggu sudah boleh buat persembahan dengan rakan-rakan yang lain,” ujar Muhammad Aqil.

Dalam masa yang sama, pelajar Tingkatan 5 ini juga berkongsi pandangannya tentang persembahan kebudayaan ini. Jelas Muhammad Aqil, pihak-pihak berwajib perlu memupuk minat dalam kalangan anak-anak muda untuk bermain alat muzik tradisonal ini agar ia tidak hilang ditelan zaman.

“Penting untuk anak muda belajar alat muzik tradisional kerana jika tidak diteruskan, ia akan hilang begitu saya.

“Sebagai generasi muda, saya hendak meneruskan persembahan ini agar generasi akan datang punya peluang untuk menikmati dan mengenali keindahan muzik daripada gendang batak ini.

“Jadi, saya harap pihak-pihak yang berkaitan boleh melakukan sesuatu. Kalau boleh, perkenalkanlah Kertuk Ulu ini di serata dunia,” luahnya. 

Sementara itu, seorang lagi pemain gendang batak muda, Nur Ain Nabila Mohd Adam, 14, turut berkongsi pengalamannya bersama kumpulan kebudayaan ini.

Nur Ain Nabila Mohd Adam
Nur Ain Nabila Mohd Adam

Dia yang mula bermain gendang batak dari umur lima tahun bukan sahaja lancar bermain, tetapi juga mampu membuat sendiri gendang batak ini kerana sering membantu ayahnya yang merupakan peneraju kumpulan ini.

“Sejak kecil lagi saya sudah terdedah dengan alat muzik ini, sebabnya ayah saya yang melatih remaja-remaja di kampung ini bermain gendang batak. Adik-beradik saya yang lain pun boleh bermain.

“Selain itu, saya juga boleh buat gendang batak ini. Saya selalu ikut ayah masuk ke hutan untuk mencari buluh bagi menyiapkan gendang batak sama ada untuk kegunaan sendiri, kumpulan atau ada orang kampung yang mahukan.

“Saya juga berharap agar persembahan Kertuk Ulu ini boleh diturunkan ke generasi akan datang dan tidak terkubur begitu sahaja,” ujar remaja berjiwa besar ini.

 

Hasil Ciptaan Pahlawan Mat Kilau

Bercerita tentang asal-usul gendang batak ini, Mohd Adam memberitahu sumber kajian lisan menyatakan gendang batak dicipta oleh Pahlawan Melayu, Mat Kilau yang ketika itu sedang menumpang di Hulu Terengganu kerana diburu oleh musuh.

Mohd Adam bin Isa
Mohd Adam bin Isa

“Kalau mengikut cerita orang-orang tua dahulu, nama gendang batak ini diberikan oleh pahlawan Pahang Mat Kilau yang ketika itu melarikan diri dari musuh.

“Semasa Mat Kilau menumpang di Hulu Terengganu, dia juga menanam padi dan ketika menunggu padi huma masak di Kampung Baong, Mat Kilau mengopek dan mengorek beberapa batang buluh untuk mencipta bunyi-bunyian untuk menghalau burung-burung yang mengacau tanaman.

“Apabila orang-orang kampung mula bertanya kepadanya tentang nama alat muzik itu, dia secara berseloroh menamakannya ‘gendang batak’. Namun, nama itu terus dikenali sehingga kini,” ujar Mohd Adam yang giat melatih remaja Kampung Baong bermain gendang batak.

Selain banyak membuat persembahan di seluruh Terenganu, Kertuk Ulu juga sudah mula mendapat undangan di negeri-negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kedah. - Getaran, 30 Oktober 2021

Gambar: Shamsul Bahrain, @locco.my

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Tradisi Ketuk Genta Di Terengganu Diteruskan Sepanjang Ramadan

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu