Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 'YouTuber' Popular Di India

Kami kongsikan dengan anda lima orang 'YouTuber' dari India yang popular dan mempunyai lebih 10 juta pengikut di YouTube.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2021 9:19AM

Gaurav Chaudhary, Bhuvan Bam, Nisha Madhulika. Gambar: Instagram masing-masing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membuat video kini sudah menjadi hobi buat ramai orang di serata dunia. Berbekalkan minat tersebut, ramai juga yang sudah mencipta akaun saluran YouTube sendiri sebagai platform ekspresi peribadi.

Ada yang menciptanya untuk perkongsian hobi, ada yang ingin cuba menghasilkan drama pendek dan ada juga menjadikannya tempat simpanan memori peribadi. 

Platform yang dicipta pada tahun 2005 dan berpangkalan di California, Amerika Syarikat ini telah melahirkan ramai pencipta kandungan atau YouTuber dan ada dalam kalangan mereka yang kini bergelar jutawan di serata dunia. 

Selain para YouTuber yang terkenal di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara, terdapat ramai juga yang dikenali di Asia Selatan seperti di India, Pakistan dan Sri Lanka. 

Minggu ini kami kongsikan dengan anda lima orang YouTuber yang popular di India dan mempunyai lebih 10 juta pengikut (subscribers).

 

Carry Minati

Carry Minati. Gambar: Instagram @carryminati
Carry Minati. Gambar: Instagram @carryminati

Ajey Nagar atau lebih dikenali sebagai Carry Minati ialah seorang YouTuber dari Faridabad, India. Beliau mula menghasilkan kandungan video pada tahun 2014. 

Carry membuat video yang berkonsepkan kisah komedi dan reaksi terhadap video-video lain. Konsep ini mendapat perhatian pengikut-pengikutnya kerana menampilkan kandungan yang berbentuk budaya dalam realiti seperti ‘Cancel Culture Organization’ yang menceritakan keadaan persekitaran tempat kerja secara santai.

Carry juga menjadikan saluran YouTubenya sebagai tempat untuk berkarya sebagai seorang penyanyi dan penstrim permainan video. 

Dilahirkan pada 12 Jun 1999, beliau mempunyai jumlah pengikut seramai 32.6 juta. 

Carry pernah dilanda kontroversi kerana memuat naik video yang bertajuk ‘YouTube VS TikTok’ dan menyebabkan video tersebut digugurkan oleh pihak YouTube kerana melanggar syarat dan peraturan. 

Dipercayai kandungan tersebut mempunyai unsur-unsur pembulian siber dan keganasan.

 

Amit Bhadana

Amit Bhadana. Gambar: Instagram @theamitbhadana
Amit Bhadana. Gambar: Instagram @theamitbhadana

Anak kelahiran India Utara ini telah mewujudkan saluran YouTube beliau sendiri sejak tahun 2014 dan memuat naik video pertamanya pada 1 Mac 2017. 

Apa yang menariknya, Amit telah mendapat pendidikan dari Universiti Delhi dalam jurusan undang-undang dan bukan media atau perfileman. 

Memilih jalan untuk menjadi YouTuber sepenuh masa, Amit Bhadana menampilkan sepenuhnya video berkonsepkan filem dan drama pendek dalam bentuk komedi. 

Mempunyai seramai 23.6 juta pengikut, beliau pernah dimasukkan sebagai senarai ‘YouTuber India Paling Popular Di India’ dan tersenarai dalam ‘10 YouTuber Paling Kaya Di India.’

Bukan setakat itu sahaja, salah satu video yang dimuat naik di akaun YouTubenya juga pernah tersenarai dalam ‘10 Video Global Tahun 2018.’

Amit hanya menampilkan cerita-cerita yang lucu dan tidak memerlukan tahap pemikiran yang tinggi apabila menontonnya.

 

Bhuvan Bam

Bhuvan Bam. Gambar: Instagram @bhuvan.bam22
Bhuvan Bam. Gambar: Instagram @bhuvan.bam22

Seorang lagi graduan Universiti Delhi yang telah melebarkan sayap di dalam dunia YouTube di India ialah Bhuvan Avnindra Shankar Bam atau Bhuvan Bam. 

Dilahirkan pada 22 januari 1994, individu ini memiliki seramai 22.1 juta pengikut di saluran YouTubenya dan kini menjadi pengarah saluran YouTube BB KI Vines di bawah syarikat BB Ki Vines Private Limited Corporation. 

Apa yang mengejutkan ialah tidak ramai YouTuber seperti dirinya di luar sana. Bhuvan memiliki kemahiran menyanyi, menulis lirik dan juga seorang pelawak. 

Bhuvan terinspirasi untuk membuat saluran YouTube pada bulan Jun 2015. Beliau telah memuat naik video daripada seorang wartawan yang bertanyakan tentang satu isu sensitif kepada seorang ibu yang mengalami kematian anaknya berikut banjir di Kashmir dan ia tular di Pakistan. 

Pelbagai jenis konsep video yang dihidangkan oleh Bhuvan dan salah satu video talk show beliau yang diberi nama Titu Talks telah ‘meletup’ di dunia maya gara-gara berjaya menjemput Shah Rukh Khan sebagai tamu. 

Siapa sangka dari seorang penyanyi di bar tempatan, kini beliau telah mencipta nama di dalam dunia YouTube India.

 

Gaurav Chaudhary

Ghurav Chaudhary. Gambar: Instagram @technicalguruji
Ghurav Chaudhary. Gambar: Instagram @technicalguruji

Jumlah YouTuber di dunia yang membuat video berkenaan teknologi memang tinggi.  

Gaurav Chaudhary adalah antara individu yang boleh dikatakan pakar dalam dunia teknologi dan membuat ulasan dan tip gajet elektronik seperti telefon pintar di YouTube. 

Salah satu saluran YouTube beliau yang menjadi rujukan ramai berkenaan gajet elektronik ialah Technical Guruji. 

Saluran yang dilancarkan pada Oktober 2015 ini telah membuat ulasan pelbagai jenama terkemuka seperti Apple dan dilaporkan menjadi saluran YouTube berkonsepkan teknologi yang pertama mencapai jumlah 12.8 juta pengikut pada tahun 2018. 

Dengan perkembangan yang hebat itu, saluran YouTube tersebut membuatkan Gaurav membuka satu lagi akaun YouTube dengan menggunakan namanya sendiri. 

Tetapi akaun tersebut lebih kepada perkongsian kehidupan peribadinya. Apa yang lebih mengejutkan, Gaurav juga mempunyai sijil kelulusan bekerja dalam sistem keselamatan daripada pihak polis Dubai. 

Ini menjadikan Gaurav seorang YouTuber yang luar biasa.

 

Nisha Madhulika

Nisha Madhulika. Gambar: Instagram @officialnishamadhulika
Nisha Madhulika. Gambar: Instagram @officialnishamadhulika

Jika kita lihat, banyak cef terkemuka di dunia seperti Gordon Ramsay dan Jamie Oliver yang menggunakan YouTube untuk berkongsi resipi dan tip memasak mereka. 

Di India, terdapat seorang cef terkenal bernama Nisha Madhulika yang juga seorang penulis di pelbagai laman sesawang termasuk akhbar tersohor Times of India. 

Nisha telah digelar sebagai cef YouTuber kerana membuat video khusus tentang masakan India. Bermula dengan sebuah blog masakan berasas sayuran India pada 2007, wanita kelahiran Uttar Pradesh, India ini mula membina nama dalam dunia masakan. 

Pada tahun 2011, Nisha melancarkan saluran YouTube dengan namanya sendiri dan mencapai seramai 10 juta pengikut pada tahun 2018. 

Kini, cef sohor YouTube ini memiliki 12 juta pengikut dan setiap video masakannya seperti lauk-pauk, kuih dan manisan tradisional serta banyak lagi mendapat jumlah tontonan yang sangat luar biasa. 

Nisha dinobatkan sebagai ‘YouTuber Masakan Paling Popular’ di Social Media Summit & Awards pada 2017 dan pernah dinobatkan sebagai 10 Superstar YouTuber Paling Popular di India pada tahun 2016. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sumber: Times of India

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

2

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

TV YouTube Naikkan Harga Langganan, Bersaing Dengan Disney Plus dan Apple TV+

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA