Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengenali Ayob Ibrahim Tokoh Muzik Tersohor Tanah Air

Ayob Ibrahim adalah seniman kedua selepas Tan Sri P. Ramlee yang memenangi Anugerah Asia Pacific Film Festival.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Oct 2021 5:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ayob Ibrahim bukanlah nama asing dalam dunia muzik tanah air. Beliau merupakan lulusan sarjana University of Manchester UK dalam bidang komposisi muzik (MMus Composition) serta ijazah sarjana muda dari ITM telah mula bergiat aktif sejak 1989 lagi. 

Ayob memulakan langkah pertamanya dalam bidang muzik dengan menyertai kumpulan teater Centre Stage di bawah bimbingan Norma Nordin dan Profesor Dr. Najib Nor (Allahyarham). Ayob diberi kepercayaan menghasilkan karya muzik untuk persembahan teater. 

Setelah itu pada 1992 Ayob berkhidmat sebagai pegawai kebudayaan di Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Bertugas sebagai pegawai kebudayaan memberikan Ayob peluang untuk membuat beberapa kajian dalam seni budaya tradisional dan etnomuzikologi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Seterusnya pada 1993 Ayob ditempatkan di satu unit khusus bagi merangka penubuhan sebuah institusi yang mengkhususkan kepada bidang seni.

Di unit tersebut Ayob telah melakukan pelbagai kajian mendalam dan berkat kesabarannya setahun kemudian tertubuhlah sebuah institusi pengajian tinggi yang diberi nama Akademi Seni Kebangsaan (ASK). 

Institusi ini dijenamakan semula pada 2006 dan dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Pada masa sama, Kompleks Budaya Negara (kini Istana Budaya) sangat aktif menganjurkan persembahan seni budaya. Tetapi pihak KBN mempunyai kekangan peruntukan kewangan dan memohon kepada pegawai yang berkebolehan dalam bidang seni untuk menyumbangkan karya kreatif secara percuma. 

Bertitik tolak dari peristiwa itulah Ayob mula menghasilkan karya muzik untuk teater dan tari kontemporari dengan lebih aktif lagi.

Bermula sebagai hobi untuk membantu pihak KBN, lama-kelamaan permintaan muzik daripada pihak luar semakin bertambah dan daripada situlah Ayob mula memberanikan diri untuk terlibat sebagai karyawan muzik secara sepenuh masa bermula 1995. 

Ayob bagaimanapun memilih untuk kurang aktif dalam muzik arus perdana kerana melihat ramai penggiat yang enthusiastic dalam arena itu, maka beliau memilih aktiviti yang menjurus kepada muzik latar program TV, dokumentari, seni persembahan dan juga acara.

Anugerah dan Sumbangan dalam Bidang Muzik

Sepanjang kariernya sebagai seniman dan ahli akademik Ayob telah berjaya menghasilkan banyak penerbitan berkaitan muzik serta pendidikan.

Beliau juga sering mewakili Malaysia dalam pelbagai acara peringkat antarabagsa antaranya ialah ASEAN youth Music Camp Brunei (1992), ASEAN Creative Artist Interaction Indonesia (1995) dan NAMM Show Los Angeles USA (2009). 

Anugerah pertama Ayob dalam industri kreatif pula ialah muncul sebagai juara pertandingan program 'Komposer' terbitan TV3 pada 1997. Tahun berikutnya, Ayob berjaya mengarahkan muzik bagi teater Jejak Pahlawan bersempena dengan sambutan Sukan Komanwel 1998. 

Pada 2004 pula Ayob mendapat peluang menghasilkan karya muzik untuk skor filem Paloh arahan Adman Salleh dan skor muzik untuk filem Qaisy dan Laila arahan Raja Ahmad Alauddin pada 2005.

Skor muzik bagi filem Paloh menerima anugerah Skor Muzik Terbaik Festival Filem Malaysia 2005. 

Lagu 'Warkah Buat Laila' menerima anugerah Lagu Tema Terbaik Festival Filem Malaysia 2006. Filem Qaisy dan Laila juga mendapat anugerah Muzik Terbaik 50th Asia Pacific Film Festival 2006. 

Kemenangan ini sangat manis dan sungguh istimewa buatnya kerana Ayob merupakan penerima kedua dari Malaysia selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

Lagu 'Warkah Buat Laila' nyanyian Zahid AF dan lirik oleh Habsah Hassan juga dinobatkan sebagai ‘Song of the Year’ Anugerah Industri Muzik Malaysia AIM 2006.

 

Dunia Akademia

Ayob mula mengorak langkah dalam dunia akademik pada 2001. Universiti Malaya (UM) telah menawarkan biasiswa kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Pada 2006 pula, Ayob menyertai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebagai Dekan Fakulti Muzik.

Sebagai tenaga akademik, Ayob banyak terlibat mengajar kursus berbentuk teori khususnya Teori Muzik yang merupakan kursus kritikal dan wajib dipelajari oleh setiap pelajar muzik.

Teori Muzik bukanlah kursus berbentuk falsafah atau sejarah. Ia bersifat teknikal yang memerlukan analisis data dan kajian mendalam mengenai elemen-elemen muzik seperti pitch, rhythm, harmoni, dinamik, tone color, notasi dan banyak lagi.

Menyentuh tentang isu PdPr semasa pandemik ini, Ayob menyatakan ia adalah satu situasi yang sangat sukar.

Baik pensyarah mahupun pelajar kerana kedua-duanya terkesan dan mengganggu kelancaran pembelajaran.

Masalah seperti keluarga besar yang tinggal di rumah pangsapuri bersaiz kecil, keperluan adik-beradik untuk kelas online, kelajuan internet, kekurangan gajet, tekanan emosi dan minda merupakan isu yang serius.

Ayob juga berpendapat bahawa pembelajaran bersemuka merupakan kaedah terbaik. Contohnya kursus yang berteraskan psikomotor seperti praktikal dalam muzik adalah lebih baik dibuat secara fizikal.

Ini kerana tunjuk ajar guru muzik itu boleh membentuk kemahiran pelajar dengan lebih berkesan lagi dan sebarang kesilapan boleh dibetulkan secara langsung. 

Menurut Ayob dunia akademik berbeza dengan dunia komersial. Justeru itu bagi memantapkan kemahiran pelajar, Ayob sering menggalakan para pelajarnya untuk menyertai apa sahaja persembahan dan pertandingan supaya karya dan persembahan mereka ditonton dan diiktiraf.

Hasilnya pelajar muzik di bawah asuhannya sering muncul sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa. - Getaran, 24 Oktober 2021

 

Isu Pada

Rizal Rasid โ€“ Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

AR Rahman Tampil Dengan Konsert Memukau Di Stadium Nasional Bukit Jalil

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Kira-Kira 10,000 Penonton Bakal Saksikan Konsert India Pertama Di Malaysia Untuk 2023

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Malaysia Sentiasa Istimewa Di Hati Saya - AR Rahman

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Titih Pusaka Seni Aswara 2022 Ketengah Aspek Seni, Budaya Dan Warisan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low โ€“ Saksi