Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menenangkan Hati, Inilah Mutiara Tersembunyi Di Phuket

Jika sebut sahaja tentang Phuket, pasti kita akan terkenangkan kemeriahan pulau yang penuh berwarna-warni ini. Namun tahukah anda, terdapat destinasi percutian yang lebih privasi dan tenang di sini?

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 5:53PM

Pulau Phi Phi di Phuket. Gambar: The DK Photography, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat mati hidup semula! Itulah yang boleh penulis gambarkan tentang situasi destinasi pelancongan popular antarabangsa, Phuket, Thailand.

Phuket kembali ‘bernyawa’ selepas kerajaaan Thailand membuka semula pulau terbesar di negara Gajah Putih itu kepada pelancong antarabangsa.

Namun kesemua pelancong yang bakal hadir perlu memastikan mereka telah menerima vaksin sebelum boleh menjejakkan kaki di bumi Phuket.

Jadi inilah masanya untuk anda membuat tinjauan di internet dalam merancang percutian anda.

Phuket bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau serta pantai peranginan yang cantik, tetapi juga pelbagai hiburan yang meriah dan berwarna-warni seperti yang terdapat di Patong Beach dan Bangla Road.

Pantai Patong, Phuket. Gambar Fail
Pantai Patong, Phuket. Gambar Fail

Jika mahu menikmati keindahan pulau pula, pulau-pulau seperti pulau James Bond, Phi Phi, Similan, Racha dan banyak lagi sememangnya antara destinasi yang wajib pergi! 

Senang cerita, jika anda dambakan percutian yang meriah dan penuh berwarna-warni, Phuket adalah destinasi yang paling tepat untuk anda.

Namun tahukah anda, bukan pulau-pulau itu sahaja destinasi yang boleh anda kunjungi tatkala berada di Phuket.

Bagi anda yang cintakan kedamaian serta mahu menikmati percutian penuh privasi, Marriott Phuket Resort Dan Spa yang terletak di pantai Nai Yang adalah pilihan paling tepat buat anda.

Untungnya jika menginap di sini, jaraknya cuma beberapa minit sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. 

Jadi tidak anda tidak perlu terburu-buru mengejar waktu jika takut terlepas penerbangan. Malah tidak perlu melalui perjalanan yang panjang untuk tiba di hotel. 

Phuket Marriott Resort dan Spa, Pantai Nai Yang
Phuket Marriott Resort dan Spa, Pantai Nai Yang

Untuk sampai ke hotel bertaraf lima bintang ini, anda akan melalui kawasan perkampungan yang indah dengan pemandangan penuh menghijau di kiri kanan. Siapa sangka di sebalik perkampungan ini akan tersimpan ‘mutiara’ tersembunyi ini

Usai tiba di pintu gerbang resort ini, anda pasti terpegun melihat panorama indah di bahagian kaunter daftar masuk yang menghadap hamparan pantai, saujana mata memandang!

Kedudukannya di kawasan lereng bukit membuatkan pemandangan di sekitar resort ini kelihatan lebih gah dari setiap sudut. 

Datang dengan pasangan ataupun keluarga, resort ini sememangnya sesuai untuk semua. Kawasannya yang luas serta terdapat pelbagai jenis bilik dan vila yang boleh didiami. 

Hiasan dalaman 'suite' dua bilik
Hiasan dalaman 'suite' dua bilik

Sewaktu berlibur di sini, penulis berpeluang menginap di suit dua bilik yang dilengkapi dengan segalanya yang anda perlukan dalam sebuah suit mewah. 

Direka dengan elemen moden dan tradisional, anda pasti terpengun melihat setiap inci dekorasi hiasan dalaman bilik ini mahupun bahagian-bahagian lain yang terdapat di resort mewah ini. 

Akses ke kolam renang dari bilik
Akses ke kolam renang dari bilik

Antara keistimewaan di resort ini adalah kolam renangnya yang sangat luas serta boleh diakses terus dari bilik sendiri jika anda pilih bilik di tingkat bawah. 

Disebabkan resort ini dibina di tempat yang agak privasi, jadi pantai di resort ini juga hanya boleh diakses oleh penghuni di sini. 

Pantai nan indah di hotel
Pantai nan indah di hotel

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sekitar pantai yang luas ini. Tamu boleh mengambil peluang untuk mencuba aktiviti lasak seni mempertahankan diri yang popular di Thailand iaitu Muay Thai.

Agak mencabar juga bagi seorang yang yang tidak pernah melakukan aktiviti seperti ini. Mujur ada jurulatih profesional yang disediakan. 

Di sini anda tidak perlu risau soal makanan. Boleh dikatakan semuanya enak belaka, dari sarapan hingga ke makan malam. Penulis mahu sarankan anda mencuba hidangan sarapan pagi telur dadar bersama kari ketam.

Sememangnya lazat sehingga mahu tambah lagi! Khabarnya hidangan istimewa ini adalah resepi khas cef yang bertugas di sini. 

Juga jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan masakan Thailand di restoran Andaman sewaktu makan tengah hari. Dijamin semuanya sedap belaka.

Antara yang sempat dicuba penulis adalah Kari Daging, Ayam Goreng Pandan, Tomyam, Rol Udang, Kerabu Limau Bali dan pencuci mulut istimewa Kek Buah Markisa yang dicipta khas oleh cef yang bertugas di sini. 

Antara hidangan yang sempat dicuba oleh penulis. Gambar: Helmi Anuar
Antara hidangan yang sempat dicuba oleh penulis. Gambar: Helmi Anuar

Untuk makan malam pula, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan makanan laut segar di restoran Big Fish yang terletak berdekatan pantai.

Terbuai-buai rasanya menikmati udang kara sambil ditemani bayu pantai yang meniup lembut. Jangan lupa untuk cuba Salad Marriott Nai Yang dan Sup Kelapa Bersama Makanan Laut. 

Untuk yang ingin memanjakan tubuh selepas penat seharian melakukan aktiviti, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke spa di sini. Ibarat tidak lengkap percutian ke Thailand jika tidak mencuba aktiviti memanjakan diri di spa. 

Disebabkan lokasi resort ini yang begitu indah, ramai pasangan yang melangsungkan majlis perkahwinan di sini.

Resort ini memang popular untuk pasangan yang mahu memeterai cinta mereka malah ada yang yang datang jauh dari benua Eropah dan Amerika. Resort ini juga menyediakan pakej menarik untuk majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis lain.

Bagi pasangan suami isteri yang mahukan waktu privasi berdua seketika tanpa kehadiran anak-anak, jangan risau, di sini ada disediakan tempat khas untuk anak-anak anda melakukan aktiviti menarik sambil dikawal selia oleh petugas yang bertauliah. Jadi bolehlah anda memadu asmara seketika.

Aktiviti untuk anak-anak di hotel
Aktiviti untuk anak-anak di hotel

Tuntasnya, resort ini menyediakan segalanya yang anda inginkan untuk percutian mewah, tenang dan penuh privasi di samping terhindar dari hiruk-pikuk kemeriahan bandar Phuket. 

Di saat dunia masih dibelenggu virus COVID-19 yang masih belum hilang ini, destinasi terbaik untuk sebuah percutian selamat semestinya di lokasi seperti ini. 

Malah untuk memastikan anda mempunyai segala maklumat tentang percutian, pastikan anda membuat kajian terperinci di internet supaya tidak ketinggalan sebarang informasi penting.

Sekiranya risaukan harga sambungan internet akan melambung di luar negara, janganlah anda khuatir kerana terdapat banyak penyedia sambungan wi-fi internet mudah alih yang boleh anda bawa dari Malaysia.

Antaranya adalah peranti Samurai WiFi yang memang terkenal dengan perkhidmatan mereka dalam menyediakan sambungan internet terbaik semasa anda mengembara ke luar negara.

Selain harga sewanya yang sangat berpatutan, perantinya juga mudah dibawa ke mana-mana.

Di samping itu satu peranti boleh dikongsi oleh beberapa orang membolehkan lebih ramai orang dari kumpulan percutian yang sama mempunyai sambungan internet dan data semasa mengembara, tanpa perlu membayar jumlah wang yang besar untuk sambungan internet di luar negara.  

Jangan lupa perbaharui passport anda! Selamat bercuti! - Getaran, 12 Jun 2022

Sambungan internet penulis semasa di Thailand dikuasakan oleh Samurai WiFi

Semua gambar: Ihsan Phuket Marriott Resort and Spa, Nai Yang Beach, kecuali tertera

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Hilang Di Pantai Batu Buruk Ditemukan Lemas

3

TARA 7 bulan yang lalu

Jejaki 3 Pantai Menawan Apabila Sampai Di Miri, Sarawak

4

TARA 1 tahun yang lalu

Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini