web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Hidangan Berasaskan Buah Binjai Yang Patut Anda Cuba

Binjai yang dimasak dengan kombinasi yang tepat memang boleh menjadi penaik selera jika dijamah bersama nasi putih panas.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 12:31PM

Gambar: Blog Sajesukasuka dan ResipiChef

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Binjai adalah sejenis buah yang sering ditemui di Melaka dan terdapat juga di beberapa tempat di negeri lain.

Binjai tidak boleh diperolehi setiap hari kerana ia bermusim. Justeru itu, penggemar binjai amat menantikan musim binjai untuk menikmatinya. 

Mengikut kajian, binjai atau nama lainnya buah kemang terbahagi kepada tiga jenis iaitu binjai kuning, binjai kuning pucat dan binjai coklat merah jambu pucat. 

Ia dikategorikan sebagai buah eksotik dan rasanya sangat sedap. Hanya warna yang membezakan jenis binjai malah rasanya masam dan manis. 

Jarang sekali bertemu binjai yang manis. Biasanya binjai yang rasanya masam akan menjadi rebutan ramai dan adakalanya ia dimakan begitu sahaja. 

Getaran ingin kongsi tiga cadangan hidangan berasaskan binjai yang enak dinikmati bersama nasi putih. 

 

Sambal ikan bilis binjai

Gambar: Blog Resipichef
Gambar: Blog Resipichef

Sambal ikan bilis yang dicampur dengan kacang tanah enak dijadikan kudapan atau makan bersama nasi putih. 

Tahukan anda juadah ini akan bertambah sedap sekiranya dimasukkan hirisan binjai masam. 

Kombinasi rasa pedas sambal, ikan bilis yang rangup, kacang tanah berlemak dan masam binjai pastinya akan buat anda rasa ketagih untuk menikmatinya lagi. 

 

Masak lemak binjai

Gambar: Blog Ciklilyputih
Gambar: Blog Ciklilyputih

Masak lemak antara menu popular juadah tengah hari di kebanyakan kedai. Biasanya masak lemak itu dicampur dengan rebung, nanas, nangka, pucuk paku atau pisang muda. 

Namun, pernahkah anda makan masak lemak yang dicampur dengan binjai? Kalau belum, apa kata anda cuba? 

Keenakannya sukar digambarkan dengan kata-kata apatah lagi jika digandingkan dengan udang galah atau ayam kampung. 

Pendek kata, cuba sekali pasti nak lagi. Sungguh mengiurkan! 

 

Sambal belacan binjai

Gambar: Blog Sweetiesaqi
Gambar: Blog Sweetiesaqi

Sambal belacan adalah hidangan sampingan yang boleh membangkitkan selera jika dicicah dengan ulam atau apa sahaja lauk. Ia sangat popular sehinggakan ada yang menganggap hidangan mereka tidak lengkap sekiranya tiada sambal belacan. 

Sekiranya anda peminat setia sambal belacan, apa kata campurkan dengan bijai kerana rasanya pasti lebih sedap. Anda hanya perlu sediakan cili, belacan, sedikit garam dan hirisan binjai. Tumbuk semuanya sehingga sebati. 

Kombinasi pedas dan masam sambal ini pasti buat anda jatuh cinta. 

Selamat mencuba! - Getaran, 16 Oktober 2021

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi