Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dynas Tiada Gentar

TARA mencungkil cerita daripada pemilik nama Wan Intan Edrinas binti Wan Mokhtar, yang masih kekal relevan dalam industri hiburan tempatan hingga ke saat ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 9:09AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran menyudahkan jalan cerita wajah TARA kali ini luar biasa. Ada dua perkara utama yang bermain di fikiran untuk tugasan yang sentiasa bertukar tangan ini. Pertama, personaliti terpilih bukan ‘budak baru’ dalam industri seni. Kedua, kerana tarikh naskhah ini diterbitkan pada tarikh yang cukup istimewa buat saya - hari jadi saya! 

Sama seperti orang lain, saya juga sama sekali tidak mahu mencemarkan tarikh ini dengan insiden-insiden yang tidak diingini. Biarlah momen-momen manis sahaja yang terpahat di hati.

Bukan mengejar kesempurnaan, tetapi biarlah si penghias sampul digital mampu tersenyum tatkala kisahnya terpapar buat tatapan pembaca. Lebih manis lagi jika mulut yang membaca turut lancar, tanpa perlu mengulang ayat berkali-kali.  

Episod debaran ini sebenarnya tidak terhenti hanya di situ, tetapi hingga ke minit-minit terakhir sebelum sesi fotografi bermula. Ya, lain yang dirancang, lain pula jadinya. Dynas Mokhtar, seharusnya tampil dalam busana berwarna merah jambu untuk edisi TARA kali ini. 

Namun, gaun koleksi musim luruh rekaan Khoon Hooi ini terpaksa dilepaskan kerana ia perlu terbang ke luar negara untuk sebuah acara. Dynas akhirnya menyarung gaun ‘Ophelia’ yang diilhamkan dari alam kosmik serta ditaburi hiasan kristal serta manik yang disusun seperti bintang-bintang horoskop, juga dari koleksi yang sama.

Benarlah bagai dikata, pesona Dynas Mokhtar sebagai seorang model tidak pernah pudar. Dengan susuk tubuh tinggi lampai, dia tampil mempesona dalam persalinan serba baharu itu. Dynas tahu menggayakan dengan baik. Malah, dia juga ‘jatuh cinta’ dengan rekaan Khoon Hooi itu.

Cukuplah menyingkap kisah di belakang tabir, tiba masanya mencungkil cerita daripada pemilik nama Wan Intan Edrinas binti Wan Mokhtar ini. Memulakan karier seni ketika usianya 19 tahun, kini pada usia 38 tahun, sudah terlalu banyak jejak seni yang dicipta olehnya. 

Dynas adalah Pelakon TV Wanita Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2007, 2008 dan 2009. Selain itu, Dynas juga pernah tercalon sebagai Pelakon Pembantu Filem Terbaik pada Anugerah Skrin 2008.

Sebenarnya Dynas layak mendapat pujian, kerana sehingga kini dia masih kekal relevan dalam dunia seni yang penuh dengan saingan dan ‘jerangkap samar’ ini. 

Bukan tidak pernah dia tersilap langkah, namun Dynas bingkas memperbetulkan keadaan. Mengalah, tidak sama sekali. Buktinya, sehingga kini namanya masih mendapat perhatian pihak penerbit dan stesen TV walaupun pernah menyepikan diri buat seketika. 

 

Hilang kerana kecewa

“Sebenarnya, saya sentiasa ada dalam industri, cuma ada satu ketika dahulu saya jauhkan diri seketika dari dunia lakonan. Salah satu sebab saya berhenti berlakon dahulu adalah kerana saya mendapat tawaran lakonan untuk watak-watak yang saya anggap ‘merepek’, tidak sesuai dengan umur dan penampilan. Saya agak kecewa dengan pihak produksi.”

“Salah satu daripadanya ialah, saya perlu menjadi seorang ibu yang watak anaknya dilakonkan oleh pelakon yang hampir sebaya dengan saya. Kalau yang menjadi anak saya itu pelakon kanak-kanak atau remaja, itu tidak mengapa.

“Sebaik sahaja penggambaran drama itu selesai, saya terus berhenti  berlakon untuk seketika. Saya mula fokus pada bidang pengacaraan. Tapi sesekali ada juga saya terima tawaran untuk filem dan siri yang ditayangkan di platform penstriman dalam talian,” ujar Dynas berkongsi cerita.

Penjelasan Dynas ini bagaimanapun, mengumpan kepada persoalan berkait. Kalau tidak selesa membawakan watak yang jauh lebih berusia, mengapa kini lain pula ceritanya? 

Sudah beberapa kali Dynas dilihat menggalas watak yang lebih berusia. Jelas Dynas, setiap watak yang diterimanya pasti punya sebab. Bukan kerana terdesak.

“Sebenarnya saya tolak kalau watak itu tidak sesuai dengan usia, tetapi ada satu dua tawaran yang saya terima. Namun ia bersebab. Skripnya hebat dan saya tahu, saya perlu cabar diri sendiri. 

“Contohnya watak Norizah dalam drama ‘Korban Kasih’ yang disiarkan pada Ramadan tahun lalu. Watak itu pada mulanya mendapat kecaman hebat di sosial media, namun penonton akhirnya suka sehingga ia sohor di media sosial. 

“Memang watak itu jauh lebih berusia daripada umur saya, tetapi kerana jalan cerita dan skripnya yang bagus, saya sanggup lakukannya. Saya yakin dan tahu saya boleh jayakan watak itu dengan baik.

“Sebagai pelakon berpengalaman, saya harus sahut cabaran dan buktikan bakat lakonan saya ini ada warna,” ujar Dynas yang turut mengambil pendekatan berbincang dengan pihak produksi supaya menjelmakan dirinya dalam karakter lakonan, bukan Dynas Mokhtar dalam apa jua naskhah yang dibintangi.

Dalam masa yang sama, Dynas juga tidak bersetuju jika ada yang berpendapat dia merisikokan kerjayanya apabila menggalas watak lebih tua. Dengan kata lain, kerjaya lakonannya mungkin bergerak terlalu pantas bila mana ada kemungkinan hanya menerima tawaran untuk watak-watak lebih berusia daripada pihak produksi. 

 

Bergantung kepada skrip

Setiap pelakon punya cara tersendiri dalam menempatkan diri dalam lakonan. Untuk kekal relevan, setiap pelakon harus peka dengan situasi semasa. Jika leka, pasti ketinggalan dan agak susah untuk bertatih semula. 

Dek itulah, Dynas tanpa ragu-ragu menukar hala tuju karier lakonannya. Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia sudah tidak lagi boleh meletakkan faktor umur dalam pemilihan watak. Sebaliknya, semuanya bergantung kepada sesebuah skrip.

“Tidak dinafikan, saya sedang menghadapi kerenah produksi yang lebih gemar menawarkan watak berusia. Jadi, sekarang ini hala tuju karier lakonan saya bukan lagi bergantung pada faktor umur untuk mendapat mana-mana tawaran. Saya kena ubah percaturan.”

“Jadi, apa yang saya buat sekarang adalah saya akan tapis dahulu setiap skrip yang saya dapat. Kalau skrip bagus, saya akan buat, jika tidak saya terpaksa tolak. Kalau dihitung, sebenarnya sudah banyak skrip yang saya tolak. Secara peribadi, saya lebih senang menerima tawaran kerja yang realistik dengan umur saya, 38 tahun.”

“Namun,apabila saya bersedia untuk melakonkan watak lebih tua, saya sebenarnya tidak pernah gentar atau bimbang dengan tanggungjawab tersebut. Sebagai seorang pelakon, saya perlu berusaha sebaik mungkin untuk menggalas watak terbabit.”

“Jika hasilnya bagus, penonton dengan sendirinya boleh menerima karakter lakonan itu. Mungkin ada yang mengecam, tetapi ramai juga yang boleh terima. Melakonkan watak yang lebih berusia sebenarnya adalah lebih sukar. Kena ada extra work. Kena jaga mekap, pergerakan, memek muka dan banyak lagi,” ujar Dynas panjang lebar.

 

'Keluarga Untuk Disewa'

Menyentuh sedikit tentang projek terbaharunya, Dynas memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul ‘Keluarga Untuk Disewa’. Drama bergenre komedi itu turut dibintangi oleh Azhan Rani, Fimie Don, Afifah Nasih, Laura Olivia, Pekin Ibrahim, dan Adibah Noor.

“Drama ini kisah komedi, kami semua disewa oleh seorang Puan Seri untuk berlakon menjadi sebuah keluarga demi cucunya yang hilang ingatan. ‘Keluarga tipu-tipu’ ini direka bertujuan memberi peluang kepada cucu Puan Seri itu menjalani kehidupan seperti keluarga-keluarga lain.”

“Saya membawakan watak Intan, seorang penyanyi dangdut. Sejujurnya, ia adalah watak yang paling susah, sebab saya kena berdangdut. Sudahlah kena menyanyi dan menari, kemudian ada skrip yang perlu ditukarkan menjadi lagu. Sepanjang karier lakonan saya, memang tidak pernah lagi menggalas watak sebegini.”

“Tapi saya enjoy sebab ini drama komedi, jadi nyanyian saya tidaklah perlu perfect. Saya bebas untuk berkarya untuk menghidupkan watak.

“Selain itu, saya juga perlu banyak bermain dengan memek muka supaya tidak nampak terlalu serius. Maklumlah, Dynaskan nampak garang!” kongsi Dynas yang kini terikat dengan penggambaran drama 'Harith Fayyadh' untuk tayangan di slot Samarinda, TV3 sambil menutup bicara. - Getaran, 16 Oktober 2021

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Dynas Mokhtar

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Rahayu MN

Suntingan Teks:  Ili Farhana

Penata Gaya : Rahayu MN, Shah Shamshiri dan Chandra Shegar

Busana  : Khoon Hooi

Aksesori : Ishiz Studio

Solekan & Dandanan : Chandra Shegar

Jurugambar & Pengarah Seni : Sadiq Asyraf

Juruvideo & Penyunting Video : Muharram Kassim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  One World Hotel Petaling Jaya dan Clark Hatch One World (Terima kasih Puan Feryal Khalil Mufti serta pihak pengurusan hotel)


 

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi