web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beli Harga Borong, Suasana Pasar Raya!

Grocer Mat menyediakan suasana membeli barangan basah pada harga borong dalam suasana pasar raya moden.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 11:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Percaya atau tidak, pasti ramai sebenarnya yang mungkin tidak pernah atau jarang sekali menjejakkan kaki ke pasar basah untuk membeli bahan mentah buat keperluan memasak di rumah.

Ini kerana ramai yang barangkali lebih selesa membeli makanan siap untuk menjimatkan masa.

Namun di era serba moden ini, ramai juga yang sudah mula cuba memasak sendiri dengan mengikuti video-video dalam talian. 

Walau bagaimanapun, bahan mentah tetap harus dibeli sebelum ke dapur. Lazimnya, ramai menyukai suasana pasar raya moden untuk membeli barangan dapur kerana kemudahan dan keselesaan.

Sungguhpun begitu, harga barang mentah di pasar raya pastinya jauh lebih mahal daripada apa yang ditawarkan di pasar basah biasa, apatah lagi di pasar borong.

Tapi, suasana di pasar borong umum sudah tentu tidak seindah dan senyaman di pasar raya.

Ini juga sebenarnya antara sebab mengapa ramai yang mungkin serik ke pasar borong kerana kurang selesa dengan suasana dan persekitarannya, 

Mengenangkan isu tersebut, kini muncul sebuah solusi kepada masalah yang disebutkan tadi dalam bentuk Grocer Mat.

Pasar raya 100% pemilikan bumiputera ini menawarkan premis yang luas serta suasana berbelanja yang selesa dengan tawaran harga jauh lebih murah setanding pasar borong.

Selain patuh syariah, selesa dan murah, Grocer Mat yang bertempat di Sri Gombak dan baru beroperasi sepenuhnya bermula 29 September lalu menyediakan lebih daripada 80 jenis sayuran segar serta 40 jenis barangan basah lain, seperti ikan dengan tawaran harga yang tidak mampu didapatkan di mana-mana pun. 

Dimiliki oleh Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd, ia diasaskan oleh Datuk Fathiri Fadzlah. Menurutnya, antara sebab Grocer Mat mampu menjual dengan harga murah ialah dengan membuat pembelian secara pukal daripada pembekal.

Datuk Fathiri Fadzlah dan keluarga sewaktu pelancaran Grocer Mat
Datuk Fathiri Fadzlah dan keluarga sewaktu pelancaran Grocer Mat

“Perlu ada kepercayaan dan persefahaman yang jelas dengan pembekal, yakni mereka perlu tahu akan matlamat dan pelan jangka panjang sesebuah pasar raya.

“Misalnya memberikan harga lebih rendah bagi pasar raya yang membeli dengan kuantiti yang besar dan secara berterusan.

“Sasaran jangka panjang saya ialah untuk memperbanyakkan lagi pasar raya Grocer Mat hingga ke 2000 cawangan menjelang 2025. Cawangan seterusnya akan dibuka pada bulan Disember tahun ini di Bandar Seri Putra.

“Apabila sudah berada di tahap itu, Grocer Mat secara tidak langsung dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai dan yang lebih utama, membantu menjana ekonomi anak bangsa.

“Seiring berjalannya waktu, antara impian lain saya untuk Grocer Mat ialah agar ia dapat berkembang pesat sehingga mampu menyediakan peluang pelesenan bagi mereka yang berminat membuka rangkaian Grocer Mat dengan modal yang berpatutan.

“Kepada usahawan yang ingin menceburi perniagaan bersama Grocer Mat, mereka hanya perlu mengeluarkan kos untuk menyediakan premis manakala pihak Grocer Mat akan menyediakan barangan jualan secara pinjaman.

“Jika tidak, pengusaha bukan saja menanggung kos sewa dan pengubahsuaian kedai, malahan mereka terpaksa membayar secara tunai barang jualan yang tinggi kepada pembekal,” katanya.

Grocer Mat menyasarkan dua golongan pembeli iaitu mereka yang membeli untuk keperluan rumah, restoran, peniaga kecil-kecilan dan juga pelanggan yang datang dengan niat untuk berniaga.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Golongan kedua ini boleh menjalankan perniagaan mereka dengan margin atau batas keuntungan yang tinggi, berasaskan barangan segar dan halal.

Fathiri turut menyimpan hasrat untuk membantu pengusaha bumiputera makanan sejuk beku dengan cara menyediakan tempat penyimpanan di tingkat tiga premis Grocer Mat sebagai tanda sokongan kepada pengusaha kecil-kecilan di Malaysia. 

Grocer Mat akan terus memainkan peranannya dalam membantu usahawan bumiputera, tidak hanya bertumpu kepada usaha menyediakan peluang perniagaan bahkan memberi fokus kepada pembangunan usahawan.

Masyarakat terutamanya yang beragama Islam pastinya maklum berniaga sambil beramal jariah merupakan amalan yang amat digalakkan. 

Fathiri berkata, “Bekalan baru dijangkakan sampai setiap hari. Dalam masa yang sama, Grocer Mat bercadang untuk mengadakan jualan lelong seperti 'Infaq Jumaat' atau 'Crazy Sunday'.

“Jualan lelong ini diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai membeli barangan basah dengan harga yang murah kerana kita tahu makanan laut agak tinggi harganya. 

“Ini juga cara kita untuk menambah bekalan baru setiap sehari atau dua hari sekali memandangkan kesegaran barangan basah hanya mampu bertahan tiga ke empat hari sahaja.

“Barangan basah dan segar seperti sayur-sayuran juga boleh disedekahkan pada rumah-rumah golongan asnaf dan golongan tua yang memerlukan,” akhirinya. - Getaran, 4 Oktober 2021.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Semua gambar ihsan pihak Grocer Mat kecuali tertera

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

4

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

5

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

6

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya