Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Saya Mahu Memperisterikan...” - Adam Lee

TARA membelah hati Adam Lee, berbicara tentang karier lakonannya dan renjana hati yang pasti.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 9:04AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuningnya mentari hari itu menyimbahi Eastin Hotel Kuala Lumpur, lokasi pemotretan wajah TARA kali ini. Sementara penulis dan jurugambar mencari-cari sudut sesuai di lobi untuk sesi penggambaran nanti, Adam Lee sampai dengan pengurusnya, Marina Juki.

Orangnya tinggi, dengan lesung pipit di pipi, Adam menyapa kami, “Hai, semua!”

Penulis pun menyambut Adam dengan lapang dada dan terus membawanya ke bilik yang disediakan khas oleh pihak hotel di tingkat 18. Jurusolek dan penata gaya sudah bersedia segala peralatan ‘perang’ mereka, tersusun rapi sebaik sahaja kami melangkah masuk ke bilik.

Senang mengurus Adam. Orangnya tak banyak cakap. Tak banyak kerenah, “Adam, sebenarnya ramai bertanya saya, awak ini ada kacukan Cina kah?” tanya penulis spontan.

Adam pun menjawab, “Awal kemunculan saya di arena seni ini, saya dikenali sebagai Arif Adam. Nama penuh saya. Namun setelah bertahun-tahun di dalam industri saya seakan-akan ‘invisible’. 

“Kemudian saya nekad menukar nama itu dengan mengambil berkat memasukkan sekali nama ayah saya, Mohamed Fadlee. Jika ada yang tertanya-tanya, memang sengaja saya lakukan itu. Biarkan mereka tertanya-tanya,” tawa Adam.

Ada betulnya kata Adam. Untuk bertahan di dalam industri lakonan ini, bukan hanya memandang soal lakonan atau bakat semata-mata. Pelakon hari ini harus bijak bermain strategi agar kekal relevan dan tidak ditenggelami ratusan bakat baharu yang sedia merampas ‘takhta’.

“Bagi saya, berlakon ini bukanlah pekerjaan yang mudah. Sangat susah. Zaman saya ini, kita memang kena jual bakat. Pengarah, kru dan pelakon senior semua garang-garang. Setakat kena maki, itu perkara biasa.

“Saya tidak berputus asa dan teruskan juga sampai di tahap sekarang.  Saya percaya pada rezeki, kerja keras dan usaha. Andai kata Tuhan kata bukan untuk kita, maka bukanlah. Paling penting, fokus dengan apa yang sedang kita lakukan. 

“Dalam industri ini juga ada ‘rules’ tersirat yang hanya orang industri tahu. Ia tidak boleh dinyatakan dengan kata-kata. Saya harus belajar dan hormat tatacara ini. Salah satunya adalah disiplin. Tidak boleh semberono. 

“Kita harus ingat, jika tersalah langkah, akan selalu ada pelakon baru yang sedia mengganti anda. Jadi saya percaya pada rezeki dan cara kita bekerja. Percaya diri. Insha-Allah, Dia akan beri jalan,” terang Adam dengan mata yang berkaca-kaca.

 

“Lakonan adalah suatu kehidupan” – Adam Lee

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya Adam Lee sudah pun berkecimpung dalam dunia lakonan seawal usia 19 tahun lagi. Saat Adam jatuh cinta dengan bidang lakonan hanya pada tahun ketiga penglibatannya dalam industri. 

“Saya mula berlakon pada 2013. Bermula dengan hanya sebagai watak pengganti kepada Aliff Aziz. Pada awalnya, saya tidak tahu apa-apa pun tentang lakonan. Alhamdulillah, setelah mendapat kepercayaan pengarah, saya mula berlakon watak sampingan.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau nak berlakon, berlakon sebaik-baiknya. Jangan ragu, jangan mengalah. Maju ke hadapan dengan lapang fikiran. Itulah moto dan inspirasi saya. Kalau boleh semua watak ingin saya lakonkan. 

“Kerana bagi saya lakonan adalah suatu kehidupan. Kehidupan ini pelbagai ragam. Pelbagai cara. Sebagai pelakon kita harus serba boleh. Sejujurnya, saya tidak kisah jika saya harus melakonkan watak-watak sederhana atau watak sampingan. Itu semua lakonan. 

Jelas pelakon lelaki yang mengidolakan lakonan Bront Palarae ini lagi, “Mungkin kedengaran klise, tetapi inspirasi terbesar saya dalam dunia lakonan ialah keluarga dan diri saya sendiri. 

“Saya masih ingat, pengalaman berlakon yang tidak boleh saya lupakan semasa zaman sebelum mempunyai kereta. Saya bawa baju shooting dan semua baju itu basah lencun terkena hujan. Saya redah naik motosikal. Bayangkan? Sudahlah baju basah, kena marah pula dengan pengarah.

“Saat itu saya terfikir. ‘Oh begini, rupanya kehidupan’. Saya sedar kita tidak hidup lama di muka bumi ini, jadi apa yang kita ingin kecapi sementara berada di dunia yang fana ini?

“Alhamdullilah, saya masih sedar diri. Saya pun bermula dari bawah. Bagi saya, lakonan adalah periuk nasi saya. Saya semat dalam hati, saya lakukan perkara yang saya suka yakni lakonan. Itu adalah seni,” jelas teman lelaki kepada pelakon Sweet Qismina ini. 

 

Sweet Qismina di mata Adam Lee

Di antara kelopak cinta yang selalu diperkata, dengan kalimat-kalimat mati. Atau pernah disemat abadi. Penulis melihat Adam sebagai sosok yang bahagia. 

Sepertinya tiada masalah cinta yang tegar menghentam dia. Perasaan ingin tahu membuak-buak lagi. Apakah ada formula rahsia yang mahu Adam kongsi?

Adam seraya menjawab, “Everything makes me smile. Kita marah pun senyum, kecewa pun senyum. Kita membuat kesilapan pun kita akan senyum. Segalanya. Saya bersyukur. 

Everything. Sweet Qismina is everything for me,” ucap Adam terang-benderang tanpa ragu. 

Adam kelihatan sudah malu-malu kucing di saat ini. Tadinya mata dia yang sedang berkaca, sudah dipenuhi dengan angan-angan cinta. Dari mata, Adam melukis cahaya. Cahaya arjuna yang sedang dilamun cinta si juita.

“Sejujurnya, Sweet bijak. Dia seperti pelengkap diri saya. Biasalah mana-mana pasangan pun akan rasa benda yang sama. Ada kekurangan saya, ada kelebihan dia. Dan sebaliknya. Ya, Sweet melengkapi saya. She is one of the women that can control my temper

“Sweet girang seperti kanak-kanak riang. Bukan sekadar bijak, dia seorang wanita yang mandiri. Namun, biasalah mana-mana pasangan pun, benda yang selama ini dia boleh buat, secara ‘ajaibnya’ tidak boleh buat pula kalau depan saya. Saya rasa dia manja,” ucap Adam tersipu.

Penulis sengaja hendak memancing lagi, “Tapi Adam, kalau Adam umumkan cinta secara terang-terangan tanpa berselindung ini, Adam tak takut nama Adam akan jatuh? Maksud saya, tak takut ‘market’ Adam akan tercalar dek sudah berpunya?” soal penulis.

Seraya itu Adam tersenyum, “Sebenarnya, itu salah satu strategi saya dengan Sweet. Kita mahu menongkah arus. Beritahu sahaja kepada media dan peminat yang kami memang sedang bercinta. We break the ice, try the Hollywood style. We do or die.

“Saya tahu, sesetengah pelakon takut. Takut ‘jatuh saham’. Tapi itu pandangan orang, jadi biarlah mereka. Pendapat orang lain-lain. Buat masa ini, orang suka. Alhamdulillah...” tawa pelakon utama ‘Budak Tebing’ ini. 

Semanis nama Sweet, Adam bijak mengatur percaturan. Tambah Adam, “Saya mempunyai prinsip, rezeki yang kita perolehi ini semuanya datang daripada Allah Taala. Kita sudah pasang niat dan kedua-dua keluarga pun sudah merestui. 

“Saya mahu memperisterikan Sweet Qismina. Kalau takut rezeki hilang, tiada guna juga. Dalam Islam pun sudah berkata, rezeki selepas berkahwin ini lebih bertambah. Jadi, Insha-Allah semua sudah tertulis,” kata Adam menutup bicara. - Getaran, 2 Oktober 2021

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Adam Lee

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Zaidi Che

Suntingan Teks:  Ili Farhana

Penata Gaya : Arie Sampornak

Busana  : Coach

Solekan & Dandanan : Fendi Sani

Arahan Seni : Zaidi Che & Sadiq Asyraf

Jurugambar : Sadiq Asyraf

Juruvideo & Penyunting Video : Muharram Kassim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  Eastin Hotel Kuala Lumpur (Terima Kasih pihak pengurusan hotel)

Sekalung penghargaan buat Puan Marina Juki, pihak pengurusan bakat Warner Music Malaysia

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi