Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

Di balik profil media sosialnya, sebenarnya terdapat kisah kehidupan seseorang yang sarat dengan harapan, impian, perasaan dan yang paling penting, kenyataan. TARA mengupas semua ini bersama Daiyan Trisha.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika menaip artikel ini, saya masih mencari kata-kata yang paling tepat untuk mula bercerita tentang Daiyan Trisha. Hanya ada satu frasa yang bermain dalam kepala saya iaitu Daiyan ialah gadis yang luar biasa. 

Semasa menghadiri sidang media bagi single terbaharunya 'Penat' bulan lalu, saya menangkap sisi Daiyan yang berbeza daripada apa yang dipersembahkan lewat media sosialnya.

Saya merasakan, pada zaman ini, ada sesuatu yang lebih besar di sebalik setiap profil media sosial yang kita lihat. Terdapat kisah kehidupan seseorang yang sarat dengan harapan, impian, perasaan dan yang paling penting, semuanya nyata.

Meskipun kita semua mempunyai identiti tersendiri di internet, namun tak semua perkara dikongsikan kepada ‘rakan-rakan siber’. Ada bahagian diri kita yang disimpan khas buat mereka yang benar-benar rapat.

Dengan mereka, kita tidak perlu menjadi orang lain melainkan diri kita sendiri. Mereka istimewa kerana menerima kita seadanya, bukan? 

Walaupun saya tidak mengenali Daiyan secara peribadi sebelum perjumpaan kami di lokasi penggambaran, namun pertemuan pendek semasa sidang media sudah cukup membuatkan saya berasa akrab.

Ketika editor saya memberikan lampu hijau untuk menjadikan Daiyan sebagai wajah TARA, saya tanpa berlengah, segera menawarkan diri.

Saya menghubungi beberapa rakan dalam bidang penerbitan untuk bersama menghasilkan sesuatu yang luar biasa, hanya buat Daiyan Trisha.

Saya merasakan, inilah peluang saya untuk menjadi ‘pengarah seni’ dan ‘penerbit’. Saya sudah bayangkan konsep, gaya solekan, pakaian bahkan sesi wawancara sebulan lebih awal.

Ramai yang menawarkan diri untuk terlibat dalam penggambaran kali ini. Luar biasa auranya.

Hanya untuk penggambaran ini sahaja, ada aksesori dan kardigan krusye dihasilkan khas buatnya dan memegang makna yang sangat peribadi kepada setiap pengkarya yang terlibat. 

 

‘Menangis’ di dalam puisi dan lagu

Nama Daiyan selalu menjadi ‘trending’ di media sosial. Video lagu yang dihasilkannya juga selalu menarik perhatian warganet.

Namun, siapa sangka, di sebalik video TikTok yang lucu, Daiyan pernah berdepan dengan perang kesedihan yang hebat melanda dirinya. 

Ternyata seperti kita, Daiyan memencilkan diri dan berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan kesedihan di sebalik ketawa dan senyumannya. 

“Disebabkan saya sudah berada cukup lama dalam industri ini, saya sudah biasa menunjukkan yang saya ‘okey’. Saya mengelak daripada menerima pertanyaan yang membuat saya rimas.

“Maklumlah, kadangkala kita tak tahu sama ada seseorang itu benar-benar prihatin atau tidak. Jadi, saya hanya berkongsi kesedihan dengan orang yang rapat dengan saya sahaja.

“Namun begitu, saya jujur dengan emosi ketika menulis muzik atau puisi. Di situlah saya meluahkan segala perasaan yang selama ini dipendam. Tak kiralah sedih, gembira, kecewa dan sebagainya.

“Mungkin itulah sebabnya orang mudah merasa dekat dengan muzik saya.

“Saya bukanlah jenis yang berkongsi tentang emosi secara vokal. Oleh itu, peminat hanya tahu selepas lagu saya dikeluarkan.

“Saya menggunakan platform media sosial untuk kerja. Jadi, hanya bercakap tentang karier saya sama ada bernyanyi atau berlakon tanpa menunjukkan sisi terlalu peribadi. Ya, saya menciptakan batas di media sosial saya,” luahnya.

 

Taylor Swift Malaysia

Ketika lagu ‘Penat’ mula diperdengarkan kepada umum, ia telah mencuri tumpuan ramai orang sehingga ada yang menggelarnya Taylor Swift Malaysia.

“Saya rasa generasi kita dibesarkan dengan lagu-lagu Taylor Swift, jadi gelaran itu sememangnya satu pujian kepada saya.

“Saya sangat bertuah mendapat para peminat yang penyayang dan selalu menyokong saya kerana mereka tahu saya selalu memberikan yang terbaik. 

“Cumanya kadang-kadang, saya meletakkan harapan yang tinggi kepada diri saya. "Adakah saya cukup baik? Adakah lagu ini cukup bagus? Saya merupakan pengkritik terbesar diri sendiri.

“Tetapi sekarang, saya menyedari jika saya terus berfikir seperti itu, saya tidak akan berpuas hati selamanya,” ceritanya.

Namun begitu, tipulah jika Daiyan tidak pernah menerima kritikan daripada netizen di laman sosial.

“Ada kalanya saya dibanjiri dengan komen negatif dan sejujurnya ia memberi kesan kepada mood saya.

“Ya, saya juga seorang manusia. Terutamanya bila saya tidak melakukan kesalahan apa pun namun mereka tetap ingin mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati.

“Sebelum ini saya lebih agresif ketika berdepan dengan komen-komen begini. Mungkin sebab saya kurang berpengalaman. Kini, saya memilih untuk tidak memberi respons kepada kata-kata itu. 

“Mereka selalu mencari sesuatu untuk dibenci. Saya rasa tiada gunanya untuk menjelaskan diri dan berdebat dengan orang yang telah mempunyai persepsi dan niat untuk membenci kita,” tambahnya.

 

Mimpi-mimpi tertunda Daiyan Trisha

Semasa kita kecil, kita sering berbual tentang impian dan cita-cita. Entah mengapa apabila kita dewasa, ia semakin berkurangan.

Adakah kerana setelah kita semakin berusia, segala yang pernah kita impikan bertukar menjadi angan-angan? Daiyan kemudian bercerita bagaimana dia jatuh cinta terhadap muzik dan nyanyian.

“Masa kecil dahulu, saya pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi pegawai polis dan guru. Ketika berusia 14 tahun, minat terhadap dunia muzik mula berputik dan saya mula menyedari betapa saya suka menyanyi. 

“Tidak ada seorang pun dalam keluarga saya yang boleh menyanyi atau berada dalam industri ini. Ibu saya seorang penulis dan dia selalu mengikuti persembahan teater ketika zaman sekolah.

“Sejak kecil saya selalu tertarik dengan bidang seni. Jadi saya fikir, ini sesuatu petanda, bukan?” 

Menurut Daiyan, antara perkara yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidup ialah ketika dia berkolaborasi dengan penyanyi Amerika iaitu Sam Tsui.

Itulah kali pertama dia mengunjungi Amerika dan semakin percaya kepada mimpi-mimpinya untuk menjadi seorang penyanyi. Sudah tentu karier ini tidak mudah. 

“Pelajaran paling berharga yang masih segar dalam kepala ialah daripada seorang mentor yang menasihati saya bahawa ada banyak persimpangan harus saya lalui dan akan memaksa saya membuat keputusan yang sukar. Saya akui memang menakutkan. Sebabnya, keputusan penting ini bakal menentukan  jalan yang seterusnya.

“Oleh itu, pastikan kita fikir masak-masak sebelum membuat keputusan kerana kita tidak ada peluang kedua dan yakinlah keputusan itu adalah yang terbaik. Dengan itu, kita akan berasa lebih tenang,” ceritanya.

Walaupun merasakan perjalanan tahun ini menggilakan, Daiyan menghargai setiap detik yang dilaluinya sehingga membuatnya sampai ke tahap ini.

“Saya tidak tahu di mana saya akan berada selepas ini. Tahun 2021 meletakkan saya di hujung semua perasaan; gembira dan sedih. 

“Saya tidak pernah dilanda emosi yang dalam dan berat seperti sekarang. Namun, saya percaya semua ini akan mendorong saya ke destinasi yang lebih baik. 

“Hai 2022, saya bersedia menemui anda!” katanya mengakhiri temu ramah. - Getaran 25 September 2021

 

Wajah TARA : Daiyan Trisha

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Sara Mack Lubis

Suntingan Teks: Ili Farhana & Shah Shamshiri

Penata Gaya : Zaymi

Busana  : Crochetbysya, Maglifestyle, YSL & Ginza Kamematsu

Aksesori : Beadclassic oleh Wan Farah 

Solekan & Dandanan : Aishah Soraya & Sara Mack Lubis

Pengarah : Adam Zainal

Arahan Seni : Sara Mack Lubis

Jurugambar : Azim Rahman

Juruvideo : Syeda Imran

Jurusinematografi: Anas Jazni & Lukman H Fuat

Penyunting Video : Muharram Kasim & Adam Zainal

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  Cult Gallery, Bukit Tunku

Sekalung penghargaan buat Puan Bella Puzi, pihak promosi dan pemasaran Warner Music Malaysia



 

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Kerana Bercumbu Dengan Pengawal Keselamatan, Penyanyi Taylor Swift Putus Cinta Dengan Matty Healy 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini