Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Yakin Halal, 2 Resipi Untuk Nikmati Daging Lembu Australia

Daging lembu dan biri-biri Australia mudah empuk dan proses memasaknya cukup mudah. Taraf halalnya juga tidak perlu diragui lagi. Jom cuba dua resipi daging Australia minggu ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:59AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali ke pasar raya untuk membeli barangan basah, pasti anda ada terlihat deretan daging lembu atau biri-biri yang mempunyai pelekat ‘True Aussie Beef & Lamb’ di atas rak pameran. Jika dibuat perbandingan harganya adalah sedikit mahal berbanding daging lembu tempatan. 

Tetapi satu kelebihan daging lembu dan biri-biri Australia ini adalah dagingnya mudah empuk dan proses memasaknya cukup mudah. Jadi, jika anda menjalani rutin harian yang sibuk, daging daripada True Aussie Beef & Lamb ini adalah pilihan ideal. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya atau bimbang dengan status halal daging import ini. Jangan bimbang, Australia memang sudah lama dipercayai sebagai pembekal daging lembu dan biri-biri halal ke lebih dari 100 buah negara, termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.

Daging halal dari Australia
Daging halal dari Australia

‘Halal’ adalah perkataan Arab yang bermaksud sah dan dibenarkan.  Ia bukan sahaja merujuk kepada kepatuhan pada syarat bagaimana haiwan itu disembelih dan daging itu diproses, tetapi juga mengambil kira bagaimana haiwan tersebut dipelihara. 

Menurut undang-undang Islam, ia tidak boleh dianiaya atau dibiarkan menanggung kesakitan sepanjang hayatnya. Selain itu, ia juga mesti dipelihara dalam persekitaran yang sihat. Punya kawasan untuk berkeliaran, serta mendapat air, makanan dan udara yang bersih dan segar.

Semua syarat ini dipenuhi untuk pengeluaran daging lembu dan biri-biri halal di Australia. Haiwan-haiwan itu mempunyai padang ragut yang subur menghijau serta dijaga dengan baik.

Ini adalah cara hidup semula jadi bagi ternakan di Australia dan kesejahteraan haiwan dipantau oleh undang-undang negara terbabit. Ini bermakna, anda boleh menikmati kedua-dua jenis daging ini tanpa ragu-ragu dengan kesahihan status halalnya!

'Shabu' biri-biri
'Shabu' biri-biri

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Meat and Livestock Australia (MLA) telah mendedahkan bahawa haiwan yang dibesarkan dan diproses dalam persekitaran bebas tekanan menghasilkan daging berkualiti lebih baik, bersih, selamat dan berkhasiat. 

Selain itu, semua lembu dan biri-biri yang diproses di Australia untuk pasaran Malaysia disembelih di bawah program halal seliaan kerajaan Australia serta disembelih oleh orang Islam yang bertauliah.

Program ini ditadbir oleh Federal Department of Agriculture di Australia. Badan Pensijilan Halal ini adalah diiktiraf dan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Daging lembu dan biri-biri halal Australia sesuai untuk masakan Asia dan Barat. Seperti yang telah dijelaskan pada awal tadi, dagingnya yang berkualiti, segar dan lembut, membuatkan proses memasak lebih mudah dan menjimatkan masa. 

Berikut dua resepi enak yang disediakan oleh Chef Jason Mason menggunakan daging lembu Australia. 

Chef Jason mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang kulinari. Sebelum ini dia pernah terikat dengan beberapa rangkaian hotel terkemuka di Beijing, Melbourne and Singapura sebelum menubuhkan syarikat perunding pembangunan jenama.

 

Daging Goreng Bersama Belimbung Buluh

Saiz hidangan : 4 orang

Bahan-bahan:

300 gm kepingan daging lembu halal Australia 

200 gm belimbing buluh, dibelah dua

100 gm taucu

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar gula

3 ulas bawang merah, dihiris nipis

3 biji cili padi merah, dihiris

2 ulas bawang putih, dicincang

½ cawan minyak masak

Penyediaan:

1. Dalam kuali panas, masukkan minyak masak dan tumis bawang putih terlebih dahulu kemudian masukkan pes taucu, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan gula. Kacau sehingga wangi.

2. Kemudian, masukkan hirisan daging lembu, kacau rata bersama sos.

3. Seterusnya masukkan cili merah dan bawang merah dan kacau semua bahan selama 2 minit.

4. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh dan kacau selama 1 minit lagi.

5. Hiaskan dengan beberapa cili merah yang dihiris dan hidangkan panas dengan sepinggan nasi panas.

 

Soto Daging Chef Jason

Saiz hidangan : 4 ke 5 orang

Bahan-bahan:

400 gm kepingan daging lembu halal Australia 

750 gm bihun yang direbus / dilembutkan

150 gm timun, dihiris nipis

150 gm tauge yang telah dibersihkan

5 biji telur direbus

50 gm daun ketumbar untuk hiasan

50 gm bawang merah, dihiris untuk hiasan

3 biji limau nipis,  dibelah dua

2 sudu besar minyak masak

Untuk membuat stok sup daging lembu:

1.5 liter air

6 kiub stok daging lembu 

1 biji sup bunjut

Bahan-bahan dikisar bersama

3 batang serai

3 ulas bawang merah

2 inci halia

2 ulas bawang putih

2 inci kunyit segar

Penyediaan:

1. Panaskan periuk saiz sederhana, masukkan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar bersama.

2. Setelah pes dimasak, masukkan kiub stok sup daging lembu dan biarkan sehingga mendidih dan dimasak dengan sempurna. Sup akan masak kira-kira 10-15 minit. Gunakan api perlahan untuk mereneh.

3. Untuk menyediakan menghidangkan semangkuk soto daging, mulakan dengan meletakkan bihun ke dalam mangkuk hidangan. Kemudian letakkan hirisan timun, dan tauge di atasnya. 

4. Celur hirisan daging lembu mentah ke dalam sup yang mendidih kira-kira satu minit. Angkat dan terus letakkan ke dalam mangkuk bihun tadi.

5. Tuangkan sup ke dalam mangkuk untuk melengkapkan hidangan. 

6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar, bawang merah dan bawang goreng untuk membangkitkan selera. Tidak dilupakan, limau nipis yang dibelah dua. - Getaran, 25 September 2021


 

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

3

TARA 11 bulan yang lalu

Nikmati Rasa Masakan Cina Halal Szechuan Di Restoran Hua Yi Yuan

4

TARA 11 bulan yang lalu

KyoChon 1991 Malaysia Kini Disahkan Halal, Jangan Terus Ragu-ragu

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini