web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GPX Gentleman 200 – Gaya Klasik Untuk Jejaka

Setiap detik bersama GPX Gentleman 200 ini membuatkan kita bagaikan kembali ke zaman silam. Reka bentuk, posisi menunggang dan karakter enjinnya menjadikan ia diminati ramai.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan, sekali pandang sahaja terus jatuh hati. Itulah keunikan motosikal Gentleman 200 keluaran GPX ini.

Sesiapa sahaja yang menunggang pasti kelihatan lebih tampan untuk lelaki dan tampak ‘hip’ untuk wanita.

GPX, bukanlah nama asing dalam arena permotoran di Malaysia. Jenama motosikal popular Thailand itu sudah pun bertapak sejak 2018 lagi dengan penampilan pelbagai edisi motosikal.

Saya berpeluang menunggang uji motosikal gaya ala retro ini dengan dua orang sahabat yang juga pemilik Gentleman 200, Firdaus Noh dan Ahmad Mirza. Kedua-duanya peminat tegar motosikal gaya klasik.

Setiap detik bersama GPX Gentleman 200 ini membuatkan kita bagaikan kembali ke zaman silam. Reka bentuk, posisi menunggang dan karakter enjinnya adalah ciri-ciri utama yang membuatkan jentera ini diminati ramai.

GPX cukup arif dalam memenuhi kehendak para peminat motosikal di Asia Tenggara, yang mahukan jentera dua roda yang mempunyai ketahanan enjin, selesa dan penuh bergaya.

Menunggang uji sebuah model Gentleman 200 adalah satu pengalaman cukup unik dan cukup menyeronokkan. Jentera yang bernadikan empat lejang SOHC 197cc ini cukup bertenaga.

Motosikal Café Racer ini memacu kuasa maksima 19.4bhp pada 8,000 rpm dan tork 17.3Nm pada 8,000rpm, sangat mencukupi untuk jentera santai seperti ini.

Gentleman 200 direka bukanlah untuk mereka yang inginkan kelajuan dan pecutan hebat tetapi ia adalah pilihan buat para rider yang inginkan sebuah jentera santai dan bergaya.

Kapasiti petrol pula ialah 12 liter penuh tangki manakala sistem minyaknya menggunakan karburator.

Dari sudut keselamatan pula, Gentleman 200 didatangkan dengan cakera brek berkembar untuk bahagian depan dan Single Piston Caliper untuk belakang.

Sistem ini sangat memadai penggunaannya semasa menunggang uji. Ketinggian dari lantai hingga ke pelana cuma 730mm, sangat sesuai untuk semua penunggang.

Pergerakan jentera ini dikawal oleh sistem penyerap hentak hadapan jenis Up Side Down dan YSS untuk belakang, menyerap segala hentakan dengan baik sekali.

Meniti laluan yang tidaklah begitu sempurna dengan selesa serta jentera ini memiliki keseimbangan yang sangat-sangat cemerlang sewaktu ditunggang di laluan berselekoh dan mencabar.

Pengendaliannya cukup mudah walaupun ia seberat 160kg dan proses menambah/menurun gear (enam kelajuan) dapat dilakukan dengan tepat dan lancar. 

GPX Gentleman 200 didatangkan dengan meter digital penuh yang memaparkan info-info penting untuk penunggang.

Hendal direka khas bagi keselesaan untuk penunggang serta cengkaman yang lebih stabil. Kedudukan pelana buatan istimewa Kevlar juga menambahkan lagi gaya dan keselesaan.

Lampu depan didatangkan berbentuk LED Ring manakala lampu malam menggunakan LED bagi memastikan penunggang selamat, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Rim ‘spoke’ digunakan bersama tayar berukuran 11/70/R17 (depan) dan 140/70/17 untuk belakang.

GPX Gentleman 200 boleh dimiliki dengan harga RM11,000 (harga saranan) dan didatangkan dalam tiga pilihan warna; kelabu, hitam dan merah.

Layari https://www.gpxmalaysia.my/product/gentleman-200/ untuk maklumat lebih lanjut. - Getaran, 25 September 2021

Gambar: Firdaus Noh dan GPX Malaysia

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini