web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tak Perlu Malu” Respons Sharifah Amani Tentang Kontroversi Tuala Wanita

Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) mengatakan kempen tuala wanita berkenaan seperti tidak menghormati wanita, namun warganet mempunyai pendapat yang berbeza.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 5:26PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua hari berturut-turut menyaksikan perbincangan hangat di laman sosial mengenai sebuah gambar bunga berbentuk vulva atau kemaluan wanita dalam kempen terbaharu sebuah produk tuala wanita. 

Walaupun syarikat berkenaan telah menarik semula iklan kempen hasil desakan Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) yang mengatakan kempen berkenaan seperti tidak menghormati wanita, namun ternyata, warganet mempunyai pendapat yang berbeza.  

Rata-rata mengatakan kempen berkenaan sangat penting untuk menggalakkan semua wanita mengetahui tentang keadaan serta tahap kesihatan organ dan tubuh badan mereka.

Turut memberi pendapat mengenai isu tersebut ialah pelakon Sharifah Amani yang merasakan perbincangan mengenai kesihatan vulva atau alat kemaluan wanita seharusnya diterima lebih terbuka dalam masyarakat.

“Tidak ada apa yang harus dimalukan dengan badan dan organ penting wanita. Kita perlukan lebih banyak perbincangan yang sihat mengenai tubuh kita agar boleh menghargai dan menjaga diri sendiri dengan lebih baik,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

Menurut pelakon Sepet itu lagi, sudah sekian lama masyarakat kita mempunyai pendapat bahawa perbincangan mengenai organ atau kemaluan wanita adalah sesuatu yang memalukan.

Maka, tidak ramai yang benar-benar faham bahkan ada yang takut untuk bertanya sekiranya terdapat jangkitan atau kesakitan pada bahagian kemaluan mereka.

“Inilah sebabnya kita kena kena didik generasi kita dengan perkara seperti ini. Lagi lama kita abaikan pendidikan tentang tubuh kita, lagi ramai yang akan takut dan malu tanpa sebab.

“Kita harus biasakan perbincangan dan pengetahuan tentang topik ini supaya generasi kita tidak segan untuk bercakap atau bertanya mengenai tubuh mereka. Tindakkan ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa,” tambahnya lagi. 

Isu ini masih menjadi topik paling kerap dibualkan di Twitter setakat artikel ini ditulis.

Kemasan tuala wanita bersama rekaan yang menimbulkan kontroversi
Kemasan tuala wanita bersama rekaan yang menimbulkan kontroversi

“Libresse telah mengambil satu langkah ke depan dalam mengajar masyarakat. Ini bukan menjatuhkan malah memperkasakan wanita,” tulis sebuah akaun Twitter bernama Jin Lim. 

“Saya pernah sakit dan gatal di bahagian kemaluan, teringat kempen Libresse yang ajar periksa keadaan vagina guna cermin. Ada jangkitan dan keputihan tidak normal. Terima kasih untuk pengetahuan itu, kini saya sudah pulih,” kata akaun bernama Feileacan_dee pula. 

Terdahulu, kempen tuala wanita Libresse V-Kebaya adalah sebuah kempen yang dijalankan bertujuan untuk memberi mesej kepada wanita supaya mengambil tahu tentang keadaan Zon-V masing-masing.

Sumber foto: Twitter

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

2

TARA 2 tahun yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Saingan Baharu Twitter, Threads Melepasi 10 Juta Pengguna, Kata Zuckerberg

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Twitter Berdepan Saman AS$250 Juta Daripada 17 Penerbit Muzik

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini