Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2021 9:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tangisan Akinabalu (Netflix)

Filem ini berdasarkan peristiwa sebenar semasa gempa bumi yang melanda Sabah pada 2015.

Dengan gemparan berskala 6.0, ia merupakan gempa bumi paling kuat pernah melanda Malaysia sejak 1976, sehinggakan puncak ‘telinga’ Gunung Kinabalu turut jatuh runtuh.

Gempa bumi ini mengorbankan 20 nyawa termasuk pendaki dan malim gunung tempatan. Ia merupakan antara kejadian terburuk sepanjang Gunung Kinabalu dibuka untuk pendakian.

Filem ini menjelajahi tentang kisah benar pendaki yang terkandas dan tentang pengorbanan malim dalam menyelamatkan nyawa mereka.

Tangisan Akinabalu diarahkan oleh Datuk Jurey Rosli dan dibintangi oleh pelakon muda Sabah seperti Yuri Mejal, Phanthegerow, Syaiful dari kumpulan Zero dan ramai lagi. 

 

Puteri Gunung Ledang (Netflix)

Biarpun telah mencetuskan kontroversi berkaitan dengan fakta sejarah, filem Puteri Gunung Ledang dianggap sebuah filem yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia menerusi penceritaan epik fantasi cinta di antara laksamana Melaka yang tersohor, Hang Tuah dengan puteri Majapahit, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah.

Ia bukan sahaja ditayangkan di pelbagai festival filem di Bangkok, Venice, Itali mahu pun Amerika Syarikat tetapi juga berjaya menduduki tangga ke-49 dalam senarai tapisan kategori Filem Asing Terbaik di Academy Awards (Oscar) pada tahun 2004.

Puteri Gunung Ledang versi arahan Seow Teong Hin yang diangkat daripada skrip Mamat Khalid ini berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Sultan Mahmud.

Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah atau Puteri Gunung Ledang telah mengenakan tujuh syarat yang tidak masuk akal sebagai tanda menolak peminangan Sultan Mahmud setelah dipaksa berkahwin dengan Sultan Melaka oleh abangnya, Gusti Adipati.

Filem yang meraih anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur dan Festival Filem Malaysia ke-18 ini diterajui Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk M. Nasir, Alex Komang, Christine Hakim, Datuk Rahim Razali, Sofea Jane dan Azmil Mustapha. Filem ini boleh ditonton di Netflix.

 

'Mine' (Netflix)

Drama Korea ini mendapat sambutan luar biasa sejak hari pertama ia ditayangkan di Korea Selatan, menerusi tvN. Kini peminat K-drama sudah boleh tonton di platform Netflix.

Kenapa anda perlu tonton? Sebabnya drama ini termasuk dalam kategori drama ‘makjang’. Jadi ia menjanjikan jalan cerita penuh plot twist. Sarat dengan rahsia, kecurangan dan sudah semestinya dendam. 

Jika drama 'Penthouse' punya Oh Yoon Hee dan 'Vincenzo' ada Hong Cha Young, 'Mine' pula menampilkan Seo Hee Soo dan Jeong Seo Hyeon sebagai watak wanita yang bergelut mencari kesempurnaan dalam kehidupan mereka. 

'Mine' berkisar tentang kehidupan glamor dua wanita keluarga kelas atasan yang berusaha mencari erti kebahagiaan serta merebut kembali apa yang sepatutnya menjadi milik mereka.

Seo Hee Soo, merupakan seorang artis terkenal yang sanggup melepaskan karier seninya demi menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga barunya apabila dia berkahwin dengan anak bongsu keluarga konglomerat Hyowon Group, Han Ji Young (Lee Hyun Wook).

Sementara, Jeong Seo Hyeon berkahwin dengan anak sulung Hyowon Group, Han Jin Ho (Park Hyuk Kwon) dan mempunyai orang anak lelaki bernama Han Soo Hyeok (Cha Hak Yeon).

Berbeza dengan Seo Hee Soo yang merupakan orang kebanyakan, Jeong Seo Hyeon adalah wanita bijak dan elegan serta dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya-raya.

Konflik bermula dalam kehidupan kedua-dua wanita ini apabila guru persendirian, Kang Ja Kung (Ok Ja Yeon) dan pembantu rumah, Kim Yoo Yeon (Jung Yi Seo) hadir dalam kehidupan mereka. Satu demi satu masalah timbul sehingga kehidupan dua wanita in menjadi tunggang terbalik.

'Mine' ditulis oleh Baek Mi Kyung yang menghasilkan naskah popular 'Strong Woman Do Bong Soon' dan 'Woman of Dignity'. 

 

TV Sarawak (TVS) (YouTube)

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa di Malaysia kini mempunyai sebuah saluran TV baru iaitu TVS atau TV Sarawak.

Setelah lama mereka di Malaysia Timur menanti, Bumi Kenyalang mempunyai saluran TV mereka tersendiri yang benar-benar memberi fokus kepada Sarawak dan juga kawasan sekitarnya.

Malah mereka juga mempunyai rancangan yang mempromosikan dunia seni Borneo secara umum dengan membabitkan jiran terdekat mereka iaitu Sabah.

Di saluran inilah rakyat Malaysia (khasnya di Semenanjung) boleh lebih mengenali dan mendalami budaya selain bakat-bakat hebat yang ada di Sarawak.

Menampilkan variasi program hiburan dan informasi, ini juga satu-satunya saluran di mana anda boleh menyaksikan berita di dalam Bahasa Iban selain bahasa-bahasa umum yang ada di Malaysia (Bahasa Inggeris dan Mandarin).

Malah saluran TVS juga boleh ditonton secara langsung seperti kebanyakan saluran TV masa kini secara dalam talian di laman YouTube. TVS juga boleh ditonton di rangkaian Astro dan myFreeview saluran 122.

 

Femina (Mubi)

Femina ditayangkan pada tahun 1994. Mungkin ada pembaca di sini yang belum lahir lagi pada waktu itu. Jika mahu melihat keadaan Kuala Lumpur pra-Menara Berkembar Petronas, inilah filemnya. 

Sebelum menyentuh tentang jalan cerita, penulis juga mahu menyatakan filem ini mempunyai penataan gaya yang sangat bagus. Jika anda mahu menonton filem era 90-an yang ‘cantik’, Femina patut menjadi pilihan anda.

Femina menceritakan tentang perjuangan hak wanita oleh Tina (Erma Fatima), ketua pengarang majalah Femina.

Majikannya Anita (Susan Lankester, yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia untuk watak ini) adalah teman baiknya sejak sekolah lagi tetapi Tina tidak menyedari bahawa Anita sebenarnya gunting dalam lipatan. 

Kerana filem ini adalah filem tentang wanita, maka watak-watak lelaki dipersembahkan dalam bentuk lelaki ‘irritating’. Eman Manan dan Azman Abu Hassan membawa watak Pyan dan Norman, dua lelaki yang cukup menjengkelkan dan 'menghantui' hidup Tina. 

Apa terjadi kepada perjuangan Tina dan bagaimana dia berhadapan dengan Anita, Pyan dan Norman? Tontonlah filem arahan Aziz M. Osman ini di Mubi untuk ketahui jawapannya. - Ili Farhana - Getaran, 12 September 2021



 

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA