web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tempat-Tempat Wisata Menarik Sekitar Kuching

Sarawak menawarkan pelancongan berteraskan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna, bangunan bersejarah, keindahan bandar raya yang memukau, kepelbagaian budaya, bangsa dan agama serta banyak lagi.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2021 5:56PM

Bulatan terkenal di Kuching. Gambar: Jeremy Bezanger, Unsplash

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sarawak kaya dengan khazanah pelancongan dan sangat sesuai dijadikan salah satu destinasi percutian menarik di negara ini.

Negeri terbesar di Malaysia itu menawarkan pelancongan berteraskan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna, bangunan bersejarah, keindahan bandar raya yang memukau, kepelbagaian budaya, bangsa dan agama serta banyak lagi.

Namun, pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sektor pelancongan Bumi Kenyalang.

Kedatangan pelancong menunjukkan penurunan 74 peratus daripada 4,662,419 orang pada 2019 kepada 1,199,872 orang pada 2020.

Statistik terkini pula menunjukkan dari Januari hingga Jun 2021, bilangan kedatangan pengunjung merosot 93.26 peratus kepada 64,767 orang berbanding tempoh sama pada 2020.

Kegemilangan industri pelancongan Sarawak dijangka kembali tidak lama lagi apabila mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk pembukaan.

Berikut adalah lima tempat menarik yang boleh dikunjungi jika anda memilih Kuching, Sarawak sebagai destinasi percutian keluarga.

 

1.Kampung Budaya Sarawak

Menelusuri perjalanan selama 45 minit menggunakan kenderaan dari bandar raya Kuching, kunjungan ke Sarawak tidak lengkap jika tidak melawat Kampung Budaya Sarawak yang mempamerkan pelbagai sejarah, tradisi, gaya hidup, budaya, seni bina yang mencipta perpaduan budaya yang unik.

Tujuh rumah tradisional khas, yang didirikan di atas kawasan seluas 17 ekar, memberi anda pengenalan yang sempurna kepada Sarawak, penduduknya dan budayanya, sama ada anda mencari pengetahuan tentang gaya hidup rumah panjang atau merasai keramahan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Sarawak.

Di sini anda boleh melihat Rumah Panjang Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Rumah Melayu, Chinese Farmhouse dan Melanau Tall House. 

 

2.Kuching Waterfront

Pengunjung boleh menikmati panorama indah Sungai Sarawak sambil berjalan kaki di Tebingan Kuching yang lebih dikenali dengan nama Kuching Waterfront.

Sesuai dengan kedudukannya di tengah pusat bandar raya ini, Tebingan Kuching mudah dikunjungi, kerana kebanyakan hotel terletak tidak jauh dari situ.

Keindahan seni taman dan keunikan reka bentuk Tebingan Kuching yang dikelilingi beberapa bangunan bersejarah dapat dilihat dari tingkap hotel yang menghadap Sungai Sarawak.

Bagi mereka yang lebih gemar tinggal di hotel bajet, terdapat banyak penginapan seumpama itu di kawasan berhampiran.

Mereka yang mahu menginap di inap desa boleh mendapatkannya di seberang Tebingan Kuching kerana di situ terdapat 12 kampung Melayu, bermula dengan Kampung Boyan, Gersik, Sourabaya Ulu, Sourabaya Hilir, Semarang, Pulo Ulu, Pulo Hilir, Bintawa Ulu, Bintawa Hilir, Bintawa Tengah, Panglima Seman Ulu dan Panglima Seman Hilir.

Di seberang Tebingan Kuching, dapat dilihat dengan jelas Astana Negeri dan Kubu atau Fort Magherita, bangunan yang dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1870.

 

3.Muzium Sarawak

Terletak di Jalan Tun Abang Openg, Muzium Sarawak merupakan muzium tertua di Borneo. 

Ia adalah sebuah bangunan berkonsepkan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891.

Antara koleksi yang dipamerkan di sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13. 

Di muzium ini juga anda dapat melihat serta mempelajari tentang budaya dan cara hidup rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum.

Muzium Sarawak kini menjadi pusat penyelidikan budaya dan sejarah tempatan selain daripada fungsi asasnya mempamerkan artifak sejarah.

 

4.Medan Niaga Satok

Medan Niaga Satok sebelum ini beroperasi di Pasar Minggu Satok kini berpindah secara kekal di Kubah Ria.

Medan Niaga Satok sememangnya popular dengan hasil buah-buahan dan sayur-sayuran, malah terdapat juga pelbagai aneka makanan tradisional Sarawak dan keunikan kraf tangan yang menjadi tarikan kepada para pengunjung.

Tarikan utama di Medan Niaga Satok adalah ikan terubuk masin yang sangat berbeza berbanding dengan ikan terubuk masin di Semenanjung. 

Justeru, kewujudan Medan Niaga Satok menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli ole-ole dari Sarawak.

 

5.Taman Negara Bako

Taman Negara Bako terletak 37 kilometer dari bandar raya Kuching merupakan taman negara yang tertua. Ianya dibuka pada tahun 1957 dan meliputi kawasan seluas 27km persegi. 

Terdapat banyak flora dan fauna dapat dilihat di sini. Anda pasti akan teruja dengan keindahan alam semula jadi yang luar biasa cantiknya.

Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesis tanaman dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. 

Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako. Terdapat hampir 275 monyet proboscis yang jarang ditemui dan hanya terdapat di Borneo. 

Masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif. - Getaran, 12 September 2021

Semua gambar: Rosli Amit

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 3 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini