Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Tip Menanam Tanaman Hiasan Dalaman Di Rumah

Ikuti langkah-langkah penjagaan tanaman rumah untuk mereka yang baru ingin bermula.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah menghabiskan masa terluang di rumah sepanjang musim pandemik ini, ramai rakyat Malaysia mula berjinak dalam aktiviti menanam pokok di dalam rumah. Bukan hanya sekadar trend, tidak hairan jika aktiviti berkebun di rumah ini terus berkembang sejak kebelakangan ini. 

Sama ada tanaman hijau untuk hiasan dalaman di rumah, mahupun tanaman berupa sayur-sayuran, ramai mengambil inisiatif untuk menghijaukan kediaman mereka. Ada yang menjadikan ia hobi, ada juga yang menjadikannya sebagai terapi. 

Berdasarkan minat yang makin berkembang ini, berikut lima tip menaman tananam rumah (houseplant) untuk hiasan dalaman rumah bagi anda yang mahu atau baru sahaja bermula.

 

#1 Julat penyiraman air sangat penting

Sebenarnya, penyiraman air yang berlebihan lebih bahaya. Kebanyakan tanaman rumah bersifat kering, maka penyiraman yang memadai sudah mencukupi. Tujuannya ialah bagi menjaga tanah agar kekal lembap tetapi tidaklah terlalu basah. 

Tuangkan air secara perlahan-lahan sehingga air keluar dari lubang saliran di bahagian bawah. Sebilangan besar tanaman ini hanya memerlukan siraman sekali atau dua kali seminggu. Cara paling mudah untuk memastikan cukup air, letakkan jari untuk merasa tanah kering atau basah. 

 

#2 Waspada suhu, kelembapan dan pengudaraan

Secara amnya, tanaman rumah memerlukan kelembapan yang serupa dengan keadaan semula jadinya. Tanaman rumah jenis menjalar (dari genus Tillandsia) menyerap air dari udara, jadi ia hanya memerlukan air daripada botol semburan. 

Bagi tanaman rumah lain, bahaya untuk membiarkan air berada terlalu lama di atas daunnya. Oleh itu, aliran udara sangat penting untuk daun sentiasa berada dalam keadaan tidak basah. Letakkan kipas di bilik bagi melancarkan pengedaran udara untuk kesihatannya.

#3 Pastikan sinaran matahari yang mencukupi

Semua tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Namun, lain jenis tumbuhan, lain pula jumlah penerimaan cahayanya. Dengan pengecualian kaktus, kebanyakan tanaman rumah membesar dengan sinaran cahaya matahari samar. 

Jika rumah anda tidak dimasuki cahaya matahari yang mencukupi atau menanamnya di dalam bilik tanpa tingkap, anda boleh juga menggunakan lampu sinaran UV yang bersesuaian dengan jenis tanaman rumah anda itu tadi.

 

#4 Gunakan tanah yang sesuai

Tanah subur bergred tinggi selalunya membantu proses pembesaran yang sihat dengan menyediakan nutrisi yang seimbang dan kadar serapan air yang optimum. Anda digalakkan untuk membeli tanah yang sudah dicampur dengan baja, bakteria baik dan nutrisi semula jadi.

Pusat jualan pokok selalunya menjual tanah yang generik, pastikan anda memilih lokasi jualan yang menjual tanah khusus untuk tanaman rumah. Perlu diingati, setiap tanaman rumah memerlukan tanah yang sesuai dan berlainan mengikut jenis tanaman rumah tersebut. 

 

#5 Gunakan baja dan tonik semburan penyegar

Untuk pertumbuhan yang sihat dan berkekalan, anda harus membaja secara berkala. Secara umumnya, sesi membaja hanya perlu dilakukan sekali sebulan. Namun, perlu juga diberi perhatian kerana sesi pembajaan juga berlainan mengikut jenis-jenis tanaman rumah.

Selain baja, bagi memastikan jangka hayat dan kesihatan tanaman rumah anda itu tadi kekal sihat, kami sarankan gunakan Plantonic. Ia adalah tonik semburan penyegar organik yang mengandungi baja organik, penyubur tanah, pembasmi serangga dan agen anti bakteria. 

Plantonic membantu dalam memberi khasiat lengkap serta bebas bahan kimia dan racun, yang turut menjadikannya selamat untuk digunakan untuk tanaman sayur-sayuran. Kandungan utamanya seperti Shilajit, rumpai laut, ginseng, kulit buah, ekstrak benih dan daun teh.

Hadir dalam botol penyembur berwarna hitam elegan berkapasiti 500ml, gunakan ia sekali seminggu untuk tanaman rumah yang kecil atau dua kali seminggu untuk tanaman rumah yang besar. Plantonic boleh didapati di Shopee dan Lazada.

Layari Plantonic untuk maklumat lebih lanjut. – Getaran, 11 September 2021

Semua gambar: Plantonic

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan