Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Siak, Adiwira Rumah Allah

Siapa 'siak' sebenarnya? Kalau ke masjid dan surau, pasti pernah dengar nama ini disebutkan. Mari kenali watak penting Rumah Allah ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 10:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap rumah ibadat, tidak kira apa pun anutan agamanya, pasti wujud satu organisasi atau pentadbiran yang bertugas mengelola sebarang aktiviti harian atau berkaitan dengan majlis sambutan keagamaan. Masjid dan surau misalnya, ditunjangi oleh tiga jawatan utama iaitu Imam, Bilal dan Siak. Menariknya di sini, andai jawatan Bilal atau juga disebut sebagai Muazzin diangkat bersempena nama sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Bilal Bin Rabah, kali ini saya ingin mengajak teman pembaca dan pelayar Getaran.my  semua untuk menyingkap seputar kisah tentang Siak, si ‘adiwira’ pemantau dan pembersih di masjid dan surau ini.

Antara sumber menarik datangnya frasa atau terciptanya gelaran Siak ini lahir dari negeri-negeri Kepulauan Melayu. Ia mungkin berkaitan dengan faktor tersebarnya syiar Islam di Asia Tenggara, bermula sekitar abad ke-11 (Champa) hingga menjadi kukuh di semua negeri Kepulauan Melayu sekitar abad ke-15. Nah, di sinilah disyaki panggilan atau gelaran Siak itu tercipta. Orang Acheh dan Minang dikatakan pencipta frasa Siak yang kita guna sehingga hari ini. Sheikh, orang alim yang arif dalam ilmu agama dipanggil sebagai Shiyah oleh orang Acheh manakala Siak oleh orang Minangkabau.

Syamsul Maarif, 49 tahun. 11 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Syamsul Maarif, 49 tahun. 11 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana

Meniruskan fokus, pelajar yang menuntut ilmu pengajian Islam di pondok (juga dikenali sebagai 'surau' di Tanah Minang) digelar Urang Siak – Orang Sheikh. Selain mendalami pengajian agama Islam, amalan membersih dan merapikan masjid serta surau juga antara amalan yang diterapkan sebagai subjek tasawuf kepada urang-urang Siak untuk membersihkan hati, sementelah ulama-ulama tenaga pengajar di Tanah Minang juga terdiri daripada guru tarekat. Maka, sinonimlah tugas membersih dan mengindahkan masjid atau surau ini dengan golongan Urang Siak yang diwarisi oleh penyandang gelaran Siak di masjid dan surau di Malaysia sehingga hari ini.

Saduna Abdus Salim, 41 tahun. 8 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Saduna Abdus Salim, 41 tahun. 8 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana

Pun begitu, ramai yang keliru dengan dua perkara berbeza; beranggapan atau ‘pukul rata’ mereka yang bertugas di masjid atau surau digelar Siak dan tidak kurang juga melabelkan Siak, hanya sekadar penjaga dan pembersih surau sahaja. Peluang bertemu dan berbicara bersama penjawat petugas Ahli Jawatankuasa Surau Mukarramah penggal 2020/2021 setidak-tidaknya membawa pena saya menitip kembali momen-momen silam di mana Siak pernah diangkat laksana ‘adiwira’ di surau sesebuah penempatan.

“Biar saya jelaskan andai kekeliruan itu masih tidak terjawab atau berbaki pada generasi masa kini. Tiga jawatan utama di masjid atau surau adalah Imam, Bilal dan Siak. Bila diwujudkan sistem pentadbiran, maka tertubuhlah Ahli Jawatankuasa Surau. Ahli Jawatankuasa hanya menguruskan hal berkaitan pentadbiran masjid atau surau manakala Imam, Bilal dan Siak adalah individu yang menjalankan tugasan mereka berkhidmat di dalam masjid atau surau. Maka, peranan dan kewujudan mereka juga berbeza. Siak itu hebat panggilannya, sehebat dan sepenting peranannya bukan saja kepada jemaah surau malah, kepada masyarakat sekeliling satu ketika dulu. Kini, setelah melewati peredaran zaman, kebanyakan tugas mulia sebagai Siak ini telah diagihkan oleh pihak pentadbiran, membuatkan Siak hanya dipandang sepi sebagai penjaga pintu dan pembersih surau,” ujar tuan Haji MD Aris Bin Haji MD Kubra, 68, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mukarramah, Taman Keramat, Kuala Lumpur membuka tirai perbualan ketika itu.

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mukarramah, Taman Keramat. Gambar: Ustaz Syukri
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mukarramah, Taman Keramat. Gambar: Ustaz Syukri

Mengenang kembali era kegemilangan ‘adiwira’ Rumah Allah ini, Siak adalah watak paling unggul kepada surau dan masyarakat  sekitar satu ketika dulu (era 50-an ke 80-an). Selain diamanahkan memegang kunci pintu atau pembersih masjid dan surau, Siak juga pasti dicari tatkala adanya majlis kesyukuran, kemasyarakatan dan juga kematian. 

“Dahulu, apa-apa saja orang akan cari Siak dulu. Nak buat kenduri kesyukuran, nak buat gotong-royong waima hal kematian pun, Siak dulu yang akan dicari. Nama Siak yang akan disebut dahulu. Pendek kata, banyak perkara yang melibatkan komuniti ketika itu selalunya akan merujuk dan dikaitkan dengan penglibatan Siak. Siak dulu serba-serbi boleh dan selalunya bukan sahaja kaya dengan ilmu agama malah kaya dengan kepakaran yang sering diperlukan oleh masyarakat  sekitar. Siak dulu juga berkebolehan menjadi tenaga pengajar membaca Al-Quran, mengajar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Ringkasnya, Siak ketika itu tak ubah seperti wira atau jagoan harapan buat masyarakat setempat,” tambah Encik Mustafa Kamal Bin Asri, 57,yang menjawat jawatan Bilal ini.

Keperluan Siak pada masyarakat ketika itu mewujudkan hubungan dua hala antara komuniti dan akhirnya mengimarahkan masjid atau surau sebagai tempat ibadat yang dikunjungi ramai. Siak dipandang  sebagai medium penghubung masyarakat dengan institusi masjid atau surau lantaran peranannya menyantuni keperluan serta permintaan masyarakat setempat. Tidak hairanlah andai Siak adakalanya dihormati dan disegani berbanding penghulu atau ketua setempat. 

Zaman beransur pergi, akhirnya ‘aura khidmat’ milik Siak terbahagi bila wujudnya sistem pentadbiran yang ditangani oleh Ahli Jawatankuasa Surau. Pembahagian tugas ini membuatkan fungsi Siak dipandang enteng oleh sesetengah ahli masyarakat yang hanya berpaksikan kepada fahaman bahawa Siak hanya sekadar penjaga pintu dan pembersih Surau sedangkan satu ketika dahulu, dialah ‘adiwira’ Rumah Allah yang menjadi perantara serta sukarelawan terhebat  yang pernah masyarakat kita miliki. 

Saduna Abdus Salim, 41 tahun. 8 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Saduna Abdus Salim, 41 tahun. 8 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana

TUGAS-TUGAS SIAK

•    Menjaga kebersihan seluruh kawasan Masjid atau Surau

•    Memastikan bahawa pintu-pintu Masjid atau Surau dibuka dan ditutup pada setiap hari

•    Memastikan tikar atau sejadah disediakan dan disiapkan dan kemudian dikemaskan semula usai solat

•    Memastikan tandas, bilik mandi, tempat wuduk dan kolah air sentiasa bersih

•    Memastikan kelengkapan solat (sejadah, kain saf) dan kelengkapan lain untuk kegunaan Jemaah dalam keadaan sentiasa bersih

•    Bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang Masjid atau Surau

•    Memastikan paip air, suis elektrik ditutup sepenuhnya apabila tamat waktu solat

•    Melaporkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada Pengerusi, Imam atau Nazir

•    Membantu penyediaan sajian atau memasak apabila diperlukan khasnya ketika penyediaan moreh

•    Menghadiri sebarang mesyuarat yang diadakan oleh pihak Masjid atau Surau serta menerima dan melaksanakan sebarang arahan yang diberikan oleh pihak Pentadbiran Surau.

Syamsul Maarif, 49 tahun. 11 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Syamsul Maarif, 49 tahun. 11 tahun berkhidmat sebagai Siak di Masjid As-Salam, Puchong Perdana

KELAYAKAN SIAK

Andai dahulu hanya individu yang mempunyai asas agama yang kuat, memiliki kepelbagaian kemahiran dan berkeinginan mengabdi diri kepada kerja-kerja amal di masjid atau surau, kini Siak dilantik oleh Pengerusi kepada Ahli Jawatankuasa Masjid atau Surau atas cadangan atau keinginan, kerelaan individu itu sendiri menyandang dan melaksanakan peranan Siak.

Demikianlah serba ringkas tentang Siak-- asal, siapa, peranan dan khidmatnya di masjid atau surau sepanjang kewujudannya hingga ke hari ini. Dialah insan yang terus menjunjung, melaksana dan mengabdikan diri demi tugasan mulia tanpa henti, tekun bersulam keikhlasan. - Getaran, 21 Februari 2021

Sumber rujukan: Hasanuddin Yusof (The Patriots – terbitan 8 Feb 2018)

Terima Kasih : Ahli Jawatan Kuasa Surau Al-Mukarramah 2020/2021, Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur dan Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Tiada Benda Lain Ke Nak Buat Main Tu, Tau Tak Bahaya

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah