web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petua Buat Bakat Baharu Bertahan Dalam Industri Hiburan

Bakat baharu perlu ambil tahu cara untuk 'survive' atau bertahan dalam industri hiburan

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Cottonbro, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir setiap hari ada sahaja lambakan bakat baharu (BB) muncul di arena hiburan tanah air, rata-ratanya lahir dari program realiti. Secara tidak langsung ini juga menjadikan persaingan sengit sesama mereka.

Melihat situasi itu, penulis terpanggil untuk berkongsi akan bagaimanakah BB terutamanya yang bergerak sendiri dapat menyusun gerak kerja dalam meneruskan minat dan kelangsungan kerjaya tanpa ada istilah berputus asa.

Hal ini kerana penulis tidak mahu mereka yang berbakat besar melalui fasa bagai kaca terhempas ke batu.

Terlebih dahulu penulis ingin memberi pencerahan, BB di sini membawa maksud mereka yang sememangnya sudah bergiat aktif di dalam cabang ini. Tidak kiralah sama ada drama, telefilem, filem ataupun iklan televisyen (TVC).

Apa yang cuba disampaikan mungkin kedengaran klise namun dua perkara ini menjadi nadi dalam arena serba mencabar. Bagi penulis sendiri, casting dan mempunyai hubungan yang baik dengan warga industri itu sudah mencukupi.

Pada fasa permulaan, dalam tempoh setahun dua ini, ia merupakan pengenalan diri kepada warga industri. BB haruslah mempunyai sasaran dalam sebulan berapa kali harus melibatkan diri ke casting.

Kalau tidak keterlaluan, penulis boleh katakan ibarat ‘menjual diri’ yang mana mereka perlu menjadi diri sendiri dan tonjolkan bakat lakonan sebaik-baiknya.

Secara logiknya, kalau mereka rajin melibatkan diri pada mana-mana casting dan menunjukkan prestasi lakonan serta ada pemahaman yang baik, tidak mustahil diberikan tawaran berlakon bukan?

Sementelah itu, BB perlulah melabur duit sedikit untuk keterampilan diri. Ingat, first impression matters! Apabila menjadi seorang pelakon, perbelanjaan ini bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri, malah pakaian yang dibeli boleh juga diguna pakai sebagai wardrobe untuk sesebuah lakonan mendatang. Demikian bukan masa dan tenaga sahaja menjadi pelaburan, ini termasuklah soal kewangan.

Menyentuh soal bakat dan gaya, masih segar di ingatan penulis ketika mengikuti program Jelajah Siri Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2018) anjuran TV3 di Johor Bahru. Menurut figura berpengaruh, penerbit drama iaitu, Datuk A. Aida, “Bakat boleh digilap dan penampilan diri mesti dijaga.”

Manakala Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri percaya bahawa bakat lakonan menjadi ukuran pertama.

Pendek kata, kedua-duanya memainkan peranan penting.

Tambahan lagi, BB mestilah menjaga hubungan yang baik. Apa salahnya sekali sekala berbasa-basi, tidak keluar duit bukan? Komunikasi itu besar azimatnya. Ringankan mulut bertanya khabar dengan orang-orang yang telah memberi peluang dan ruang kepada diri anda. Janganlah kita ini menjadi seperti kacang lupakan kulit. Bukannya bertanya khabar apabila mendapat tahu ada job sahaja.

Antara usaha lain dapat BB lakukan iaitu dengan menggunakan platform media sosial. Buat rakaman video filem pendek, terokai kekuatan dan kelemahan diri pada watak antagonis ataupun protagonis berpandukan rujukan yang sedia ada, kemudian muat naik di akaun media sosial anda. Kaedah dan hasilnya nanti tidak mustahil produser atau pengarah akan nampak.

Selain pernyataan di atas, apabila ada event seperti malam gala atau majlis perlancaran, cuba-cubalah dapatkan tiket dan hadir untuk perkenalkan diri secara bersemuka. Bukannya datang ambil gambar semata-mata dan ada cubaan buat gimik mengundang spekulasi mahupun kontroversi. Pada majlis seperti itu akan ramai pengaruh dan pemain industri, maka, cuba dapatkan peluang keemasan ini dan gunakan ia dengan sebaik-baiknya.

Bagi fasa lebih dari dua tahun pula, bagi penulis tiada cara lain selain mengulangi perkara yang sama, casting dan jaga perhubungan, pasti membuahkan hasil.

Konklusinya di sini penulis dapat akhiri dengan dua peribahasa:

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

“Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.”

Percayalah bahawa rezeki dari Allah SWT itu pasti, cuma lambat ataupun cepat sahaja. -Getaran, 20 Februari 2021

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 18 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

2

Muzik 2 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini