Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 12:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia mendatang, kami cadangkan lima tontonan terbitan anak watan untuk anda nikmati.

Elok juga dipadankan sesi tontonan bersama secangkir kopi kampung pekat dan kepingan biskut kering. Selamat berhibur!

 

Rise: Ini Kalilah (Netflix)

Rise: Ini Kalilah adalah filem drama politik Malaysia 2018 hasil garapan tiga sutradara berwibawa iaitu Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan MS Prem Nath.

Diterbitkan oleh WebTV Asia, filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia dan ramai lagi.

Biarpun filem ini tidak pecah panggung dan hanya mengutip RM58,411.50 selepas dua minggu tayangan, tetapi ia mendapat pujian daripada pengkritik filem tempatan.

Berdasarkan peristiwa sebenar semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018, filem ini dilancarkan tiga hari sebelum kita meraikan Hari Malaysia pada 16 September 2018.

Dengan situasi politik Malaysia yang penuh ‘drama’ ketika ini, mungkin filem ini boleh ditonton semula bagi mengingati semula setiap usaha, kesulitan dan kejayaan manis yang pernah diraih oleh setiap mereka yang bergelar pengundi bertanggungjawab.

Buat yang belum pernah tonton, cuba  luangkan masa hujung minggu ini. Ada tauladan yang boleh dipelajari. 

Jalan ceritanya mengisahkan tentang perjuangan enam individu yang terjalin menjelang pilihan raya umum ke-14 yang bersejarah pada 9 Mei 2018.

Ketika gabungan pemerintah Barisan Nasional kehilangan kuasa selepas 61 tahun memegang tampuk pemerintahan dan bagaimana Perdana Menteri ketika itu, Najib Tun Razak digulingkan.

Ia adalah kisah ketidakpuasan hati rakyat dan tekad rakyat yang mahukan perubahan. Ya, kita berjaya ketika itu! - Rahayu MN

 

Leftenan Adnan (Netflix)

Selepas 21 tahun, filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman masih kekal menjadi antara filem patriotik yang cukup signifikan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara.

Apakan tidak, filem ini diangkat daripada kisah benar perjuangan seorang perajurit tanah air bernama Leftenan Adnan sewaktu menentang tentera Jepun pada Perang Dunia II dan ia sememangnya dihasilkan serta ditayangkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-43 pada tahun 2000.

Dalam filem ini juga, penonton akan dapat menyaksikan ketokohan dan keberanian seorang anak Melayu bernama Adnan bin Saidi yang dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang Selangor pada 1934.

Walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapanya untuk menjadi askar, namun dia tekad untuk mengejar cita-cita dan impiannya untuk berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.

Berjaya menjadi rekrut terbaik, beliau kemudian diserap masuk ke dalam pasukan Askar Melayu dan pada waktu yang singkat dinaikkan pangkat sebagai Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

Detik-detik paling menyayat hati adalah sewaktu beliau mengetuai Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.

Dalam pertempuran itulah, gugurnya perwira Melayu yang begitu digeruni musuh ini.

Filem ini diterajui Hairie Othman sebagai Leftenan Adnan serta turut dibintangi ramai pelakon lain termasuk Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario.

Saksikan filem ini di Netflix menerusi judul Lieutenant Adnan. - Ellyna Ali

 

Pulang (Netflix)

Pulang merupakan sebuah filem dramatik biografi sejarah berdasarkan kisah benar yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Kabir Bhatia dan dibintangi pelakon-pelakon papan atas negara seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Jalaluddin Hassan, Rahim Razali dan ramai lagi.

Diinspirasi dari peristiwa sebenar yang berlaku pada era 1940-an, filem ini berkisahkan tentang kisah cinta tragik seorang kelasi bernama Othman (Remy Ishak) dengan isterinya, Che Thom (Puteri Aishah) di zaman penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Othman ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke serata dunia. Sebelum berlayar, dia berjanji akan pulang dengan membawa kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelaki mereka, Omar (Azrel Ismail).

Dengan penuh kesabaran, Che Thom akur dengan pemergian Othman dan setia menanti kepulangan suaminya selama 61 tahun. Banyak liku dan onak duri yang terpaksa ditempuhi Che Thom sebagai ibu tunggal sepanjang penantian menunggu ‘kepulangan’ suaminya itu. - Zaidi Che

 

Ejen Ali The Movie (Netflix dan AstroGo)

Sebuah produk yang boleh dianggap salah satu kebanggaan tanah air, filem animasi yang berjudul Ejen Ali The Movie sebenarnya merupakan kesinambungan kepada permainan video dengan nama yang sama.

Biarpun dilancarkan pada tahun 2019, namun masih ada yang belum menontonnya kerana was-was atau meragui kualitinya.

Sungguhpun begitu ia sebenarnya sebuah karya animasi yang benar-benar hebat dan setaraf dengan filem animasi luar negara jika tidak lebih baik.

Dibikin sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, Ejen Ali The Movie sememangnya mencerminkan imej Malaysia moden dan boleh dijadikan teladan yang baik untuk semua.

Lengkap dengan jalan cerita menarik berpaksikan watak utamanya Ali dan juga rakan-rakan adiwiranya yang mewakili variasi bangsa Malaysia, filem ini bukan sahaja mengagumkan dari sudut pembuatan animasinya, tetapi juga keaslian konsep ‘kenegaraannya’ yang diselitkan dalam skrip serta latar belakangnya.

Ditambah pula dengan runut bunyi yang mengiburkan, filem ini wajib ditonton oleh semua orang yang ingin mengetahui sehebat mana bakat Malaysia menerajui dunia animasi filem tempatan. Boleh ditonton di Netflix dan Astro Go. - Shah Shamshiri

 

Bunohan (Mubi dan Netflix)

Belum pernah penulis jumpa orang yang ada pendapat bercampur-campur tentang filem arahan Dain Said ini. 

Yang sudah tonton sama ada tidak suka, tidak faham kerana plot terlalu rumit, atau benar-benar suka. 

Penulis jatuh dalam kategori terakhir. Pada penulis, Bunohan sebenarnya adalah kisah ikhtiar hidup manusia dan kekeluargaan. Tiga adik beradik, Ilham, Bakar dan Adil yang mempunyai gaya hidup berbeza, terpisah-pisah kerana bapa yang memilih untuk beristeri dua. 

Masukkan pula elemen perebutan harta pusaka dan diberikan latar belakang kampung kecil di Kelantan. Elemen mistis yang disulam manis dalam filem ini menjadikan ia lain dari yang lain. 

Sakit hati penulis melihat pelbagai jenis khianat dalam filem ini. Sedih dan simpati juga ada. Dan sememangnya, agak jelas, kasih ibu dan anak tidak dapat dipisahkan. 

Masih ragu? Setidaknya, cubalah tonton Bunohan untuk sinematografinya cukup indah, serta lakonan gred A+ daripada para pelakonnya-- Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Zahiril Adzim, Wan Hanafi Su, Tengku Azura, Amerul Affendi, Nam Ron dan Bront Palarae. 

Bunohan telah memenangi lapan anugerah di FFM (Festival Filem Malaysia) ke-25, termasuklah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Memang layak. - Ili Farhana - Getaran, 29 Ogos 2021

Semua poster: IMDb.com

Isu Pada

Aspirasi Deborah Henry, Marsha Londoh Dan Douglas Lim

28 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 10 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

2

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan