Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Soalan Bersama Anne Karim, Dari Shah Alam Ke London Mencipta Blazer Wanita

Pereka fesyen wanita asal Shah Alam ini berjaya menempa nama sehingga ke London dan New York, membawa nama Malaysia ke persada fesyen antarabangsa.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 8:58AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Untuk wanita daripada wanita, rumah fesyen Anne Karim direka dan dihasilkan di London, England oleh pereka fesyen bernama Ida Karim atau turut dikenali sebagai Anne Karim

Walaupun memiliki latar belakang perundangan, Anne memiliki kepakaran tersendiri dalam bidang blazer mewah khusus untuk wanita. 

Keghairahan dan minat Anne dalam fesyen bermula dari zaman universitinya lagi sehingga dia melangkah masuk ke alam pekerjaan dalam firma guaman dan perbankan sebelumnya. 

Namun ini tidak menghalang tekad imaginasi Anne untuk terjun menceburi arena fesyen ini. Anne percaya blazer merupakan salah satu item fesyen penting dalam pemakaian wanita. 

Menurut Anne, blazer harus bersifat sederhana, namun tampak indah dan elegan. Ia harus memperlihatkan sifat feminis, personaliti dan indera wanita. 

Ikuti temu ramah eksklusif kami bersama Anne Karim, berbicara tentang fesyen wanita di saat pandemik dan erti Merdeka daripada sudut pandang pereka fesyen asal Shah Alam ini yang sudah jauh berkelana dan berjaya membina jenama sendiri di persada antarabangsa:

#1 Mengapa anda mengetengahkan blazer sebagai koleksi utama Anne Karim?

Pertama-tama, saya memang suka blazer. I love blazers. Tidak hanya sekadar nama, saya memulakan Anne Karim kerana saya mahu mereka cipta busana yang saya percaya.

Sejujurnya, saya menyarung blazer sejak zaman universiti. Saya rasa blazer ini adalah satu persalinan yang boleh memperlihatkan sisi formal dan kasual si pemakainya. 

Sebelum ini juga saya bekerja di bidang korporat, jadi saya banyak berurusan di mahkamah. Bayangkan, setiap malam saya akan menyusun pakaian yang akan dipakai keesokannya.

Saya berasa kecewa kerana tidak banyak jenama pakaian di luar sana yang khusus untuk blazer wanita. Jadi, saya nekad untuk memulakan jenama saya sendiri iaitu Anne Karim! 

#2 Apa yang unik tentang blazer Anne Karim ini?

Kerana saya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fesyen, ramai yang merasakan saya mengupah pereka fesyen. Sejujurnya, saya sendiri mereka cipta semua blazer-blazer ini. 

Saya mereka ciptanya dengan imaginasi kreatif saya. Ketika kita benar-benar percaya dan berusaha, segalanya akan berlaku. 

Jadi, apa yang unik tentang Anne Karim? Saya menciptakan blazer untuk semua jenis wanita di luar sana. Setiap wanita mempunyai personaliti dan stail masing-masing.

Tidak seperti jenama-jenama lain, saya tidak terkejar-kejar untuk mengikuti trend dan perkembangan fesyen semasa kerana saya memberi fokus kepada apa yang wanita mahu. 

Di Anne Karim, saya cuba menjaga estetika sebaik mungkin. Kami tidak menghasilkan blazer secara pukal, melainkan mengikut cita rasa pengguna. 

#3 Mengapa anda memulakan jenama ini di saat dunia sedang dilanda pandemik dan suasana bekerja dari rumah?

Saya yakin pandemik ini tidak akan lama melanda dunia. Lambat-laun kita semua akan kembali bekerja seperti biasa. 

Sekarang pun ramai yang sudah memasuki pejabat semula. Kalau bekerja dari rumah pun, kadang-kadang kita sendiri yang mahu bergaya. Ada masa kita mahu bersiap-siap. 

Saya faham maksud kamu, di saat pandemik ini tidak banyak label fesyen yang mengeluarkan pakaian kasual. Apatah lagi blazer untuk wanita. 

Namun saya percaya, sebagai wanita kita selalu akan mahu nampak cantik dan bergaya. Kita harus meneruskan fesyen. Life still needs to move on

#4 Kenapa Anne Karim berbasis di London dan New York, tetapi tidak di Malaysia?

Kenapa saya lancarkan jenama saya di London? Kerana saya berada di sana (ketawa). 

Anne Karim ditubuhkan di London. Buat masa ini, pasukan kami aktif di sana. Di New York pula Anne Karim dipamerkan dan boleh dibeli di Flying Solo

Koleksi Anne Karim juga pernah muncul di majalah-majalah fesyen antarabangsa seperti L’Officiel Baltic dan Weekly Style. 

Untuk pasaran Malaysia pula, buat masa ini boleh didapati secara dalam talian. Harapannya, apabila pandemik ini reda, saya merancang untuk membuka butik di Malaysia. Insya-Allah. 

#5 Bersempena Merdeka, apa yang membuatkan anda bangga sebagai rakyat Malaysia?

Saya seorang yang patriotik. Semasa di London, saya menjadi ‘duta tidak rasmi’ (ketawa). Saya selalu mempromosikan kepada rakan-rakan di sana tentang Malaysia. Negara kira benar-benar menggambarkan Asia. Malaysia is very truly Asia.

Kita punya pelbagai bangsa, budaya dan agama yang hidup secara harmoni. Elemen-elemen ini juga saya cuba terapkan dalam koleksi Anne Karim.

Kita hidup aman damai tanpa sengketa. Dan itu membuat saya bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia. 

Layari Anne Karim untuk melihat koleksi penuh blazer mewah wanita dan maklumat lanjut. - Getaran, 28 Ogos 2021

Semua gambar: Anne Karim

Isu Pada

Aspirasi Deborah Henry, Marsha Londoh Dan Douglas Lim

28 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

2

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah