Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 12:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kami kembali lagi dengan lima cadangan tontonan minggu ini. Kali ini variasinya boleh tahan menarik. Ada filem pendek dari Indonesia, dokumentari, drama Korea dan filem dari India. Selamat menonton!

 

‘Untold Vol 1: Malice At The Palace’ (Netflix)

Siri dokumentari sukan baharu di Netflix ‘Untold’ menampilkan episod pertama, ‘Malice At The Palace’ yang menyingkap peristiwa penuh kontroversi yang tercetus ketika berlangsungnya sebuah perlawanan bola keranjang NBA.

Pada 19 November 2004, di penghujung perlawanan antara Indiana Pacers dan pasukan tuan rumah Detroit Pistons, pergaduhan di antara pemain menjadi bertambah ganas apabila objek dilontar seseorang menyebabkan pemain Pacers, Ron Artest menerjah naik ke kawasan penonton.

Walaupun Artest dan beberapa pemain Pacers lain dipersalahkan media sejak malam itu, episod ini membongkar secara terperinci siapa dalang sebenarnya insiden pergaduhan terburuk dalam sejarah sukan Amerika. - M. Zulkifli

 

‘The Devil Judge’ (iQiyi dan Viu)

Kali terakhir Ji Sung muncul di layar kaca adalah dua tahun lalu menerusi drama ‘Doctor John’. Melakonkan watak pakar anestesiologi genius, lakonan Ji Sung tidak pernah mengecewakan. 

Kali ini hero papan atas Korea Selatan ini mengubat kerinduan pengikut setianya dengan menghidupkan watak hakim yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan melalui drama ‘The Devil Judge’.

Lebih menarik, kali ini Ji Sung bergandingan dengan bintang muda Jin Young yang juga anggota kumpulan GOT7. Selaku senior dalam dunia lakonan, Ji Sung berjaya memandu Jin Young untuk sama-sama menzahirkan lakonan cemerlang. 

Selain Ji Sung dan Jin Young, drama ini turut dibintangi ramai bintang hebat termasuk Kim Min Jung, Park Gyu Young, Kim Jae Kyung, Jang Young Nam dan Ahn Nae Sang.

‘The Devil Judge’ mengisahkan tatkala Korea diterajui pemimpin yang korup, hakim Kang Yo Han (Ji Sung) dengan dibantu hakim Kim Ga On (Jin Young) dan hakim Oh Jin Joo (Kim Jae Kyung) mengubah mahkamah menjadi rancangan realiti dan menyerahkan keputusan kepada orang ramai untuk menentukan tertuduh bersalah atau sebaliknya. 

Ketegasan Kang Yo Han dalam melaksanakan tugasnya mengundang rasa kurang senang banyak pihak termasuk rakan setugasnya malah ramai mula ragu dengan kredibilitinya sebagai pelaksana undang-undang negara itu dan cuba membongkar rahsia yang disembunyikannya.  

Sekiranya anda menyukai drama perundangan, korupsi dan sarat dengan aksi, ‘The Devil Judge’ adalah pilihan terbaik. Ia boleh ditonton menerusi iQiyi dan Viu, juga di saluran TVN HD Astro (395). - Shakilawati Abd Rahman

 

Is Love Enough? Sir (Netflix)

Ada banyak kisah cinta dua darjat yang pernah dihasilkan di dunia ini.  Namun, siapa sangka tema ini tampil sangat segar dalam Is Love Enough? Sir yang ditayangkan di Netflix. 

Ia mengisahkan tentang seorang janda bernama Ratna lakonan cemerlang Tillotama Shome yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang lelaki berkerjaya bernama Ashwin lakonan Vivek Gomber. 

Dalam filem arahan Rohena Gera berdurasi 99 minit itu, ia menyaksikan banyak sindiran terhadap kelas dan tradisi jumud yang diamalkan masyarakat India. 

Hubungan antara Ashwin dan Ratna tidak direstui ibu kepada Ashwan kerana Ratna hanyalah seorang janda dan tidak memiliki pendidikan. 

Namun begitu, Ratna seorang yang rajin dan cerdik. Dia minat menjahit dan bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen. 

Ashwin menerima jodoh mereka tidak diterima masyarakat. Maka, dalam rahsia, Ashwin membantu Ratna untuk membantunya mencapai impian sekaligus mengubah nasib wanita itu.

Ramai pengkritik filem mengatakan Ratna adalah watak yang sangat tepat mencerminkan kehidupan seorang gadis kampung yang hidup di kota sebesar Mumbai. 

Dalam filem itu, ada babak di mana Ashwin dihidang seperti raja manakala Ratna hanya duduk makan di lantai dapur. 

Ia menunjukkan dengan jelas bagaimana jauhnya jurang perbezaan status yang ada di India membuatkan penonton terfikir adakah cinta cukup untuk membuat perbezaan ini terhapus?

Bukan itu sahaja, beberapa dialog di dalam filem ini juga memang membawa anda berfikir di dimensi berbeza. Ia bernas dan realistik. 

Tidak hairanlah jika Is Love Enough? Sir pernah menduduki tangga ke sepuluh di Netflix semasa ia mula ditayangkan di Netflix pada tahun 2018.

Apapun, jika anda inginkan sebuah kisah cinta yang sederhana dan indah pada masa yang sama. Ini adalah filem yang anda patut tonton minggu ini. - Wafa Aula 

 

Mimi (Netflix)

Filem Bollywood terbaharu berjudul Mimi, kini menjadi salah satu filem Asia yang rancak ditonton orang ramai di laman penstriman Netflix. 

Filem bergenre komedi ini membincangkan isu berkaitan ibu tumpang yang sering menjadi topik kontroversi walaupun perkara tersebut semakin diterima di India.

Tambahan pula, ia juga menyentuh isu sosial seperti prejudis terhadap wanita, religious bias, isu perkauman dan white privilege dalam beberapa babak. 

Bagi mengekalkan nilai tradisi Bollywood, terdapat selingan nyanyian dan tarian bahkan visualnya turut menampilkan pakaian tradisi yang berwarna-warni.

Meskipun Mimi adalah pembikinan semula daripada karya Mala Aai Vhhaychy!, namun pujian harus diberikan kepada Laxman Utekar kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang tersendiri dengan cemerlang.

Kisah bermula apabila Mimi didatangi oleh pasangan suami isteri warganegara Amerika yang sedang mencari ibu tumpang. Semuanya berjalan lancar sehinggalah anak yang dikandung Mimi dikhabarkan berdepan dengan penyakit Down's Syndrome.

Jika anda mahu mengetahui apa yang bakal terjadi, bolehlah tonton filem ini! - Sara Mack Lubis

 

Sendiri Diana Sendiri (Mubi) 

Filem pendek arahan Kamila Andini ini sudah pernah ditayangkan di Toronto International Film Festival dan Tokyo Film Festival. 

Layaklah, kerana dalam masa 40 minit sahaja, Kamila menceritakan kisah hidup Diana dan bagaimana ia berubah 180 darjah apabila suaminya memberitahu dia mahu berkahwin lagi. 

Si Suami, yang dilakonkan oleh Tanta Ginting, mengambil mudah proses perubahan ini tetapi akhirnya kelihatan menyesali keputusannya. Diana pula tumbuh menjadi seorang manusia baru bersama anaknya. 

Tidak seperti filem-filem pendek lain, Sendiri Diana Sendiri agak straight to the point. Dialog-dialognya tepat tajam dan adakala membuat penonton merasa geram. 

Cerminan kehidupan sebenarnya wanita yang apabila suaminya mahu bernikah lagi, yang ‘dituduh’ bermasalah oleh orang-orang tua dalam keluarga adalah wanita. 

Dan yang harus bersabar, ikhlas menerima takdir, wanita. Jika tidak, apa kata saudara mara dan tetangga lain. 

Tetapi apa terjadi jika wanita itu menjumpai kekuatan diri dan mula berani menongkah arus kehidupan sendiri?

Berbaloi waktu tonton 40 minitnya, Sendiri Diana Sendiri ‘bercerita’ tanpa perlu drama atau tangisan berlebihan. Semuanya secukup rasa.

Tepukan gemuruh buat Raihaanun yang membawa watak Diana. - Ili Farhana - Getaran, 22 Ogos 2021

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat