web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KL City Lebar Rekod Tanpa Kalah Di Kuantan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 8:06AM

Pemain Sri Pahang FC Abdul Malik Mat Arif (dua, kanan) diasak dua pemain Kuala Lumpur City FC Mohd Kamal Azizi Mohd Zabri (tiga, kanan) dan Zhafri Yahya (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sri Pahang FC mensia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran selepas tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Ia juga kekalahan kedua berturut-turut skuad Tok Gajah selepas tumpas 0-2 di tangan Terengganu FC (TFC) ketika bertandang ke Kuala Terengganu minggu lalu, menyaksikan pasukan bimbingan Dollah Salleh kini kekal menghuni kedudukan kesembilan liga dengan mengumpul 17 mata.

Dengan saingan liga berbaki empat perlawanan, posisi Sri Pahang FC masih belum selamat apabila hanya dipisahkan empat mata dengan Perak FC yang berada di kedudukan kedua tercorot sekali gus di ambang penyingkiran ke saingan Liga Premier musim depan.

Pada masa sama, kejayaan skuad kendalian Bojan Hodak di Kuantan menyaksikan KL City FC terus melebarkan rekod tanpa kalah kepada sembilan perlawanan dengan ia merupakan kemenangan ketiga sejak tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC pada April lalu.

Dua gol KL City FC dijaringkan pada babak kedua perlawanan menerusi pemain import dari Colombia Romel Oswaldo Morales pada minit ke-49 sebelum pemain tengah Zhafri Yahya meledak gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-70.

Morales, 23, tenang meledak gol pembukaan menerusi rembatan deras selepas menerima hantaran Paulo Josue manakala Zhafri bijak mencari ruang untuk mudah menampan masuk hantaran lintang rendah rakan sepasukan dari sebelah kiri.

KL City FC kini mengumpul 27 mata di kedudukan keenam liga selepas mengharungi 19 perlawanan dan dijadualkan melayani kunjungan TFC pada aksi seterusnya.

Sementara itu, aksi tunggal Liga Premier malam ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) II mengikat Selangor FC 2 1-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.

Pemain import, Alexander Ameyaw meletakkan Selangor FC 2 di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21, namun JDT menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi gol Fernando Rodriguez.

Keputusan seri itu tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan apabila JDT kekal menghuni tangga keempat liga dengan 27 mata manakala Selangor FC di kedudukan kelima mengumpul 23 mata. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad