web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafizh Syahrin Kecewa GP Malaysia Batal

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 7:28AM

Hafizh Syahrin - Gambar fail dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembatalan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual pada 22 hingga 24 Okt ini, memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Ini kerana menurut Hafizh yang menyertai NTS RW Racing GP musim ini, perlumbaan di Sepang itu sepatutnya bakal menyaksikan penampilan pertamanya bersama pasukan dan jentera baharu.

Malah, beliau juga merindukan saat berlumba di laman sendiri selepas kali terakhir beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tempatan pada musim 2019.

“Saya pun tak tahu masa depan saya macam mana, kalau saya tiada di tahun hadapan mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia (bersaing) musim depan,” katanya dalam satu klip video kepada media.

Susulan pembatalan perlumbaan tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu turut hampa apabila terpaksa mengharungi perlumbaan berulang kali di Eropah selepas ketiadaan beberapa siri perlumbaan lain di Asia antaranya GP Jepun. 

Sementara itu, Hafizh berkata pembatalan GP Malaysia turut menyaksikan impian peminat melihat penampilan terakhir legenda MotoGP Valentino Rossi di Sepang sebelum bersara daripada sukan itu tidak kesampaian.

“Ramai peminat yang masih menyokong Valentino Rossi, yang nak tengok Valentino berlumba di Sepang buat kali terakhir,” katanya.

Perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.

Perkara itu diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP dalam kenyataan bersama, semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 tahun yang lalu

Hafizh Syahrin Mahu Kembali Berlatih Secepat Mungkin

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad