web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID, GP Malaysia Dibatalkan Lagi

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 10:20PM

Gambar fail menunjukkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 November 2019. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan di Malaysia.

Pembatalan berkenaan diumumkan oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP dalam kenyataan bersama hari ini.

“Kejuaraan Dunia FIM MotoGP berharap dapat kembali ke Sepang pada 2022 untuk perlumbaan di hadapan peminat Malaysia yang sangat berdedikasi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun perlumbaan MotoGP pada tarikh berkenaan akan kembali diadakan di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Sementara itu, SIC dalam kenyataan berasingan menegaskan bahawa meskipun melalui pelbagai cabaran, pihaknya optimis dan berharap dapat menganjurkan perlumbaan berprestij itu pada kalendar 2022.

SIC turut berterima kasih kepada Dorna Sports, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berkuasa tempatan, rakan kongsi dan peminat sukan permotoran atas sokongan berterusan.

Pembatalan perlumbaan edisi 2021 adalah yang kedua berturut-turut selepas GP Malaysia 2020 yang dijadulkan pada Oktober tahun lepas, turut dibatalkan berikutan pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad