web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak United Bangkit, Benam Perak FC II

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 8:16AM

Sarawak United mencipta kemenangan dengan menumpakas Perak FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi, - Gambar dari Facebook Malaysian Football League

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga gol terhasil pada babak kedua memastikan Sarawak United bangkit daripada ketinggalan seawal permainan untuk mencipta kemenangan 4-1 ke atas Perak FC II pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras di sini, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Sarawak United memintas dua pasukan untuk merampas kedudukan teratas liga dengan mengumpul 31 mata sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk mewarnai saingan Liga Super musim depan.

Skuad diberi jolokan Kenyalang Emas itu turut mempunyai kelebihan apabila kini mengungguli saingan liga dengan kurang satu perlawanan berbanding pencabar terdekat Terengganu FC II di kedudukan kedua yang mengutip 29 mata selepas 16 perlawanan.

Pada aksi malam tadi, Sarawak United yang dibimbing Penolong Jurulatih Mohamad Safri Amit dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit pertama menerusi pemain tengah Royizzat Daud yang menyambar bola hasil sepakan percuma Khairul Syafiq Mustaffa dan menewaskan penjaga gawang tuan rumah.

Penyerang skuad kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol penyamaan dicari-cari Sarawak United pada minit ke-35 selepas menanduk bola hantaran lintang rakan sepasukan untuk menyaksikan 45 minit pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Sarawak United tampil lebih bertenaga sebelum asakan demi asakan membuahkan hasil apabila pertahanan lawan, Muhammad Syafiq Izzudin Mustafa tertampan bola yang diselamatkan penjaga gol ke gawang sendiri pada minit ke-53.

Pemain import Uche Agba menambah derita Perak FC II pada minit ke-67 dengan meletakkan Sarawak United selesa mendahului 3-1 selepas bijak mencari ruang untuk menampan masuk bola hantaran lintang pemain gantian Abdul Rahim Abdul Razak.

Abdul Rahim kemudian melengkapkan malam gemilang pasukannya menerusi gol pada minit ke-88 apabila beliau meluru dengan pantas tanpa disedari pertahanan lawan dan menyepak masuk bola hantaran Azman Chuchu. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad