Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Manchester City Juara Lagi? Ikuti ‘Preview’ Musim Baharu Liga Perdana Inggeris (Bahagian 1)

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 1:50PM

Adakah skuad yang dipimpin Pep Guardiola akan meneruskan kecemerlangan musim lepas? - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Manchester City telah memenangi tiga daripada empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang lepas dan jika mereka berjaya membawa Jack Grealish serta Harry Kane ke Stadium Etihad sebelum jendela perpindahan ditutup, ia adalah satu percaturan yang berani untuk meramalkan yang mereka tidak akan menjadi juara lagi musim ini.

Tetapi adakah benar kejuaraan musim ini milik City? Terutama sekali jika mereka memilih untuk mengalih perhatian kepada Liga Juara-Juara Eropah yang sudah lama didambakan.

Di belakang City, kelab-kelab yang mengejar mereka memulakan kempen musim baharu dengan matlamat realistik untuk menurunkan juara dari takhta mereka.

Chelsea menundukkan anak buah Pep Guardiola di final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, dan Thomas Tuchel berharap yang Romelu Lukaku akan tiba dari Inter Milan untuk menambah sengat dalam jentera serangannya.

Manchester United, yang menamatkan kempen musim lalu di tangga kedua, percaya yang Jandon Sancho dan Raphael Varane boleh membantu mereka merangkul kejuaraan liga pertama sejak Alex Ferguson bersara pada 2013.

Tiada sebab kenapa Liverpool, dengan kehadiran penonton kembali di Anfield dan juga Virgil van Dijk yang pulih dari kecederaan, tidak boleh mengulangi kejayaan yang dikecapi dua tahun lalu.

Ini menjanjikan aksi mengujakan ditambah kehadiran penonton di stadium dan arahan VAR baharu yang diharapkan akan mengurangkan keputusan offside serta penganugerahan penalti yang mudah.

Menjelang perlawanan pembukaan pada awal pagi Sabtu, ESPN menyajikan pendapat awal tentang ramalan prestasi setiap kelab menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Arsenal

Kelab London Utara itu menguatkan barisan pertahanan mereka dengan pembelian Ben White dari Brighton yang bernilai RM292.7 juta. Ini adalah pembelian yang The Gunners perlukan terutama selepas dua kali menamatkan saingan di tangga kelapan. Pemain muda seperti Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe semakin hari semakin matang, tetapi kejayaan mereka tetap bergantung kepada prestasi penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang.

Aston Villa

Bagaimanakah kelab ini akan mengatasi kehilangan ayam tambatan mereka, Grealish? Ini adalah persoalan terbesar buat Villa walaupun berbelanja besar membawa masuk khidmat Danny Ings, Leon Bailey dan Emi Buendia untuk memperkuat jentera serangan dan kepulangan Asley Young untuk menambah pengalaman. Kami menjangkakan pasukan ini akan sekali lagi menamatkan saingan di pertengahan carta liga.

Brentford

Kelab barat London ini, yang sekian lama menjadi penghuni liga bawahan, akan menjadi pasukan yang ke-50 beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan pengurus mereka Thomas Frank dari Denmark percaya gaya permainan mereka akan menyebabkan beberapa keputusan mengejutkan. Tetapi mereka memerlukan penyerang Ivan Toney untuk mengulang jumlah 33 jaringan musim lalu ke liga utama. The Bees layak beraksi di liga utama setelah beberapa kali terlepas peluang dengan tipis.

Brighton

Mempersembahkan gaya permainan yang senang di mata, tetapi hanya mampu menamatkan saingan di tangga ke-16 dengan hanya 41 mata. Mereka akan merasakan kehilangan White yang berhijrah ke Arsenal, tetapi mempunyai ramai pengganti dalam bentuk Lewis Dunk, Adam Webster dan Dan Burn. Pemain tengah Yves Bissouma adalah antara yang terbaik dalam liga, dan juga menarik perhatian beberapa kelab besar. Jika pemain bek kanan Tariq Lamptey kembali cergas itu juga boleh membantu mereka.

Burnley

Tidak banyak perpindahan besar yang berlaku di bawah pemilik baharu ALK, tetapi mereka tahu bertapa pentingnya untuk mengekalkan khidmat pengurus Sean Dyche. The Clarets bangkit daripada permulaan musim yang teruk untuk menamatkan saingan 11 mata daripada relegasi musim lepas. Mereka juga mempunyai semangat juang yang tinggi diketuai oleh pemain-pemain seperti Ben Mee, James Tarkowski, penjaga gawang Nick Pope dan penyerang Chris Wood untuk terus beraksi di liga utama.

Chelsea

Pasukan ini adalah calon paling sesuai untuk memberikan cabaran kepada juara liga City. Mereka mempunyai skuad yang dipenuhi ramai pemain berbakat tetapi mereka hanya berada di tangga kelapan dalam carta penjaring terbanyak musim lalu. Jika berjaya mendapat khidmat Romelu Lukaku, menjaringkan gol bukan lagi masalah bagi pasukan ini.

Crystal Palace

Banyak perubahan telah berlaku di kelab ini sepanjang musim panas. Legenda Arsenal Patrick Vieira mengambil alih tampuk kepimpinan selepas kelab ini mahukan perubahan. Lebih kurang sedozen kontrak pemain tamat tetapi ayam tambatan Wilfried Zaha dan Christian Benteke kekal. Palace juga telah memperkuat benteng pertahanan dengan khidmat Joachim Andersen dan Marc Guehi. Kehadiran perancang muda Michael Olise juga dilihat boleh membawa kejayaan kepada kelab ini. Walaupun begitu, ini adalah ujian besar buat Vieira.

Everton

Carlo Ancelotti telah meninggalkan Goodison Park untuk Real Madrid dan penggantinya adalah Rafa Benitez, di mana segelintir peminat pasukan itu masih tidak boleh memaafkannya kerana memanggil mereka “kelab kecil” semasa menjadi pengurus Liverpool sedekad lalu. Bolehkah Rafa menambat hati pengkritiknya ataupun akan ada pergolakan untuk pasukan yang bermula garang tetapi menamatkan saingan di tangga ke-10 itu? Belum ada pergerakan dalam bentuk perpindahan tetapi mereka boleh merubah perkara itu. Pemain baharu Demarai Gray perlu membuktikan yang dia pemain liga utama dan pemain sayap Andros Townsend mungkin mendapat nafas baharu di Merseyside.

Leeds United

Pasukan ini kembali ke liga utama dengan keputusan yang baik, menamatkan saingan di tangga kesembilan. Anak buah Marcelo Bielsa mungkin boleh mencabar untuk posisi enam teratas jika dapat menghindari “sindrom musim kedua”. Patrick Bamford jika meneruskan persembahan seperti musim lalu dia mungkin dapat panggilan untuk menyertai skuad England dan Junior Firpo juga telah dibeli dari Barcelona dengan harga RM76.3 juta.

Leicester

Kecederaan yang dialami oleh Wesley Fofana satu tamparan besar kepada benteng pertahanan The Foxes dan ia mungkin menyebabkan mereka mengalami masalah di bahagian itu bila musim bermula. Walaupun gagal menamatkan saingan di posisi empat teratas, kemenangan dalam final Piala FA menjelmakan kejayaan dalam kempen musim lalu. Patson Daka, Boubakary Soumare dan Ryan Bertrand merupakan muka baharu yang memberi Brendan Rodgers pilihan yang baik dan semua tunggak pentingnya masih bersama kelab itu. Pasukan ini juga mungkin akan memberikan saingan hebat dalam Liga Europa. - ESPN

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Mentaliti Arsenal Gembirakan Arteta Dalam Kemenangan Ke Atas Palace

Sorotan

1

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

2

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 1 hari yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad