web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TFC II Rampas Kedudukan Liga Premier

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:19AM

TFC II sekadar terikat tanpa jaringan dengan Perak FC, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. - Gambar dari Facebook Perak FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC ll (TFC II) berjaya merampas kedudukan teratas Liga Premier biarpun sekadar terikat tanpa jaringan dengan Perak FC ll pada aksi yang berlangsung sengit di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Penyerang tuan rumah Muhammad Izzan Syahmi Mustapa mensia-siakan peluang meledak gol kemenangan pasukan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57 yang diberikan pengadil selepas pemain lawan Roziyyat Daud menjatuhkan Amirul Syazwan Nor Azmi.

Keputusan itu menyaksikan TFC II kini mengumpul 29 mata selepas mengharungi 16 aksi liga dan berkongsi mata bersama Negeri Sembilan FC di tempat kedua yang kurang satu perlawanan.

Pada masa sama, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berjaya melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat PDRM FC 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pemain muda Gabriel Nistelrooy Tamin muncul wira pasukan apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-30 dan ke-69 untuk menafikan PDRM FC daripada mencatat kemenangan kedua liga berturut-turut.

PDRM FC yang kini menghuni kedudukan keenam liga membuka tirai jaringan menerusi Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-35 sebelum Bruno Suzuki meletakkan pasukan di hadapan pada minit ke-51.

Dalam pada itu, pemain import dari Indonesia, Natanael Siringo Ringo menjaringkan dua gol untuk membantu Kelantan FC menundukkan Kelantan United 3-1 dalam pertembungan 'derby' di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Bagaimanapun, penyerang Nurshamil Abd Ghani terlebih dahulu mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-39 untuk memberi Kelantan FC kelebihan di separuh masa pertama sebelum Natanel menjadikan kedudukan 2-0 seawal separuh masa kedua bermula pada minit ke-46.

Kelantan United cuba bangkit menerusi jaringan pemain import dari Gambia Alfusainey Gassama pada minit ke-49, namun gol kedua peribadi Natanel pada minit ke-59 sudah cukup untuk menoktahkan kemenangan manis pasukan.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan FC memintas Kelantan United untuk berada di kedudukan ketujuh liga dengan 21 mata, sementara Kelantan United mengutip 20 mata di tempat kelapan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad