web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rossi Tetap Pelumba Terbaik - Hafizh

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 7:47AM

Valentino Rossi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Legenda MotoGP Valentino Rossi yang mengumumkan akan bersara pada penghujung musim ini merupakan seorang pelumba terbaik dengan pelbagai impak besar dicipta sepanjang 26 tahun kariernya, kata pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Meskipun prestasi keseluruhan ikon permotoran Itali berusia 42 tahun itu merudum pada penghujung kariernya, Hafizh berkata reputasi Rossi tidak boleh dipersoal selepas deretan kejayaan dilakarnya, selain kelibat beliau di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.

Hafizh, 27, tidak menolak kemungkinan keputusan Rossi mengundurkan diri adalah untuk memberi laluan kepada barisan pelumba muda yang menjadikan saingan MotoGP ketika ini semakin sengit dan mencabar.

“Apa yang saya dengar masa temu bual semalam dia (Rossi) kata sudah cukup sampai sini, bagi saya dia still the best (masih yang terbaik) bagi semua pelumba yang lain. Macam masa zaman saya kecil, kita nampak dia lah sebagai idola dan ikon sehingga sekarang," katanya dalam satu rakaman video kepada wartawan, semalam.

Hafizh yang juga bekas pelumba MotoGP berasa bertuah apabila berkesempatan berlumba bersama idolanya itu sebelum ini.

“Saya sangat terharu dan bangga sebab dua tahun dapat berlumba dengan dia (Rossi), dan satu tahun tu berkongsi satu kem di bawah Yamaha….jadi ada part (bahagian) yang saya belajar dan juga compare (bandingkan)  data bersamanya," jelas beliau sambil mendoakan yang terbaik buat Rossi selepas ini.

Semalam, Rossi yang berlumba dengan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu mengumumkan akan bersara pada hujung musim 2021 dengan pencapaian juara MotoGP sebanyak tujuh kali. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad