web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Jangka Laluan Sukar Ketika Berhadapan Hoogland

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Aug 2021 7:44AM

Walaupun berdepan lawan yang sukar, Azizulhasni tetap percaya apa juga boleh terjadi pada perlumbaan yang akan berlangsung di Veledrome Izu, itu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menjangkakan yang beliau akan berhadapan laluan sukar pada perlumbaan dengan pelumba Belanda Jeffrey Hoogland pada saringan pertama Pusingan Ketiga 1/8 acara pecut lelaki di Olimpik Tokyo, hari ini.

Bagaimanapun Azizulhasni percaya, apa juga boleh terjadi pada perlumbaan yang akan berlangsung di Veledrome Izu, itu.

“Jangan mudah mengalah, terus cuba sebaiknya dan percaya pada diri sendiri,” katanya dalam video yang dimuat naik dalam channel Youtube Azizul Awang bertajuk ‘Pecutan Hari Pertama | Perjalanan Azizul Awang Mengejar Kilauan Emas’.

Terdahulu Hoogland memecahkan rekod Olimpik bagi acara pecut lelaki apabila mencatatkan 9.215 saat pada pusingan kelayakan.

Azizulhasni mengesahkan tiket ke pusingan ketiga atau 1/8 itu apabila mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes pada perlumbaan repechage 1/16.

Sementara itu Azizulhasni berkata, beliau sedih kerana tidak dapat memperbaiki masa peribadi terbaiknya pada perlumbaan semalam.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu memegang rekod kebangsaan 9.548 saat (s) yang dicatatkan di Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman tahun lepas.

Catatan terbaik beliau hari ini ialah 9.626s, yang dicatatkan pada pusingan kelayakan.

Sementara itu Azizulhasni berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan kejayaan beliau dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Olimpik Tokyo.

“Teruskan sokong kami, ikuti perkembangan terkini dan terus mendoakan kami. Insya-Allah kami akan lakukan yang terbaik,” kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus pula, berpeluang untuk membalas dendam atas kekalahannya kepada Harrie Lavreysen juga dari Belanda pada Pusingan Pertama 1/32 semalam, apabila kedua-dua mereka akan bertemu semula pada saringan kedua, Pusingan Ketiga, esok (5 Ogos). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

4

Sukan 2 tahun yang lalu

The Pocket Rocketman Nyatakan Hasrat Mahu Velodrom Asas Di Seluruh Negara

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar