web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Dhabitah Teruja Mulakan Misi Buru Pingat Sulung Di Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 2:53PM

Dhabitah beraksi di Sukan Asia 2018 di Jakarta. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Tempoh penuh cabaran yang dilalui kesan ketidaktentuan pandemik COVID-19 membakar semangat penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri untuk memulakan saingan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penerjun berusia 22 tahun dan rakannya Wendy Ng Yan Yee, 28, dijadual meneruskan cabaran skuad terjun negara dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita bermula esok.

Aksi di Pusat Akuatik Tokyo itu bakal menjadi penampilan keduanya di pentas Olimpik dan selepas berbulan menjalani latihan intensif di Bukit Jalil, Nur Dhabitah sudah tidak dapat menahan keterujaannya untuk beraksi.

“Berdebar tetapi pada masa sama saya sudah tidak sabar, sebab ia (persediaan ke Tokyo) sangat lama, jadi saya cuma mahu melakukannya,” kata pemenang pingat perak dan dua gangsa di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang itu kepada Bernama.

Nur Dhabitah sebelum ini mengakui ‘tertekan’ selepas lama tidak berjumpa dan mempunyai masa berkualiti bersama keluarga susulan berada dalam gelembung sukan menjelang temasya sukan berprestij berkenaan.

Bagaimanapun, juara Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 itu tetap bermotivasi tinggi, malah turut menetapkan sasaran peribadi untuk memenangi pingat Olimpik sulungnya di Tokyo.

Dengan sebarang pingat tidak berjaya dijelmakan kontinjen Malaysia setakat ini, Nur Dhabitah mempunyai peluang menjadi atlet negara pertama melakukannya jika berjaya menjejakkan kaki ke final pada Ahad.

Pada Sukan Olimpik Rio 2016, beliau berumur 17 tahun ketika itu, menamatkan final acara 10m platform individu wanita di tempat kesembilan, sementara seorang lagi wakil negara Pandelela Rinong Pamg di kedudukan ke-11.

Turun dalam acara berbeza kali ini, Nur Dhabitah berdepan saingan sengit penerjun China, Kanada, Australia dan Great Britain, dalam aksi pusingan awal dan peringkat separuh akhir (Sabtu) bagi memburu slot di final.

Berdasarkan atas kertas, beliau ibarat perlu mendaki Gunung Fuji pada musim sejuk dalam usaha menaiki podium di Tokyo, namun anak bongsu dari empat beradik itu sudah bersedia sepenuhnya.

“Saya telah berlatih sepanjang hidup saya untuk ini (Sukan Olimpik), sudah tentu saya tidak sabar untuk bertanding,” kata bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

3

Sukan 3 tahun yang lalu

MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bomba Berjaya Pujuk Lelaki Cuba Terjun Pencawang

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad