web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuala Lumpur City FC Seri Dengan Perak FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:22AM

Pemain pasukan Perak, Nana Poku (dua, kanan) menahan bola ketika menentang pemain pasukan Kuala Lumpur City pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Perak malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur City FC sekadar berkongsi satu mata dengan Perak FC selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Satu-satunya perlawanan Liga Super yang berlangsung hari ini, anak didik Bojan Hodak  kekal berada di tangga keenam liga dengan 19 mata selepas hanya mencatat empat kemenangan dalam 15 perlawanan. 

Sementara itu, di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dekat sini, pasukan tuan rumah Projek FAM-MSN gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada pasukan Selangor FC 2 sebentar tadi dalam aksi Liga Premier.

Seawal wisel permulaan ditiup, anak didik Yusri Che Lah dan Michael Feichtenbeiner berterusan mencipta atur gerak dan cubaan melakukan jaringan namun keputusan kekal 0-0 hingga tamat separuh masa pertama.

 Babak kedua, Selangor FC 2 dilihat garang dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan untuk merobek gawang pasukan lawan sebelum berhasil mencipta gol tunggal perlawanan hasil tandukan kapten pasukan, Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-59 dan keputusan kekal 0-1 sehingga tamat perlawanan.

Terengganu FC ll (TFC ll) pula berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu  malam ini.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan terutamanya pada babak kedua tetapi TFC II lebih bernasib baik pada malam ini ini selepas mendapat gol tunggal menerusi jaringan Jordan Mintah pada minit ke-66 perlawanan. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad