web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farah Ann Selamat Tiba Dari Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:12AM

Farah Ann Abdul Hadi melambai kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menamatkan kempen di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi, selamat tiba di tanah air selepas menamatkan kempen di Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Jepun.

Atlet gimnastik artistik berusia 27 tahun itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 5.45 petang semalam, bersama jurulatihnya Nataliya Sinkova.

Pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA itu, akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel, mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Farah Ann yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, terlepas peluang mara ke akhir acara all-around wanita, selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta, dengan mengumpul 48.565 mata keseluruhan di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo pada Ahad lalu.

Beliau mengutip 11.600 mata dalam aparatus palang bertingkat dan palang imbangan (11.566 mata), disiplin senam lantai (12.233 mata) sebelum melengkapkan aksi disiplin melombol (13.166 mata) dan terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir.

Seorang lagi gimnas negara Jeremiah Loo Phay Xing, yang beraksi dalam acara all-around lelaki, tiba di tanah air, kelmarin.

Jeremiah gagal melayakkan diri ke final apabila menamatkan saingan di tempat ke-62 daripada 66 peserta dengan mengumpul 67.498 mata. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad