Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Olimpik: Di Sebalik Cuaca Buruk, Khairulnizam Di Landasan Terbaik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 8:07PM

Khairulnizam Mohd Afendy - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Biarpun berdepan cabaran ombak tinggi dan angin kuat dalam enam perlumbaan pertama, atlet pelayaran negara Khairulnizam Mohd Afendy berada di landasan tepat untuk mencapai objektif diletakkan ke atasnya, di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menyasarkan kedudukan 20 terbaik, jurulatih kebangsaan Mohd Afendy Abdullah berkata peluang Khairulnizam tampak cerah, jika beliau berjaya berada dalam kelompok 15 pelayar terbaik dalam setiap daripada empat baki perlumbaan di Enoshima Yacht Harbour.

Namun, jadual dua perlumbaan terakhir yang dijadual berlangsung pada sebelah petang Jumaat ini menjadi kebimbangan terbesar Mohd Afendy, apabila berdasarkan pemerhatiannya kelajuan angin akan berkurang pada waktu itu.

“Khairulnizam bila angin tak ada saya cukup risau, angin ada dia boleh buat bagus,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

“Perlumbaan ketujuh dan kelapan tidak ada masalah sebab perlumbaan bermula awal, tapi pada Jumaat ia bermula pada 2.30 petang (waktu Jepun) dan ketika itu angin dan mula berkurangan,” tambah beliau yang berpuas hati dengan prestasi Khairulnizam setakat enam perlumbaan.

Pada aksi hari ini, pemenang pingat perak Sukan Asia 2014 dan 2018 itu, mencatat keputusan positif dalam setiap tiga perlumbaan selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-29 (perlumbaan keempat) sebelum menduduki tempat ke-18 dan ke-13, masing-masing dalam perlumbaan kelima dan keenam.

Selepas enam siri perlumbaan, Khairulnizam, 28, kini berada di kedudukan ke-26 daripada 35 peserta dengan mengumpul 99 mata bersih, sementara Pavlos Kontides dari Cyprus mengungguli ranking dengan 18 mata bersih, diikuti wakil Australia Matt Wearn (27 mata) dan Robert Scheidt dari Brazil (33 mata).

Sementara itu, dalam acara Laser Radial wanita, atlet muda sensasi negara Nur Shazrin Mohamad Latif terus bergelut untuk mengulangi prestasi cemerlang dalam perlumbaan pertama pada Ahad lepas, selepas menamatkan perlumbaan kelima dan keenam hari ini di kedudukan ke-30 dan ke-34.

Keputusan itu menyaksikan Nur Shazrin, 23, jatuh tujuh anak tangga di kedudukan ke-24 mengumpul 105 mata bersih, dengan mempunyai baki empat perlumbaan selepas ini.

Atlet Denmark Anne-Marie Rindom menerajui kedudukan ranking dengan mengutip 22 mata sementara Josefin Olsson dari Sweden (34 mata) dan Marit Bouwmeester dari Belanda (35 mata) di kedudukan kedua dan ketiga. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 20 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran