web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kami Sudah Lakukan Yang Terbaik - Pandelela

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 6:02PM

Penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee membuat terjunan kedua dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.- Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - “Kami sudah melakukan yang terbaik, dan mungkin kami tiada tuah meraih pingat kali ini. Tiada yang perlu dikesalkan,” demikian reaksi ratu terjun negara Pandelela Rinong selepas tamat acara 10 meter platform seirama wanita Sukan Olimpik Tokyo di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.

Pandelela, 28, berkata segalanya berjalan lancar ketika sesi memanaskan badan sebelum saingan bermula, namun ketika aksi sebenar beliau bersama Leong Mun Yee, masing-masing melakukan kesilapan dalam terjunan.

“Kami beraksi tanpa tekanan kerana sudah biasa dengan keadaan ini…mungkin semasa melakukan terjunan sedikit tidak menjadi,” kata penerjun kelahiran Sarawak berusia 28 tahun itu.

Harapan peminat sukan tanah air untuk melihat gandingan Pandelela dan Mun Yee menyumbangkan pingat tidak kesampaian, selepas gandingan penerjun negara itu sekadar menamatkan acara berkenaan di kedudukan kelapan.

Pasangan penerjun negara itu sekadar meraih 277.98 mata, sekali gus gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangi Malaysia pada edisi Rio 2016.

Pingat emas acara itu dimenangi gandingan penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi yang meraih 363.78 mata.

Pada edisi Rio 2016, Pandelela meraih pingat perak dalam acara terjun 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong.

Bagi menebus kekecewaan itu, Pandelela berkata beliau akan berusaha sedaya upaya menampilkan aksi terbaik apabila turun bersaing dalam acara 10 meter platform individu pada 4 Ogos ini.

“Ambil ini sebagai pengajaran dan motivasi untuk buat lebih baik semasa latihan dalam beberapa hari ini, dan kekalkan kekuatan mental. 

“Saya perlu konsisten dalam setiap terjunan jika mahu berada dalam kedudukan tiga teratas,” kata Pandelela.

Bagi Mun Yee, 36, beliau mengakui penyertaan di Tokyo adalah penampilan terakhirnya di pentas Olimpik selepas edisi Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.

Beliau berkata penularan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menjejaskan persiapan mereka, bagi menghadap temasya sukan di Tokyo itu.

“Gerakan seirama kami agak baik, tetapi kami berdua melakukan kesilapan dalam terjunan masing-masing, ini menyebabkan kami tidak dapat mempamerkan aksi terbaik.

“Selalunya sebelum bertanding di Olimpik, kami akan ada latihan pusat di luar negara, tetapi kali ini kami tidak dapat lakukannya, dan pertandingan antarabangsa juga tidak banyak, dan ini sedikit sebanyak menjejaskan persediaan kami,” kata Mun Yee. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar