Berita Terkini

1 jam yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 1 jam yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 1 jam yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 1 jam yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 1 jam yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Pandelela-Mun Yee: Usaha Bawa Pulang Pingat Olimpik Tokyo Tidak Kesampaian

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 4:56PM

Pandelela dan Mun Yee membuat terjunan terakhir dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Malaysia terpaksa menunggu lebih lama sebelum meraih pingat pertama di Olimpik Tokyo 2020, apabila usaha Pandelela Rinong-Leong Mun Yee untuk memperolehinya hari ini tidak kesampaian dengan hanya menduduki tempat kelapan dan terakhir acara terjun 10 meter (m) platform seirama wanita di Pusat Akuatik Tokyo.

Pasangan berpengalaman itu bermula dengan baik apabila menduduki tempat kedua dengan 50.40 mata selepas terjunan pertama.

Namun pada terjunan selepas itu terutamanya pada tiga terjunan terakhir, mereka gagal mengekalkan prestasi dan hanya mengutip 277.98 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Apa yang agak mengecewakan ialah Pandelela memenangi pingat perak dalam acara yang sama di Olimpik Rio 2016 bersama Cheong Jun Hoong.

China mengekalkan penguasaan mereka dalam acara terjun, apabila Zhang Jiaqi-Chen Yuxi menang emas selepas mencatatkan masa 364.78 mata.

China telah memenangi kesemua pingat emas acara terjun seirama sejak pengenalannya pada Olimpik Sidney 2000.

Sementara itu, Delaney Schnell-Jessica Parratto menghadiahkan Amerika Syarikat pingat pertama negara itu dalam acara ini, apabila menang perak dengan 210.80 mata manakala Alejandra Loza-Gabriela Agundez Garcia dari Mexico (299.70 mata) menang gangsa.

Pandelela, 28, yang bertanding buat kali keempat berturut-turut di Olimpik sejak penampilan pertamanya di Olimpik Beijing 2008, merupakan atlet terjun negara pertama memenangi pingat Olimpik, apabila beliau memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform individu di London 2012.

Dan empat tahun kemudiannya pada Olimpik Rio 2016, penerjun kelahiran Kuching yang ketika itu berpasangan dengan Jun Hoong, menang perak dalam acara 10m platform seirama wanita.

Mun Yee, 36, yang membuat penampilan Olimpik yang kelima sejak membuat debut pada Olimpik Sydney 2000, telah memenangi pingat dalam hampir kesemua kejohanan antarabangsa, kecuali pingat Olimpik.

Penyertaan Malaysia dalam acara terjun akan diteruskan dengan Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee dalam pusingan awal acara 3m papan anjal individu wanita pada Jumaat (30 Julai) dan juga Pandelela dan Jun Hoong dalam pusingan awal acara 10m platform individu wanita pada 4 Ogos. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Singapura Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

2

Selebriti 2 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

3

Semasa 1 minggu yang lalu

AUKUS: Malaysia Kekal Dengan Pendirian, Minta Semua Pihak Menghormatinya

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Dengan Kedaulatan, Keselamatan Negara - SKS

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

3

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan Mahu Lebih Banyak Pihak Beri Input - Fadillah

Semasa 3 jam yang lalu

Masjid Ibnu Sina Di Titiwangsa Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa PKR Lawan Al-Quran: Tuduhan Hadi Bahaya, Boleh Bawa Amalan Takfir

oleh Aiman Sadiq

Semasa 13 jam yang lalu

Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok