web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Menang Selesa Ke Atas UITM FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 8:07AM

JDT melakar kemenangan selesa selepas menewaskan UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga gol dijaringkan pada babak kedua perlawanan membolehkan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan kesepuluh musim ini dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Kemenangan 3-1 ke atas pasukan tercorot liga, UiTM FC menyaksikan skuad bimbingan Benjamin Mora kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 33 mata, tiga mata di  hadapan pencabar terdekat Terengganu FC yang membelasah Perak FC 5-0 pada aksi semalam. 

Tuan rumah yang ketinggalan 0-1 selepas pemain import baharu UiTM FC Joel Vinicious Silva Dos Anjos menolak masuk hantaran pemain tengah Yonhyun Kwon pada minit ke-43, menyamakan kedudukan lima minit selepas babak kedua bermula menerusi jaringan Gonzalo Cabrera yang menerima umpanan cantik pemain muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi.

Pemain gantian Muhammad Safawi Rasid menambah jaringan JDT pada minit ke-71 sebelum Bergson Da Silva melengkapkan gol kemenangan skuad Harimau Selatan pada minit ke-87.

Sementara itu, gol seawal minit pertama Manuel Hidalgo gagal membolehkan Sri Pahang FC meraih tiga mata apabila Melaka United berjaya mengikat skuad Tok Gajah dengan keputusan seri 1-1 pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan. 

Gol pemain tengah Melaka United Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dua minit sebelum perlawanan tamat memaksa tuan rumah berpuas hati dengan satu mata malam ini.

Sri Pahang FC menghuni tangga kesembilan liga dengan 13 mata manakala Melaka United FC di tangga ke-10 selepas mengumpul 12 mata dan UiTM FC pula kekal di kedudukan tercorot dengan hanya dua mata.

Sementara itu, dalam aksi Liga Premier pula, gol tunggal Bruno Suzuki pada minit ke-78 membolehkan PDRM FC mengutip tiga mata selepas menewaskan Kelantan United FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Keputusan itu tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan Liga Premier dengan Kelantan United FC kekal berada di tangga ketujuh liga dengan 16 mata manakala PDRM FC pula di tangga kelapan dengan 14 mata. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad